19/01/2026
Pengumuman ❗❗❗
PENGAMBILAN PELAJAR BARU TAHFIZ SEPENUH MASA TAHUN 2026M/ 1447H
*Madrasah Tahfiz Pendita Madani (MTPM) Pt Hj Yusof, Benut, Pontian*
🌻PENDAFTARAN PERCUMA
🌻TIADA YURAN BULANAN
🌻KELAS TUISYEN SPM PERCUMA (BM, BI, MATEMATIK, SAINS, PENDIDIKAN ISLAM, TASAWWUR ISLAM)
🌻MAKAN MINUM DITANGGUNG OLEH PIHAK MADRASAH
🌻ADA INSURAN KELOMPOK PELAJAR
🌻 LAWATAN ILMIAH, KELAS QASIDAH, KELAS KOMPUTER DLL KEMAHIRAN SECARA PERCUMA
*Tujuan MTPM (sejak 2016)*
1) Menjadi hafiz & hafizah
2) Diberikan kemahiran hidup yang tertentu
3) Mengambil SPM di program khas Sekolah Menengah Benut
4) Masuk universiti, Insya-Allah
☑️Syarat-syarat kelayakan:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar lelaki berumur antara 12 hingga 13 tahun pada 1 Januari 2026. Pelajar perempuan berumur antara 9 hingga 13 tahun pada 1 Januari 2026. Seeloknya setelah tamat Darjah 6.
3. Sihat tubuh badan & lulus pemeriksaan kesihatan.
4. Lancar membaca dan menulis rumi.
5. Mahir membaca dan menulis jawi.
6. Sudah khatam dan lancar membaca Al-Quran.
7. Berakhlak baik.
8. Mampu menghafal dan berminat untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah.
9. Lulus ujian bertulis dan lisan yang disediakan oleh Pihak Madrasah Tahfiz Pendita Madani.
10. Pendapatan ibu & bapa / penjaga tidak lebih daripada RM 3500.00 sebulan.
11. Keutamaan diberikan kepada anak yatim.
12. Alamat kediaman terkini di negeri Johor / Melaka/ Negeri Sembilan.
13. Pemilihan pelajar ini tertakluk kepada kelulusan dan pertimbangan Pihak Madrasah Tahfiz Pendita Madani.
📝Sila dapatkan borang permohonan di
https://drive.google.com/file/d/1X3MsEh-nGLo__-M7Zda1ctabicvETOaZ/view?usp=sharing
atau
di Madrasah Tahfiz Pendita Madani, Kampung Parit Haji Yusof 82210 Benut, Pontian, Johor atau hubungi 0149665531.