24/05/2024
πππ πππ«π€ππ§ππ₯ πππ§π ππ§ ππ’π«π’ πππ§π π€π‘π’ππ§ππππ§.
1. πππ§π π€π‘π’ππ§ππππ§ ππ’π§π²ππ€ & πππ¬:
- Pengasas PBS, Pairin Kitingan, dianggap sebagai pengkhianat kerana menandatangani perjanjian serah-hak minyak dan gas kepada Petronas pada 14 Jun 1976.
- Belum sempat Sabah berkabung kehilangan pemimpin-pemimpinnya melalui nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976, Pairin dan Harris Salleh tandatangan perjanjian.
- Pemimpin-pemimpin yang terkorban itu telah mempertahankan hak minyak dan gas Sabah daripada diserah-hak kepada Petronas.
2. Pengkhianatan kepada BERJAYA:
- Pada tahun 1984, Pairin meninggalkan parti BERJAYA kerana tidak lagi sependapat dengan Harris Salleh yang ketika itu berusaha memajukan ekonomi Sabah.
- Pairin mengadakan kerjasama dengan USNO Tun Mustapha untuk mengalahkan BERJAYA dalam PRN tahun 1985.
3. MENGKHIANATI USNO:
- Selepas kemenangan gabungan PBS-USNO dalam PRN 1985, PBS telah mengkhianati rakan gabungannya USNO kerana berpendapat kerusi yang dimenanginya sebanyak 25/48 tidak memerlukan USNO di dalam kerajaan.
4. MENGKHIANATI BN DALAM PRU 1990:
- Selepas penamaan calon, PBS telah mengumumkan keluar dari BN dan berkerjasama dengan Semangat 46 dan PAS untuk melawan BN.
- BN tidak dapat meletakkan calonnya kerana pembuangan undi hanya tinggal 5 hari lagi.
- Hasil tindakan pengkhianatan ini menyebabkan BN kehilangan 14 kerusi parlimen pada tahun 1990.
Tuduhan KP PBS yang kononnya BN mengkhianati mereka adalah tidak betul, sebaliknya merekalah yang mengkhianati BN terlebih dahulu.
Siri-siri pengkhianatan ini telah menyebabkan parti-parti bumiputera di Sabah, khususnya USNO dan BERJAYA, bersatu. Akhirnya, kedua-dua parti tersebut menjemput UMNO untuk bertapak di Sabah dan bergabung di dalam parti UMNO Sabah.
TUDUHAN PBS TERHADAP BN:
PROJEK IC:
1. BN dituduh mewujudkan pengundi-pengundi hantu melalui Projek IC. Soalan saya mudah, apakah hasil dapatan daripada RCI tersebut?
2. Dalam RCI tersebut menyatakan Datuk Seri Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri Sabah berpandangan bahawa "Projek IC" atau "Projek Mahathir" ini merupakan suatu kesilapan nama.
3. Dalam RCI tersebut juga menyatakan berikut, _"Anggaran oleh Suhakam mengenai bilangan pendatang yang diberikan KP Malaysia secara sah dan secara haram yang diambil daripada pengiraan Dr. Chong Eng Leong dan yang lain, telah jauh melebihi ang diberikan oleh Dato' Jariah binti Mohd. Said (W208), Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia, yang memberikan keterangan bahawa menurut rekod JPN pada masa ini, bilangan KP baru yang dikeluarkan kepada pendatang ialah 67,675 dan bahawa bilangan pendatang di Sabah yang telah diberikan kerakyatan sejak 1963 sehingga 31/8/2013, ialah 68,703 (lihat P171). Angka ini dianggap angka rasmi tetapi seperti yang dikatakan Dato' Jariah, angka ini adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam rekod JPN pada masa ini."_
4. Dalam angka Jabatan Perangkaan, bilangan penduduk bukan Warganegara di Sabah adalah seperti berikut:-
a) 1991 - 398,698
b) 2000 - 552,967
c) 2010 - 889,779
5. Angka di atas adalah jumlah bukan warganegara yang dibanci Jabatan Perangkaan setiap 10 tahun dan seharusnya tidak dituduh sebagai pemegang Projek IC. Mereka ini bekerja di sektor-sektor pembinaan dan perladangan. Bagaimana angka ini dibanci, perlu dirujuk kepada Jabatan Perangkaan tentang kaedahnya kerana jumlah ini terlalu besar.
6. Kembali kepada RCI, apa tindakan Pengerusi Urus Setia Tetap yang dilantik iaitu Tan Sri Pairin Kitingan? Beliau lantang tentang isu projek IC sebelum ini sebagai ahli politik. Persoalannya, apa tindakan yang dibuatnya apabila diberi tanggungjawab dan amanah untuk menyelesaikan isu projek IC di Sabah? Apakah ianya hanya propaganda politik untuk meraih undi semata-mata?
KENAPA KEMBALI KE PANGKUAN BN DAN MENYOKONG UMNO YANG MELAKUKAN 'PROJEK IC'?
1. Kenyataan Christoper *"UMNO yang sebenarnya penyebab berlakunya kebanjiran PATI di Sabah, penyebab berlakunya 'pengundi hantu' di Sabah, penyebab pemberian IC palsu, penyebab politik wang dan pemecah-belah kerukunan dan perpaduan di Sabah."*
2. Soalan mudah. Kenapa kembali ke pangkuan BN dan menyokong UMNO lebih dari dua dekad? Apa rasional dan kesahihanya itu?
Sekian.
Sufian Abd Karim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah