Melaka TODAY

Melaka TODAY BERITA VIRAL UNTUK ORANG MELAKA

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan cara baru untuk mendaftar syarikat secara online. Kali ini Daft...
19/09/2022

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan cara baru untuk mendaftar syarikat secara online. Kali ini DaftarSyarikat.biz akan berkongsi dengan anda langkah demi langkah tatacara mendaftar perniagaan anda menerusi EZBIZ dengan teliti.

https://www.daftarsyarikat.biz/2022/09/19/bagaimana-cara-mendaftar-perniagaan-dan-syarikat-menggunakan-ezbiz-ssm-online/

Kami Menawarkan Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan dan Syarikat (SSM), Lesen Kontraktor Pembekal Kementerian Kewangan(MOF), Lesen Kontraktor CIDB dan PKK

26/07/2022
06/01/2022
21.5% (200,890 orang) populasi Melaka berusia 18 tahun keatas yang masih belum mendaftarkan diri untuk vaksinasi Covid19...
13/09/2021

21.5% (200,890 orang) populasi Melaka berusia 18 tahun keatas yang masih belum mendaftarkan diri untuk vaksinasi Covid19 berbanding 7.6% yang turut belum mendaftar di Lembah Kelang.

Sumber: https://covidnow.moh.gov.my/vaccinations/mlk



21/08/2021

Raja Noor Jan Shah dakwa diri 'Sultan Melaka' meninggal dunia

Oleh Farah Suhaidah Othman

AYER KEROH 21 Ogos - Ahli perniagaan yang pernah mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 64, dilaporkan meninggal dunia hari ini dipercayai akibat COVID-19.

Perkara itu turut dikongsikan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang juga seorang aktivitis, Abdul Rani Kulup Abdullah, menerusi laman Facebook rasmi peribadinya hari ini.

Perkongsian ucapan takziah turut tular di media sosial sejak tengah hari tadi.

Menurut Abdul Rani, Allahyarham Raja Noor Jan Shah telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi dan beliau mengucapkan takziah kepada isteri arwah, Zaidatul Mardiah Yussuf.

Sementara, turut tular dengan kenyataan sama tanda pagar yang memberi maksud Allahyarham meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.

Raja Noor Jan Shah sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.

Beliau turut pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka pada 2016 atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka.

Mahkamah Tinggi selepas itu bagaimanapun membebaskannya selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadapnya.

27/07/2021
PENGKALAN BATU 14 Jun – Seramai 15 peniaga dikesan positif COVID-19, di pasar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ...
14/06/2021

PENGKALAN BATU 14 Jun – Seramai 15 peniaga dikesan positif COVID-19, di pasar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyebabkan ia ditutup tiga hari bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi Melaka Hari Ini berkata, setakat semalam kira-kira 100 kontak rapat kes positif COVID-19 di pasar berkenaan telah dikenal pasti.

“Buat masa ini kita sedang meminta bantuan MBMB dan pengurus pasar untuk menjalankan saringan membabitkan penjual sayur dan pekerja di pasar berkenaan,” katanya.

Sementara itu Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, 15 peniaga yang positif COVID-19 membabitkan peniaga sayur-sayuran di pasar berkenaan.

“Pasar Besar MBMB ditutup tiga hari bermula hari ini atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas berlaku penularan COVID-19 membabitkan peniaga.

“Penutupan itu memudahkan pihak KKM mengesan kontak rapat dan menjalankan kerja-kerja sanitasi di pasar berkenaan,” katanya.

PENGKALAN BATU 14 Jun – Seramai 15 peniaga dikesan positif COVID-19, di pasar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyebabkan ia ditutup tiga hari bermula hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi Melaka Hari Ini berkata, setakat s...

🔥Minat nak wrap kereta tapi tak confident sangat niiiii….. Sebab ada soalan-soalan tentang Sticker, tapi tak ada jawapan...
13/06/2021

🔥Minat nak wrap kereta tapi tak confident sangat niiiii….. Sebab ada soalan-soalan tentang Sticker, tapi tak ada jawapan yang professional ❗️

👍Kenapa banyak orang pilih Sticker Wrapping ⁉️ Terutamanya, Sticker tak semestinya hanya tukar warna kereta anda, ia boleh protect original cat kereta juga ! Biasanya hantar kereta bagi Spray Paint kena ambil masa lebih kurang 7 hari, tapi… Sticker Wrapping saje 2-3 hari je boleh siap pasang ❗️

Lagi… Sticker Wrapping ade pelbagai jenis warna yang Spray Paint tak dapat buat, so… lepas buat Sticker Wrapping, kereta anda mestilah jadi yang paling special on the road ❗️

Kami dari Brozz Wrapping nak bantu anda untuk transform kereta anda jadi lebih smart, elegan atau sporty. Yang bestnya kami tawarkan harga yang betul-betul menarik dan berbaloi! Di bawah ni adalah senarai servis yang kami sediakan Semua jenis kenderaan kami terima tau!!
🔥Wrap Sticker
✅Full body
✅Side Mirror
✅Hood
✅Bonet
✅Door Handle
✅Chrome Delete
✅Cuci Lampu sampai Jernih
✅ Tinted lampu
✅ PPF (Paint protection film)
✅Macam-macam lagi....
(Banyakkkk warnaaa boleh contact kami utk pilih)

Brozz Wrapping kini di Melaka. hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut.

KAMI HARAP SAHABAT SEMUA BOLEH BANTU LIKE DAN SHARE PAGE KAMI DI INSTAGRAM DAN FACEBOOK YA

PUTRAJAYA: Hospital Jasin, Melaka  mendapat penarafan tertinggi (Platinum) dalam pensijilan Leadership in Energy and Env...
11/06/2021

PUTRAJAYA: Hospital Jasin, Melaka mendapat penarafan tertinggi (Platinum) dalam pensijilan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) yang dikeluarkan oleh U.S. Green Building Council (USGBC).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, lebih membanggakan, pensijilan bangunan hijau bertaraf Platinum itu adalah dalam kategori Existing Building Operation and Maintenance Version 4 iaitu yang pertama di dunia bagi bangunan hospital dan yang pertama di Malaysia bagi bangunan kerajaan.

Menurut beliau, kejayaan itu melakar sejarah bagi Malaysia dan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menerajui dunia bagi Fasiliti Hospital Hijau selaras dengan usaha dunia menangani isu perubahan iklim dan kesihatan alam sekitar.

“Anugerah ini juga memberi keyakinan kepada golongan profesional antarabangsa bahawa Kerajaan Malaysia berada pada landasan betul terutama dalam urusan penyenggaraan di bawah KKM.

Justeru, rakyat tidak perlu bimbang mutu perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adham berkata, pensijilan LEED itu menjadi penanda aras kepada KKM untuk meluaskan pelaksanaan program penarafan bangunan hijau di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM yang lain sebagai usaha menyokong komitmen kerajaan di peringkat global dalam mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan mendepani kesan perubahan iklim.

Kata beliau, KKM juga menjadi contoh utama dalam sektor awam dan menjadi peneraju dalam melaksanakan strategi dan inisiatif lestari ke arah pensijilan bangunan hijau di negara ini.

“Kejayaan Hospital Jasin membuktikan usaha kerajaan dalam memastikan fasiliti kesihatan sentiasa berada dalam keadaan terbaik agar penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkesan dapat diberikan kepada rakyat terutamanya dalam situasi menangani pandemik Covid-19.

“Melalui pensijilan ini, hospital-hospital KKM diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam aspek pembangunan mampan dengan mengutamakan pematuhan piawaian dan pelaksanaan amalan hijau bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, sihat dan kondusif,” katanya.

Dalam pada itu, Adham berkata,pelaksanaan amalan hijau dalam pengurusan fasiliti hospital berupayamemberikan penjimatan tenaga yang optimum, mengurangkan kos utiliti dan belanja operasi hospital, menyediakan kualiti udara dalaman yang baik di samping meningkatkan prestasi dan keupayaan keseluruhan bangunan.

Jelas beliau, penggunaan teknologi hijau dan produk mesra alam juga sentiasa diutamakan dan menjadi pilihan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif lestari di fasiliti kesihatan bagi memacu dan menyokong pertumbuhan hijau di negara ini.

Terdahulu, majlis anugerah oleh USBGC itu diadakan secara maya semalam dan KKM dipilih untuk menerima anugerah tersebut mewakili Asia Tenggara yang mengiktiraf kepimpinan teladan organisasi dalam bangunan hijau di bawah pensijilan LEED.

Pengiktirafan itu susulan kejayaan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi yang mencapai penarafan sijil LEED Gold (kedua tertinggi) di bawah kategori Existing Building Operation and Maintenance version 4 pada tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Jaga mak kita semua!!!
22/05/2021

Jaga mak kita semua!!!

19/05/2021

Address

Bukit Baru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melaka TODAY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share