Najib Samuri

Najib Samuri Ahli Dewan Negeri Johor, N21 Parit Yaani (2022-kini)
Presiden, Persatuan Lawan Pedang Negeri Johor (2023-kini).
(2)

Kuliah Dhuha Siri ke-11 diteruskan lagi. Kali ini di Masjid Sri Beroleh, Jalan Kluang, dengan pengisian yang disampaikan...
27/12/2025

Kuliah Dhuha Siri ke-11 diteruskan lagi. Kali ini di Masjid Sri Beroleh, Jalan Kluang, dengan pengisian yang disampaikan oleh Kadi Daerah Muar, As-Syeikh Haji Mohd Nasri bin Rahman.

Kuliah ini bertajuk ‘Penawar Bagi Hati’ yang memberikan pengisian rohani yang bermanfaat kepada para jemaah, selain menjadi ruang perkongsian ilmu dan peringatan yang mendekatkan diri kepada Allah. Semoga majlis ilmu seperti ini terus hidup dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

SEMARAK PARIT YAANI




27/12/2025

Bantuan Kasih Johor kali ini menyantuni beberapa kump**an penting dalam komuniti seperti ibu tunggal, petani, penternak dan OKU, sebagai tanda sokongan kepada usaha dan cabaran yang mereka hadapi.

Langkah ini diharap dapat membantu meringankan beban harian serta memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian. Semoga setiap usaha kecil ini membawa manfaat besar kepada mereka yang menerima.

SEMARAK PARIT YAANI




Infaq Jumaat telah berjaya dilaksanakan di Masjid Beroleh Parit Imam dan Masjid Sri Beroleh, Jalan Kluang.Sumbangan ini ...
26/12/2025

Infaq Jumaat telah berjaya dilaksanakan di Masjid Beroleh Parit Imam dan Masjid Sri Beroleh, Jalan Kluang.

Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan keperluan golongan yang memerlukan, di samping mengukuhkan peranan masjid sebagai pusat kebajikan dan penyatuan masyarakat. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan membawa keberkatan dan manfaat kepada semua.

SEMARAK PARIT YAANI




26/12/2025

Alhamdulillah, bantuan untuk warga emas dan OKU Muslim yang layak di bawah JKM telah berjaya disampaikan di DUN Parit Yaani.

Inisiatif ini diharap dapat meringankan keperluan harian penerima dan memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas usaha berterusan dalam menjaga kebajikan rakyat.

SEMARAK PARIT YAANI




25/12/2025

Bantuan Kasih Johor kepada pesakit kanser, pesakit dialisis serta sukarelawan KEMAS di DUN Parit Yaani sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Inisiatif Kerajaan Negeri memberi manfaat kepada semua peringkat bangsa Johor.

SEMARAK PARIT YAANI




Di kesempatan cuti persekolahan dan cuti perayaan Krismas ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua terut...
24/12/2025

Di kesempatan cuti persekolahan dan cuti perayaan Krismas ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua terutamanya buat warga DUN Parit Yaani.

Ambil kesempatan cuti ini untuk p**ang ke kampung halaman, menziarahi ibu, ayah dan sanak saudara. Untuk mereka yang memandu dan juga menunggang motorsikal, berhati-hati dan berhemahlah di jalanraya.

Semoga selamat sampai ke destinasi dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

SEMARAK PARIT YAANI




24/12/2025
Sesi taklimat Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Batu Pahat telah diadakan bagi membentangkan reka bentuk pelan serta...
22/12/2025

Sesi taklimat Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Batu Pahat telah diadakan bagi membentangkan reka bentuk pelan serta kawasan-kawasan yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini.

Taklimat turut memberi fokus kepada tiga sungai utama yang terlibat dalam pelaksanaan RTB, iaitu Sungai Simpang Kanan, Sungai Simpang Kiri dan Sungai Batu Pahat, sebagai langkah penting dalam usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan bandar.

Sesi ini turut dihadiri oleh ADUN Penggaram, YB Gan Peck Cheng, ADUN Parit Raja, YB Norashidah Ramli, Encik Hamiludin selaku wakil DUN Semerah, Jurutera JPS Daerah (JD JPS), Ir. Puan Zuriati binti Yusof, wakil Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, pihak UPPJ, serta wakil konsultan dan kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek RTB.

SEMARAK PARIT YAANI




22/12/2025

Selepas penyerahan televisyen di Klinik Pergigian, saya di sambut dan di bawa melihat keadaan Klinik Kesihatan Tongkang Pechah p**a.

Melihat dan mendengar sendiri apa keperluan yang diperlukan, bagi keselesaan bukan sahaja kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan, malah kepada semua petugas.

Insya-Allah akan diusahakan seberapa segera.

SEMARAK PARIT YAANI




Bantuan Kasih Johor – Program Back to School (BTS) diteruskan lagi bagi sesi petang dengan penglibatan baki 8 buah sekol...
21/12/2025

Bantuan Kasih Johor – Program Back to School (BTS) diteruskan lagi bagi sesi petang dengan penglibatan baki 8 buah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal, Sekolah Kebangsaan Seri Idaman, Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh, Sekolah Kebangsaan Seri Telok, Sekolah Kebangsaan Seri Nasib Baik, Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat serta Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra.

Seramai 1,000 orang pelajar lagi telah menerima manfaat daripada inisiatif ini, sekali gus melengkapkan pelaksanaan program bagi memastikan bantuan dapat disalurkan.

SEMARAK PARIT YAANI




Satu tinjauan sistem perparitan telah dilakukan di Taman Santalia susulan kebimbangan yang disuarakan oleh penduduk sete...
21/12/2025

Satu tinjauan sistem perparitan telah dilakukan di Taman Santalia susulan kebimbangan yang disuarakan oleh penduduk setempat.

Menurut Ketua Masyarakat Tongkang Pechah, Saudara Eng Cheng Chuan, terdapat beberapa kawasan di taman ini yang berisiko mengalami kenaikan paras air ketika hujan lebat, sekali gus berpotensi menyebabkan banjir.

Hasil tinjauan awal mendapati perkara ini memerlukan tindakan susulan, dan langkah seterusnya akan dilaksanakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) serta pihak-pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

SEMARAK PARIT YAANI




Address

Batu Pahat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Najib Samuri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Najib Samuri:

Share