12/05/2026
Awan tidak melawan ribut dengan amarah,
ia hanya terus bergerak,
membiarkan langit mengajarnya
erti bertahan tanpa membenci.
Aku belajar dari awan, bagaimana untuk tetap tenang walaupun angin cuba mencarikkan bentukku. Dan aku belajar dari jabat tangan yang salah, bagaimana untuk lebih menghargai sunyi daripada keramaian yang penuh dengan lakonan. Biarlah aku nampak jauh di atas sana, bukan kerana aku sombong, tapi kerana di sini aku lebih selamat daripada bisa yang bersembunyi di balik senyuman manusia.