13/07/2026
11 Julai 2026 | Mini Pasar Malam Sungai Asap
Suasana meriah mewarnai Mini Pasar Malam Sungai Asap apabila YB Kennedy Chukpai Ugon, ADUN N.66 Murum, hadir meluangkan masa meninjau gerai-gerai jualan serta beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung.
Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa ekonomi komuniti melalui aktiviti keusahawanan tempatan. YB Kennedy turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas komitmen menjayakan program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Beliau juga mengingatkan para peniaga agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan, memastikan makanan yang dijual berkualiti dan selamat dimakan, serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Semoga Mini Pasar Malam Sungai Asap terus menjadi platform yang menyokong usahawan tempatan, mengeratkan hubungan komuniti dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi di kawasan Sungai Asap.