20/09/2026
Daging buaya bukan perniagaan tanpa modal, kata Jeferry Siew
BINTULU, 20 Sept 2026: Menangkap buaya dari sungai tidak bermakna daging reptilia itu boleh dijual dengan mudah atau memberikan keuntungan lumayan, kata Jeferry Siew.
Beliau berkata persepsi bahawa buaya diperoleh secara percuma dari sungai dan dagingnya boleh terus dijual pada harga tinggi tidak mengambil kira pelbagai kos serta risiko yang ditanggung sepanjang operasi.
βSetiap kali operasi dijalankan, kami perlu menanggung kos minyak yang tinggi, bot, peralatan menangkap, upah pekerja, bayaran kerja lebih masa, pengangkutan serta kos penyembelihan dan pemprosesan secara profesional,β katanya.
Menurut Jeferry, pasaran daging buaya juga agak terhad dan tidak semua daging yang diperoleh dapat dijual dengan segera.
Malah, katanya, bekalan daging buaya ketika ini melebihi permintaan sehingga menyebabkan stok sukar dihabiskan.
βPada masa sama, saya perlu bertanggungjawab terhadap pasukan saya dengan membeli semula bahagian daging buaya yang diterima oleh rakan sepasukan.
βSaya tidak mahu mereka bekerja keras dan mengambil risiko, tetapi akhirnya terpaksa menanggung kerugian sendiri,β katanya.
Jeferry berkata orang ramai lazimnya hanya melihat hasil akhir iaitu seekor buaya yang berjaya ditangkap dari sungai, tanpa melihat masa, risiko, kos dan tanggungjawab yang diperlukan sepanjang operasi.
βJika menjual daging buaya benar-benar semudah dan seuntung yang disangka, tentu lebih ramai orang sanggup turun sendiri untuk melakukannya, bukan sekadar melihat dari tepi.
βIni bukan perniagaan tanpa modal. Di sebalik setiap kilogram daging buaya, ada risiko, tenaga dan wang sebenar yang dikorbankan oleh seluruh pasukan,β katanya.
Sumber: Jeferry Siew