Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau

Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau Ini merupakan laman rasmi Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau (PA'AS)

PA'AS was established in July 2023 and registered with Registrar of Societies Malaysia (ROS) on 2 October 2023 (PPM-021-13-02102023). This association is committed in preserving the heritage, culture, customs and traditions of the Bidayuh in Singai, Bau

Age is never a barrier when passion and interest are alive. Our oldest participant at Bengkel Pangieh truly showed us wh...
04/10/2026

Age is never a barrier when passion and interest are alive.

Our oldest participant at Bengkel Pangieh truly showed us what it means to pursue what you love with heart and determination. Her enthusiasm, energy and willingness to learn were nothing short of inspiring.

She reminded us that passion knows no age or boundaries. As long as the interest is there, there is always something new to discover, create and enjoy.

Her spirit and dedication could put the young to shame! What an inspiration she is to all of us.

May she be blessed with good health, happiness and many more beautiful years. May she continue to inspire the younger generation to embrace their passions and never let age or limitations stand in the way of what they love.

Steady Sumuk.

MAJLIS PENANGGUHAN BENGKEL AKSESORI PANGIEH BISINGAISelesai sudah Bengkel Pangieh yang telah berlangsung dua hari dengan...
04/10/2026

MAJLIS PENANGGUHAN BENGKEL AKSESORI PANGIEH BISINGAI

Selesai sudah Bengkel Pangieh yang telah berlangsung dua hari dengan penuh semangat dan kreativiti.

Majlis Penangguhan turut diserikan dengan peserta mempamerkan hasil kerja masing-masing sebagai tanda pencapaian dan komitmen sepanjang mengikuti Bengkel.

Bengkel ini telah mencapai objektif yang ditetapkan, khususnya dalam memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran asas peserta dalam menghasilkan Pangieh.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kesungguhan, kreativiti dan hasil kerja yang membanggakan!

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang Bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan terus dikembangkan. Diharapkan juga agar para peserta akan terus menghasilkan Pangieh sekali gus memelihara dan meneruskan warisan kraf ini untuk generasi akan datang.

BENGKEL AKSESORI PANGIEH BISINGAI anjuran PA'AS dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Perse...
03/10/2026

BENGKEL AKSESORI PANGIEH BISINGAI anjuran PA'AS dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) melalui Dana Mudahcara Warisan dan Kesenian.

Penyertaan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada warga Singai.

03/10/2026

2026-10-01T10:22:56+08:00 Oktober 1, 2026, Khamis - 10:22am Edid (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Neilson selepas mengadakan kunjungan ke pejabat MAIS, di Kota Samarahan. KOTA SAMARAHAN: Persatuan Pewaris Adat Asal Singai (PA’AS) mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Majlis, Majl...

🌿🔥 1 HARI LAGI! 🔥🌿Tak sabar nak berjumpa dengan semua peserta! Jom sama-sama belajar, berkarya dan menghasilkan Pangieh ...
02/10/2026

🌿🔥 1 HARI LAGI! 🔥🌿

Tak sabar nak berjumpa dengan semua peserta!
Jom sama-sama belajar, berkarya dan menghasilkan Pangieh sambil menghayati warisan kraf Bidayuh Singai.

Jumpa esok! ❤️

01/10/2026

Apabila wujud beberapa persatuan dalam komuniti yang sama, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu ada banyak persatuan.

Sebenarnya, setiap persatuan mempunyai perlembagaan, visi, misi, matlamat dan fokus yang berbeza. Ada yang menumpukan kepada kebajikan, pendidikan, belia, ekonomi, kebudayaan, kesukarelawanan atau pembangunan masyarakat.

Jadi, jangan hanya melihat kepada nama atau siapa yang berada di dalam sesebuah persatuan. Lihatlah apa yang dilakukan, apa yang diperjuangkan dan manfaat yang diberikan kepada masyarakat.

Dalam kalangan persatuan, tiada istilah perlu bersaing atau “outshine each other”. Kita tidak perlu mengatasi satu sama lain tetapi sebaliknya, setiap persatuan boleh memainkan peranan berdasarkan kekuatan dan fokus masing-masing.

Bukan untuk bersaing, tetapi untuk saling melengkapi.
Bukan untuk mengatasi, tetapi untuk sama-sama menyumbang.

Jika setiap persatuan bergerak mengikut perlembagaan, mempunyai fokus yang jelas dan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat, kepelbagaian ini boleh menjadi satu kekuatan.

Berbeza persatuan tidak semestinya berpecah.
Berbeza fokus tidak bermaksud berbeza tujuan untuk berbuat baik.

Akhirnya, yang penting bukan berapa banyak persatuan yang wujud, tetapi apa yang setiap persatuan lakukan dan sejauh mana ia memberi manfaat kepada komuniti.

Raikan kepelbagaian.
Hormati perbezaan.
Saling melengkapi.
Sama-sama berbakti.

Begitulah.

01/10/2026
KUNJUNGAN HORMAT PA'AS KE MAJLIS ADAT ISTIADAT SARAWAK (MAIS)PAAS telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Majlis Adat Istia...
30/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT PA'AS KE MAJLIS ADAT ISTIADAT SARAWAK (MAIS)

PAAS telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Majlis Adat Istiadat Sarawak bagi memperkenalkan inisiatif persatuan dalam penghasilan buku Pakaian Tradisional Bidayuh Singai berjudul "Pikokas Asal Boris duoh Sigar BiSingai".

Penghasilan buku ini bukan sekadar menghimpunkan gambar dan maklumat mengenai pakaian tradisional. Lebih daripada itu, ia merupakan satu usaha mendokumentasikan khazanah budaya, adat dan identiti masyarakat Bidayuh Singai agar tidak hilang ditelan zaman.

PA'AS percaya bahawa warisan yang tidak didokumentasikan berisiko untuk dilupakan. Oleh itu, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen persatuan untuk memelihara, mendokumentasi dan memperkenalkan kekayaan budaya Bidayuh Singai kepada masyarakat yang lebih luas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Adat Istiadat Sarawak atas kesudian menerima kunjungan hormat PA'AS serta atas pandangan dan sokongan yang diberikan terhadap usaha pemeliharaan warisan budaya ini.

Makan laksa di pohon ceriPandai sungguh adik berseniTerima kasih menjemput ke mariSungguh meriah majlis iniBerkejar-keja...
27/09/2026

Makan laksa di pohon ceri
Pandai sungguh adik berseni
Terima kasih menjemput ke mari
Sungguh meriah majlis ini

Berkejar-kejaran ombak di laut
Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi puan disebut-sebut
Kerja selesai dan terima kasih

Adik mandi tepi perigi
Sejuk badan ketar-ketar gigi
Berat hati meninggal pergi
Terima kasih saya diingati

Kalau kering laut Melaka
Tidak saya lupakan tuan
Adat budaya warisan kita
Tidak hilang ditelan zaman

Bungkus ketupat sampai melompat
Terlajak lompat terkena lembing
Majlis hebat tetamu padat
Penganjur gembira tersenyum kambing

TERIMA KASIH PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Address

REDEEMS ENTREPRENEURSHIP INCUBATION CENTRE, KAMPUNG APAR, SINGAI, BAU
Bau
94000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau:

Shortcuts

Share