13/08/2025
Isu buli semakin hangat diperdebatkan di media massa, amnya. Dengan hadirnya kes Zara di Sabah, isu buli semakin mendapat tempat dihati rakyat yang inginkan keselamatan anak-anak terjamin ketika berada di sekolah. Hati membuak untuk mendapatkan keadilan bagi adik Zara agar para pembuli dan pihak yang terlibat dihukum mengikut hukuman undang-undang Malaysia.
Kini, pengambilan pelajar baru telah memasuki fasa orientasi di pelbagai institusi pengajian tinggi. Timbullah isu keselamatan anak-anak ketika musim orientasi ini dijalankan. Buli sememangnya perkara yang salah tetapi kita kena ingat perkataan, "Buli" itu sendiri membawa banyak makna. Buli ini ada dua fasa keadaan, tak semua apa yang kita lihat dan tak dapat lihat dengan mata kasar adalah buli.
Ada jenis buli fizikal dan menjadi kesalahan adalah buli secara, "touch the body". Tetapi, kalau buli mental dan fizikal tanpa ada sentuhan, "touching", lebih kepada mengajar mental untuk lebih kuat dan fizikal yang teguh sebagai persediaan ketika waktu belajar atau bekerja nanti. Disamping, perkara seperti itu akan mendisiplinkan diri kita agar lebih percaya kawan, semangat kerjasama dan tidak mudah putus asa setiap kali berhadapan dengan cabaran dan tugasan.
Program seperti ini nampak seperti agak keras tetapi ia merupakan suatu kenangan kelak, ketika kita masing-masing keluar dari institusi dan telah bekerja. Program ini adalah sesuatu yang menjadi amalan dan tradisi dari dulu lagi dan merupakan sesuatu yang baik dan bukan mendatangkan keburukkan. Bezanya adalah penerimaan budak-budak zaman sekarang dan etika pelajar yang menjadi senior pada masa kini.
Kita sebagai mak ayah yang pernah mengalami semua ini ketika zaman belajar, mesti pandai menilai konsep buli itu dari segi yang mana dan jangan ambil bulat dan pukul rata semua isu buli di negara ini. Semoga anak-anak kita dilindungi dari jenayah buli ini.
Nukilan ikhlas dari pengalaman:
KalZai TV