14/10/2025
"Satu LAFAZ, Seribu RASA"
Menunggu satu ikatan "Sah" ataupun pernikahan adalah impian setiap insan diatas muka bumi ni.
Saya pun sama seperti orang lain bahagia dan menghitung hari untuk bergelar suami dan isteri dengan pasangan.
Bila nak bernikah ofcourse kita cuba memperbaiki diri dari segi agama dan kehidupan, fahamkan tanggungjawab.
beberapa hari lagi nak ke hari 'Pernikahan' saya mula bertanya dengan diri sendiri.
"Aku dah cukup bersedia menjadi seorang suami?"
"Aku dah cukup bekalan agama untuk jadi suami?"
"Aku dah ready untuk jadi pemimpin?"
"Aku dah ready nak carry tanggungjawab?"
"Aku dah ready nak jaga Amanah Allah s.w.t?"
Dengan yakin saya pun menjawab
"Inshaallah aku ready sepenuhnya"
--------------------------------------------
Hari pernikahan 4/10 (Sabtu)
Tepat Jam 5.30Am saya bangun dengan senyuman yang lebar sebab saya tahu hari yang aku tunggu sudah tiba.
macam biasalah pengantin kan lepas solat subuh bergaul dengan family sekejap sambil makan-makan pagi tu.
Mula la siap siap menyarung baju melayu putih, tangan "Mak" mula melilit samping anak lelakinya perlahan lahan, Kepala bersongkok kemas, dan kaki menyarung kasut hitam bau kedai hahhahaha.
Saya ingat lagi masa tu mulut tak berhenti ber 'istighfar' berdebar debar minta Allah permudahkan segala urusan dan serahkan bulat-bulat Pada Allah s.w.t.
Sampai saja di masjid saya mula merasa keadaan yang tenang, Cuaca redup sejuk. langkah demi langkah menuju ke dewan pernikahan melihat orang semakin ramai dan ramai. mula la debar tu muncul balik. emosi terumbang ambing hahahahaah.
Pengantin apa lagi duduk la depan tok kadi tu bercakap cakap sikit pasal proses-prosesnya. saya ni dah start berpeluh, tangan dah sejuk dah shaking. Nasib tak kena 'Frostbite je'.
Long story short la erk, lepas khutbah nikah semua dah selesai. Bermula la akad Nikah bermula
"Aku Terima nikah (Nama isteri) dengan maskahwinnya Rm100 tunai"
"SAH"
Dengar je perkataan "Sah" aku mula jadi terkedu sebak dan dapat merasakan tanggungjawab macam jatuh sedebuk kt bahu. Betul lah orang cakap Rasa 'Ready' Sebelum kahwin dengan selepas kahwin ni rasanya jauh berbeza.
Kepada pengantin baru sama macam saya, i wish u all the best menjalani rumahtangga dengan baik. Aminn!š¤²š»