Penang Kini

Penang Kini Penang Kini - Informasi Terkini Untuk Orang Penang

⚠️ Kawasan yang ditutup,menyebabkan kesesakan luar biasa
19/06/2025

⚠️ Kawasan yang ditutup,menyebabkan kesesakan luar biasa

Berlaku kemalangan di laluan dari Sungai Dua menghala ke Permatang Pauh. Kejadian ini menyebabkan kesesakan teruk di kaw...
18/06/2025

Berlaku kemalangan di laluan dari Sungai Dua menghala ke Permatang Pauh. Kejadian ini menyebabkan kesesakan teruk di kawasan tersebut.Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati

📷Info Penang

Pakat mai ramai-ramai ke PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI PULAU PINANG di lokasi yang ditetapkan 🤓
17/06/2025

Pakat mai ramai-ramai ke PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI PULAU PINANG di lokasi yang ditetapkan 🤓

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful akhiri zaman duda🥰 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengakh...
16/06/2025

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful akhiri zaman duda🥰

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengakhiri zaman dudanya bersama wanita pilihan hati, Nurul Maslina Mohd Sobri.

Menerusi hantaran di Facebook, Wan Saiful memaklumkan bahawa majlis pernikahan yang berlangsung di Kajang itu diadakan secara sederhana dan dihadiri kenalan rapat.

Antara tetamu yang hadir ialah Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Datuk Mohd Radzi Jidin, Ketua Penerangan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz serta Datuk Saifuddin Abdullah.

Wan Saiful sebelum ini pernah berkahwin dengan Datin Alena Omar yang meninggal dunia akibat kanser pada 22 Julai tahun lalu.

Sumber: 📸 FB Wan Saiful Wan Jan

15/06/2025

Makin menjadi jadi depa dok tibai besi longkang area bayan baru ni..

📹 loyz_2

TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI LOKASI “NO STOPPING ZONE”Dalam tempoh 10 hari pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di lima lok...
14/06/2025

TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI LOKASI “NO STOPPING ZONE”

Dalam tempoh 10 hari pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di lima lokasi Zon Larangan Berhenti (No Stopping Zone), Pihak Majlis telah melaksanakan tindakan berikut:

✅ 60 saman Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
✅ 169 tindakan kapit tayar (wheel clamp)
✅ 6 kenderaan telah ditunda

Tiga rumah rosak dipercayai dibaling mercunBUKIT MERTAJAM: Tiga rumah di Taman Serumpun, di sini, mengalami kerosakan di...
13/06/2025

Tiga rumah rosak dipercayai dibaling mercun

BUKIT MERTAJAM: Tiga rumah di Taman Serumpun, di sini, mengalami kerosakan di bahagian siling dan halaman akibat letupan dipercayai angkara mercun, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 1.05 pagi daripada orang awam yang terdengar bunyi letupan kuat itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati letupan itu dipercayai akibat mercun dibaling ke dalam salah sebuah rumah terbabit dan kesannya menyebabkan dua kediaman bersebelahan turut mengalami kerosakan.

“Ketiga-tiga rumah itu didapati mengalami kerosakan di bahagian siling dan halaman. Kenderaan diparkir di hadapan kediaman terbabit turut rosak.

“Punca kejadian itu dipercayai kerana hutang. Dikatakan ada dua suspek menaiki sebuah kereta (terbabit dalam insiden itu) dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Helmi berkata, polis memohon saksi awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Assan Alimudin, melalui talian 012-4418081 untuk membantu siasatan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Artikel : Buletin Tv3

Mangsa kemalangan kat Gerik yang juga pemandu Perodua ALZA, Ustaz Mohd Lutfi Radzi, 37 tahun, telah dibenarkan keluar da...
12/06/2025

Mangsa kemalangan kat Gerik yang juga pemandu Perodua ALZA, Ustaz Mohd Lutfi Radzi, 37 tahun, telah dibenarkan keluar dari wad..Manakala isterinya dan kedua2 anak masih menerima rawatan...

Tapi katanya Ustaz masih tinggal kat Hospital sebab nak jaga Isteri & Anak2 dan mereka ditempatkan di Wad yang sama...baca tadi katanya Guru Pendidikan Islam kat SK Malau, Baling..Isterinya, Ustazah Nurul Ain Zakaria, 36 tahun,yang bertugas di SK Tembak, Baling patah 5 tulang rusuk. Anak perempuan, Nurul Aisyah Nafishah, 6 tahun, patah di bahagian lutut, manakala anak bongsu, Muhammad Ahsan Nafis, 2 tahun, tercampak keluar dari kenderaan semasa rempuhan...

Di Doakan supaya cepat sembuh seperti sediakala buat keluarga ini.

PENANG 💙🤍💛
11/06/2025

PENANG 💙🤍💛

Kita semua fokus pada bas dan pelajar pelajar upsi yang meninggal. Tapi....Tapi, tak ada berita pun cover pada mangsa 1 ...
10/06/2025

Kita semua fokus pada bas dan pelajar pelajar upsi yang meninggal. Tapi....

Tapi, tak ada berita pun cover pada mangsa 1 keluarga (kereta alza merah) yang mana di rempuh bas dari belakang oleh bas sebelum terbalik.

Mangsa rempuhan bas dari belakang adalah Ustaz Mohd Lutfi Radzi, 37 dan Keluarga. Beliau merupakan guru pendidikan islam SK Malau, kedah. Isteri beliau, Nurul Ain Zakaria, 36, bersama dua anak mereka iaitu Nurul Aisyah Nafishah, 6, dan Muhammad Ahsan Nafis, 2 tahun dilaporkan stabil.

Anak lakinya tercampak kluar...
Anak perempuan patah tulang kat lutut.
Isteri p**a patah 5 tulang rusuk.

Mohd Lutfi Radzi dilaporkan cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar wad. Manakala isteri serta dua anaknya masih dalam rawatan dan dalam keadaan stabil.

Semoga Allah memberikan kesembuhan untuk ustaz sekeluarga.. amin yra 🤲

📍Jambatan Tanjung Berembang - Telok Ipil, Nibong Tebal
08/06/2025

📍Jambatan Tanjung Berembang - Telok Ipil, Nibong Tebal

Patuhi peraturan lalu lintas.Jalan raya adalah milik semua. Jangan mementingkan diri sendiri. Teruskan penguatkuasaan un...
05/06/2025

Patuhi peraturan lalu lintas.

Jalan raya adalah milik semua. Jangan mementingkan diri sendiri. Teruskan penguatkuasaan untuk Penang yang lebih baik.

Tahniah Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP 💪

Address

Batu Maung
11900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share