Najib Samuri

Najib Samuri NAJIB SAMURI ™️
(7)

16/08/2026
Hari ini saya berkesempatan ke Maahad Integrasi Tahfiz Al-Fathi (MITTAF), Kampung Parit Muhammad Bindu bagi menghadiri M...
16/08/2026

Hari ini saya berkesempatan ke Maahad Integrasi Tahfiz Al-Fathi (MITTAF), Kampung Parit Muhammad Bindu bagi menghadiri Majlis Perasmian dan Pelantikan Baharu Ahli Jawatankuasa Majlis Ukhwah Ibu Bapa (MUIB).

Pelantikan ini menjadi satu amanah dan tanggungjawab dalam memperkukuh pengurusan serta kebajikan masyarakat setempat. Tahniah kepada barisan AJK yang dilantik, semoga dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya serta terus memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

Semoga anak-anak ini terus diberikan kekuatan dan kesungguhan dalam menimba ilmu, menghafaz Al-Quran serta membentuk sahsiah dan akhlak yang baik. Mudah-mudahan MITTAF terus menjadi institusi yang melahirkan generasi berilmu, beriman dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

INSPIRASI PARIT YAANI


Mengiringi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam Lawatan Kerja ke Daerah Batu Pahat yang dimulakan di Restoran Grand Sea View,...
15/08/2026

Mengiringi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam Lawatan Kerja ke Daerah Batu Pahat yang dimulakan di Restoran Grand Sea View, Jalan Tanjong Laboh. Kami berkesempatan menikmati makan tengah hari bersama masyarakat Cina di Batu Pahat dalam suasana yang cukup santai dan mesra.

Seterusnya, rombongan ke Dewan Makmur Rengit bagi mendengar pembentangan berkaitan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) dan Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal. Turut dimaklumkan perkembangan pembinaan Lapangan Terbang Tanjong Laboh yang kini berada pada fasa kedua dan dijangka siap tidak lama lagi.

Dari Dewan Makmur Rengit, kami menaiki bas PAJ menuju ke Rumah Mampu Milik Johor di Taman Perbadanan Islam Rengit. Alhamdulillah, sebanyak 90 buah rumah telah berjaya disiapkan dan bakal memberi peluang kepada lebih ramai keluarga untuk memiliki kediaman yang selesa.

Lawatan diteruskan ke Tapak Dewan Lama Rengit bagi menghadiri Majlis Jalinan Mesra bersama penduduk setempat. Dalam majlis yang sama, YAB Menteri Besar Johor turut menyampaikan kunci Rumah Mampu Milik Johor kepada para penerima dari DUN Rengit. Semoga rumah yang diterima menjadi tempat berteduh yang selesa dan membawa kebahagiaan buat setiap keluarga.

INSPIRASI PARIT YAANI


Lawatan Kerja Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi dimulakan di Kuarters PDRM Parit Perupok sebelum rombon...
15/08/2026

Lawatan Kerja Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi dimulakan di Kuarters PDRM Parit Perupok sebelum rombongan meneruskan agenda ke Majlis Perbandaran Muar.

Di Majlis Perbandaran Muar, sesi memberi tumpuan kepada perkembangan pembangunan serta perancangan ekonomi bagi Daerah Muar. Tuan Haji Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Muar, turut membentangkan Projek-Projek Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) Daerah Muar serta permohonan berkaitan Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) Daerah Muar.

Selesai sesi pembentangan, rombongan bergerak ke Laman Bakau Parit Kassim bagi menghadiri Majlis Jalinan Rakyat Daerah Muar. Program ini menjadi ruang untuk mendekati dan menyantuni masyarakat dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

Semoga hubungan antara kerajaan dan rakyat terus diperkukuh, dengan setiap suara, pandangan dan keperluan masyarakat sentiasa diberi perhatian demi pembangunan serta kesejahteraan Daerah Muar.

INSPIRASI PARIT YAANI
Onn Hafiz Ghazi
Fazli Salleh


Pagi ini saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6 Sekolah Agama Tahfiz Ad Darunnafis yang menghimpun...
15/08/2026

Pagi ini saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6 Sekolah Agama Tahfiz Ad Darunnafis yang menghimpunkan warga sekolah, ibu bapa serta para guru. Institusi ini turut melibatkan pendidikan anak-anak di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, menjadikan peranan PIBG amat penting dalam menyokong perkembangan pendidikan mereka.

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh dalam membentuk anak-anak yang bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan, malah mempunyai asas agama yang kukuh, berakhlak baik dan menjadi insan yang bermanfaat kepada masyarakat.

INSPIRASI PARIT YAANI


Alhamdulillah, Program Infaq Jumaat di DUN Parit Yaani minggu ini.“Kemuliaan di Sebalik Sempadan” setiap batas dan perat...
14/08/2026

Alhamdulillah, Program Infaq Jumaat di DUN Parit Yaani minggu ini.

“Kemuliaan di Sebalik Sempadan” setiap batas dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT mempunyai hikmah tersendiri dalam memelihara maruah, kehormatan serta kesejahteraan kehidupan kita.

INSPIRASI PARIT YAANI


Sebelum memulakan Lawatan Kerja ke Muar, YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi bersama rombongan terlebih dahul...
14/08/2026

Sebelum memulakan Lawatan Kerja ke Muar, YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi bersama rombongan terlebih dahulu singgah di Masjid Kampung Parit Pechah untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah, dapat bersama-sama jemaah menunaikan solat Jumaat dan bertemu mesra sebelum meneruskan agenda lawatan kerja pada sebelah petang.

Dalam kesempatan yang sama, Program Infaq Jumaat turut dilaksanakan di masjid berkenaan sebagai salah satu inisiatif untuk berkongsi rezeki dan menyantuni para jemaah. Semoga infaq yang disampaikan membawa manfaat serta keberkatan kepada semua.

INSPIRASI PARIT YAANI


Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.Merafak Sembah Ucapan...
14/08/2026

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448 Hijrah.

Sembah takzim daripada Patik dan seluruh Bangsa Johor khusunya di kawasan DUN Parit Yaani.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

LAWAN PEDANG JOHOR BAKAL MENGAUM DI SUKMA SELANGOR 2026Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan bersama atlet-atlet Law...
13/08/2026

LAWAN PEDANG JOHOR BAKAL MENGAUM DI SUKMA SELANGOR 2026

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan bersama atlet-atlet Lawan Pedang Johor di Nelayan Seafood by the Coast, Desaru.

Pasukan kini selesai menjalani kem fasa akhir di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) sebelum berangkat ke Selangor pada 15 Ogos 2026.

Seramai 24 ahli pasukan, terdiri daripada 18 atlet dan 6 pegawai, akan membawa cabaran Johor dalam 6 acara individu dan 4 acara berpasukan.

Terima kasih kepada semua jurulatih, pegawai, Ahli Jawatankuasa Persatuan, Majlis Sukan Negeri Johor serta ibu bapa atas segala sokongan, komitmen dan pengorbanan sepanjang persiapan pasukan.

Saya selaku Presiden Persatuan Lawan Pedang Negeri Johor ingin memohon doa dan sokongan daripada seluruh rakyat Johor agar pasukan kita diberikan kelancaran, kekuatan dan kejayaan sepanjang temasya ini.

Semoga segala usaha dan pengorbanan kita membuahkan hasil serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Harimau Selatan!!! ROAR!!!



Mengiringi YB Tuan Haji Anuar bin Abd. Manap, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, ke Per...
13/08/2026

Mengiringi YB Tuan Haji Anuar bin Abd. Manap, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, ke Perasmian Penutup Majlis Perujian Membaca Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri Kali Ke-78 Tahun 2026 yang berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Sri Gading.

Majlis ini menghimpunkan para peserta yang mewakili setiap daerah di seluruh Johor. Pertandingan turut melibatkan 11 kategori bagi acara KAFA dan 8 kategori bagi Sekolah Agama, sebagai platform mencungkil bakat serta memperkukuh kecintaan generasi muda terhadap Al-Quran.

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan peserta, khususnya anak-anak dari Daerah Batu Pahat yang telah membawa nama daerah dengan penuh semangat. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mendalami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan.

INSPIRASI PARIT YAANI


Address

No. 7, Jalan Ceria, Taman Ceria
Batu Pahat
83000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Najib Samuri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Najib Samuri:

Shortcuts

Share