BFM - Borneo Freelance Media

BFM - Borneo Freelance Media đź”´ B. F.

M🟡
📷 Coverage : Event • Street • Lifestyle • Food • Shop
📷 🎥 Freelance Photographer • Mobilegraphy • Content Creator • media coverage
📱Social media/photographer content creation
📍Base in Bintulu,Sarawak

🟡WE SNAP • WE SHARE • WE GO VIRAL🔴

BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA SARAWAK RABU 12 OGOS 2026 8.00 PAGISumber : Berita RTM Sarawak
12/08/2026

BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA SARAWAK RABU 12 OGOS 2026 8.00 PAGI

Sumber : Berita RTM Sarawak

KUALITI UDARA SARAWAK KEKAL PADA KATEGORI TIDAK SIHATKUCHING, 11 Ogos – Kualiti udara di Sarawak kekal pada tahap kurang...
11/08/2026

KUALITI UDARA SARAWAK KEKAL PADA KATEGORI TIDAK SIHAT

KUCHING, 11 Ogos – Kualiti udara di Sarawak kekal pada tahap kurang baik apabila 11 daripada 13 stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dalam kategori Tidak Sihat, setakat pukul 10 pagi berdasarkan data portal Air Pollutant Index Management System (APIMS), Jabatan Alam Sekitar.

Bacaan tertinggi direkodkan di IPD Serian dengan IPU 189, diikuti Samarahan 170, Kuching 165, Bintulu 159 dan Samalaju 155. Mukah, Sibu, Sarikei dan Sri Aman masing-masing merekodkan IPU 153, manakala Miri 151 dan ILP Miri 119.

Sementara itu, hanya dua stesen berada pada kategori Sederhana, iaitu Kapit dengan bacaan IPU 77 dan Limbang 74.

Secara keseluruhan, bacaan IPU di kesemua 13 stesen pemantauan di seluruh Sarawak adalah antara 74 hingga 189.

Orang ramai khususnya golongan sensitif dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan kualiti udara bertambah buruk.

Wartawan: Eric

Sumber: Portal APIMS, Jabatan Alam Sekitar, RTM

https://www.facebook.com/share/p/1c53FYvjqz/

BACAAN IPU TERKINI SARAWAK. Jumlah kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan di...
10/08/2026

BACAAN IPU TERKINI SARAWAK.

Jumlah kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan di Sarawak pada pagi ini meningkat kepada sembilan.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan berkenaan ialah Kuching (161), Samarahan (161), Serian (179), Sri Aman (155), Sarikei (155), Sibu (158), Mukah (156), Bintulu (142) dan Samalaju (141).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.



🟡WE SNAP•WE SHARE•WE GO VIRAL🔴

09/08/2026

Address

Sarawak
Bintulu
97000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BFM - Borneo Freelance Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share