09/03/2026
KPM UMUM KEPUTUSAN SPM 2025 PADA 31 MAC INI
PUTRAJAYA, 9 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.
Menurut kenyataan KPM, sebanyak 413, 299 calon telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
Keputusan SPM 2025 boleh diperolehi di sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut.
Calon persendirian juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka berdaftar bagi mendapatkan keputusan peperiksaan.
KPM memaklumkan calon peperiksaan boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac hingga 6 petang, 6 April.
Semakan keputusan peperiksaan juga boleh dilakukan menerusi sistem pesanan ringkas, SMS dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh sama.
Shima/Bernama
Foto: KPM