Media Info semasa

Media Info semasa memaparkan berita semasa , terkini dan info berkaitan kerajaan dan lain2

27/08/2026

TERENGGANU
27ogos 2026.

Ribut di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.

Via : info

Mayat dalam ruang simpanan pesawat berusia antara 17 hingga 25 tahunSEPANG- Mayat seorang lelaki tanpa identiti yang dit...
27/08/2026

Mayat dalam ruang simpanan pesawat berusia antara 17 hingga 25 tahun

SEPANG- Mayat seorang lelaki tanpa identiti yang ditemukan dalam keadaan mereput di ruang simpanan tayar sebuah pesawat yang diletakkan di kawasan parkir pesawat Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini dianggarkan berusia antara 17 hingga 25 tahun.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, mayat lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 7 pagi oleh petugas lapangan terbang ketika menjalankan pemeriksaan rutin sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa dan tiada kesan kecederaan pada tubuhnya.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk dibedah siasat, manakala siasatan dijalankan mengikut prosedur kematian mengejut (SDR).

“Berdasarkan saiz fizikal, mangsa dianggarkan berusia antara 17 hingga 25 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ketika ditemui, mangsa memakai hoodie putih bergambar naga di bahagian belakang dan bertulis Oakley di hadapan, selain seluar jeans biru muda serta kasut sukan hitam.

Ravi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan identiti mangsa diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di talian 03-87768222 bagi membantu siasatan

Oleh KOSMO!
27 Ogos 2026, 7:23 pm

: Kosmo Online

27/08/2026

Video Rakaman Banjir besar berhampiran sempadan Tibet

Arus deras yang membawa lumpur dan serpihan telah melimpah dari tebing sungai di antara China dan Nepal, menimbus bangunan serta mencetuskan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terselamat secara besar-besaran.

Video : awam



Penunggang motosikal patah kaki, pergelangan tangan dirempuh kereta buat pusingan UNoor Hidayah Tanzizihidayah.tanzizi@h...
26/08/2026

Penunggang motosikal patah kaki, pergelangan tangan dirempuh kereta buat pusingan U

Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]

Kuala Lumpur: Seorang lelaki patah kaki kiri dan pergelangan tangan kanan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipercayai membuat pusingan U dalam kejadian di Jalan Kampung Pandan berhampiran persimpangan Jalan Wira 8, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 11 malam itu, penunggang motosikal berusia 20 tahun itu, manakala kereta dipandu lelaki berusia 18 tahun bersama penumpang lelaki berusia 25 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal sedang bergerak dari Jalan Ampang Hilir menghala ke Bulatan Kampung Pandan.

Menurutnya, ketika kejadian sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan dipercayai membuat pusingan U sebelum melanggar bahagian tepi kanan motosikal berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal terjatuh di atas jalan dan patah kaki kiri serta pergelangan tangan kanan. Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital swasta Gleneagles untuk rawatan lanjut dan ditahan di wad hospital.

"Bagaimanapun, pemandu serta penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pemandu kereta membuat pusingan U berdasarkan panduan aplikasi navigasi kerana tidak biasa dengan laluan berkenaan.

"Ujian pernafasan yang dijalankan terhadap pemandu mendapati bacaan alkohol adalah negatif. Rakaman saksi di tempat kejadian juga mengesahkan pemandu kereta tidak memandu dalam keadaan mabuk," katanya.

Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, video memaparkan kemalangan sebuah motosikal dan kereta didakwa membabitkan kes mabuk dan membuat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan dipercayai berlaku di Jalan Kampung Pandan, tular di media sosial.

Disiarkan pada: Ogos 26, 2026 @ 7:33pm

: Harian Metro

26/08/2026

Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

26 Ogos 2026 10:32pm

MOSCOW - Lebih 380 pelancong, termasuk 291 warga asing dilaporkan hilang selepas banjir di Nepal, menurut Lembaga Pelancongan Nepal pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Lembaga Pelancongan Nepal dalam satu kenyataan di platform media sosial X memaklumkan rekod awal yang dikumpulkan mengikut agensi daripada syarikat pelancongan mengenal pasti 384 pelancong, termasuk 291 warga asing dan 93 warga Nepal, yang dilaporkan hilang dari kawasan terjejas.

"Maklumat itu sedang disahkan dan disemak silang dengan kerjasama agensi pelancongan, pemandu pelancong, pihak berkuasa tempatan serta agensi keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut lembaga itu, lebih 100 warga India, 17 rakyat Malaysia, 12 warga Britain, empat warga Afrika Selatan, tiga warga Amerika Syarikat (AS), seorang warga Australia dan seorang warga Belanda dilaporkan hilang, manakala kewarganegaraan 111 lagi masih belum dapat disahkan.

Terdahulu pada Rabu, Kathmandu Post melaporkan banjir besar akibat limpahan Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa yang terletak di kawasan pergunungan Nepal, menyebabkan kerosakan besar terhadap kediaman dan infrastruktur.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap tinggi kepada penduduk di kawasan hilir. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti.

: Sinar Harian

26/08/2026

Motosikal bertembung ambulans, pelajar Kolej Komuniti m4ut

26 Ogos 2026, 6:06pm

Oleh: Meor Riduwan Meor Ahmad

JASIN: Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah ambulans swasta di simpang tiga lampu isyarat Ayer Merbau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi itu, mangsa, Muhammad Amirul Asyraaf Md Azizan, 18, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, kemalangan membabitkan motosikal Yamaha Y16 dan ambulans Toyota Hiace milik Bulan Sabit Merah Melaka.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan dari Jasin menghala ke Bemban, manakala ambulans p**a dari Ayer Merbau menghala ke Klinik Kesihatan Jasin.

“Setibanya di lokasi, kedua-dua kenderaan bertembung di tengah jalan di simpang berlampu isyarat. Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan di Zon Merah sebelum mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu ambulans berusia 41 tahun mengalami patah tangan, manakala pembantu perubatan berusia 24 tahun dalam ambulans berkenaan mengalami luka pada lutut.

“Seorang lagi penumpang ambulans, warga emas berusia 81 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Lee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu ambulans keluar dari simpang ketika lampu isyarat berwarna merah.

Katanya, polis turut memperoleh rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada kenderaan yang berada di belakang ambulans bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua kenderaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dan akan dihantar ke Puspakom Alor Gajah untuk pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

: Buletin Tv3

Dua wanita cedera ketika bermain gelongsor air, seorang alami darah beku di kepala.MELAKA – Dua wanita cedera termasuk d...
25/08/2026

Dua wanita cedera ketika bermain gelongsor air, seorang alami darah beku di kepala.

MELAKA – Dua wanita cedera termasuk darah beku di kepala dan gegaran otak selepas terkeluar dari pelampung ketika bermain gelongsor air sebuah taman tema air terkenal di Ayer Keroh, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika kedua-dua wanita berkenaan sedang bercuti bersama ahli keluarga

Menurutnya, Razita Abd Razak, 46, mengalami kecederaan di bawah dagu, sakit kepala dan dada serta luka pada lutut kanan, selain hasil imbasan CT mendapati terdapat sedikit darah beku di bahagian kanan kepalanya.

Sementara itu, Norfazlin Badrol Hisham, 31, mengalami gegaran otak selepas pengsan ketika menuruni gelongsor berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa menaiki pelampung berkembar sebelum pelampung dipercayai seperti melanggar sesuatu ketika menuruni gelongsor.

Razita yang berada di bahagian hadapan pelampung mendakwa kepalanya terhantuk pada dinding gelongsor dan tidak mengingati apa yang berlaku selepas itu,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Tambahnya, Norfazlin bagaimanapun tidak dapat mengingati kejadian dan hanya tersedar ketika berada di bahagian terbuka gelongsor.

“Razita dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan pemeriksaan sinar-X mendapati tiada kecederaan, namun imbasan CT pada bahagian kepala menunjukkan terdapat sedikit darah beku di bahagian kanan kepala.

“Norfazlin yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta p**a didapati mengalami gegaran otak, namun tiada kecederaan lain dialami,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati kedua-dua mangsa sebelum itu dilihat keluar dari gelongsor tanpa pelampung dan tidak memasuki lubang air yang sepatutnya sebelum ditemui dalam keadaan pengsan.

Kejadian disedari anak Razita, Nur Sabira Mustaza, 22, yang berada bersama keluarga di taman tema berkenaan sebelum dia membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh pada jam 11.05 pagi, Ahad lalu.

“Siasatan polis bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Tourism Melaka dalam kenyataan di media sosial rasminya memaklumkan Pengurus Besarnya, Nasrul Ahmad turut menziarahi Rozita di Hospital Melaka susulan kejadian berkenaan.
“Rozita dilaporkan mengalami kecederaan neurologi, pendarahan kecil di bahagian kepala serta luka kecil di dagu dan kini menerima rawatan serta pemantauan lanjut pihak hospital,” katanya

: MalaysiaGazette / Reza A Hamid

25/08/2026

Dua individu terbaring atas jalan dipercayai dit4tak

SHAH ALAM - Dua individu ditemui terbaring di atas jalan dipercayai akibat ditetak dalam kejadian di Seksyen 28 di sini pada Selasa.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan situasi tegang apabila beberapa individu dilihat berlari di lokasi berkenaan.

Dalam rakaman sama, terdapat individu lain dilihat terbaring di atas jalan, manakala beberapa hantaran lain turut berkongsi gambar memaparkan dua individu dalam keadaan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua individu terbabit serta punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

Dakwaan bahawa kejadian itu membabitkan kes tetak juga masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan lanjut pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
25 Ogos 2026 06:16pm

: Sinar Harian

25/08/2026

Dua cedera motosikal langgar pintu kereta dibuka tiba-tiba

Ampang Jaya: Penunggang motosikal dan pemboncengnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar pintu sebuah kereta yang dibuka secara tiba-tiba di Jalan Bunga Mawar 2, Taman Muda, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 7.15 pagi itu, motosikal berkenaan dalam perjalanan dari Tasik Permai menghala ke Taman Muda.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika motosikal itu sedang bergerak lurus tiba-tiba sebuah kereta berhenti dan penumpang belakang sebelah kiri membuka pintu lalu menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan terlanggar pintu berkenaan.

"Akibat kejadian itu, penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh ke tepi jalan dan cedera. Kedua-dua mangsa terbabit sudah mendapatkan rawatan di hospital.

"Kedua-dua pihak terbabit juga sudah hadir membuat laporan polis berhubung kemalangan itu," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian penumpang kereta yang membuka pintu.

"Susulan itu, tindakan kompaun sudah dikenakan kepada pemandu kereta mengikut Kaedah 10 LN 166/59," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 25, 2026 @ 11:05am
Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]

: Harian Metro

24/08/2026

Enam sekeluarga etnik Rohingya hidup gelandangan di tempat awam

JOHOR BAHRU - Enam sekeluarga etnik Rohingya disyaki hidup secara gelandangan sehingga menimbulkan keresahan dan rasa tidak selesa penduduk sekitar.

Video keberadaan mereka di Taman Permainan Pusat Komuniti Taman Dato Onn, Larkin tular di media sosial pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, tindakan telah diambil susulan penularan video tersebut.

“Anggota cegah jenayah telah melakukan rondaan pada 24 Ogos di kawasan itu namun kelibat mereka sudah tiada.

“Pemantauan semasa akan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut Azrul Hashim, pemantauan terus dilaksanakan dan lokasi keberadaan mereka ketika ini belum dipastikan.

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu maklum balas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

TAUFIK SALIMIN
24 Ogos 2026 04:04pm

: Sinar Harian

Address

Bentong
Bentong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Info semasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share