TV PAS Melaka

TV PAS Melaka Video ucapan pimpinan PAS Melaka, ceramah dan banyak lagi

Bahtera Nabi Nuh mungkin tertanam di gunung TurkiyeKumpulan saintis yang menjalankan penyelidikan ke atas struktur berbe...
02/09/2026

Bahtera Nabi Nuh mungkin tertanam di gunung Turkiye

Kumpulan saintis yang menjalankan penyelidikan ke atas struktur berbentuk kapal di kawasan pergunungan tinggi di Turkiye menemukan petunjuk baharu bahawa bahtera Nabi Nuh kemungkinan tertanam di bawah kawasan berkenaan.

Pasukan penyelidik antarabangsa yang memeriksa Formasi Durupınar berhampiran Gunung Ararat mengesan kan­dungan karbon sangat tinggi dalam sampel tanah.

Ujian makmal mendapati kandungan karbon di bahagian dalam formasi berkenaan adalah jauh lebih tinggi berban­ding sampel tanah yang diambil beberapa meter sahaja di luar kawasan struktur tersebut pada lereng bukit sama.

Para penyelidik menjelaskan bahawa perbezaan tersebut berpotensi menunjukkan wujud­nya himpunan bahan organik, kemungkinan tinggalan kayu purba, meskipun tiada sebarang struktur kayu yang ditemukan setakat ini.

“Jumlah karbon yang dikesan dari bahagian dalam kapal adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding apa yang ditemukan di bahagian luar,” kata ketua pakar arkeologi, Dr Cenker Atila.

“Dapatan ini menguatkan andaian bahawa mungkin wujud bahan organik atau sisa-sisa kayu di situ,” tambah beliau.

Selain itu, imbasan radar terbaharu turut mendedahkan anomali bawah tanah yang bersilang pada sudut tegak, yang berkemungkinan menunjukkan kewujudan ruang rongga atau pembahagi struktur di bawah permukaan tanah.

Formasi berkenaan terletak kira-kira 29 kilometer ke selatan Gunung Ararat, puncak tertinggi di Turkiye dan telah mencetuskan pelbagai spekulasi me­ngenai bahtera Nabi Nuh sejak ia mula dikenal pasti menerusi gambar dari udara pada tahun 1959.

Berdasarkan laporan tempatan, kejadian hujan lebat dan gempa bumi pada Mei 1948 telah menghanyutkan lumpur di sekeliling kawasan tersebut, sekali gus mendedahkan struktur misteri itu yang pertama kali ditemui oleh seorang gembala.

Bencana banjir besar itu dianggarkan berlaku lebih 4,300 tahun lalu.

Kenyataan M*F mengelirukan berkaitan lesen Judi"Kenyataan M*F mengenai lesen perjudian di Kedah adalah tidak tepat sehin...
29/08/2026

Kenyataan M*F mengelirukan berkaitan lesen Judi

"Kenyataan M*F mengenai lesen perjudian di Kedah adalah tidak tepat sehingga menimbulkan salah faham terhadap kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan usaha untuk mensifarkan premis judi di negeri tersebut sejak 14 November 2021,".

"Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 8 Disember 2021 turut menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak meneruskan pemberian lesen premis perjudian bermula 1 Januari 2023.

"Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan kerajaan negeri telah menghantar wakil untuk berunding dengan M*F supaya lesen di bawah Akta Pertaruhan Kumpulan (PBA 1967) tidak diteruskan bagi tahun 2023.

"Kenyataan M*F bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan lesen baharu perjudian tidak menjawab perkara yang dibangkitkan.

“Sedangkan apa yang dibangkitkan bukan mengenai lesen baharu tetapi lesen sedia ada yang diperbaharui setiap tahun,”

"M*F seharusnya bertanggungjawab terhadap kenyataan yang mencetuskan kekeliruan, malah kementerian itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sekadar mengeruhkan keadaan.

"Pemberian lesen oleh M*F menjadi asas kepada pertikaian mahkamah oleh pihak syarikat loteri dan judi.

“Tidak perlulah mengalihkan perhatian terhadap Pas semula kerana usaha membanteras judi wajar disokong tanpa rasa prejudis terhadap mana-mana pihak,”.

"Saya mengajak semua pihak bersatu hati bersama kerajaan negeri Kedah serta negeri-negeri lain yang memansuhkan lesen premis judi mereka.

"Dasar sifar judi wajar dipertahankan bagi memastikan sosial masyarakat terus terpelihara.

Afnan Hamimi Taib Azamudden
Ketua Pemuda Pas

PAU 2026: UMNO jemput pimpinan PAS UMNO akan menjemput kepimpinan tertinggi PAS bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (...
28/08/2026

PAU 2026: UMNO jemput pimpinan PAS

UMNO akan menjemput kepimpinan tertinggi PAS bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.

"Keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

"Jemputan berkenaan adalah sebagai tanda penghormatan UMNO kepada PAS selain membalas jemputan yang diterima kepimpinan parti untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS.

"Mesyuarat bersetuju untuk memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi PAS bagi menghadiri PAU 2026, sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS,".

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki,
Setiausaha Agung UMNO

Lesen judi bidang kuasa M*FKerajaan Negeri tak ada bidang kuasa untuk haramkan judi. Lesen judi dikeluarkan oleh M*F. Ta...
16/08/2026

Lesen judi bidang kuasa M*F

Kerajaan Negeri tak ada bidang kuasa untuk haramkan judi. Lesen judi dikeluarkan oleh M*F.

Tapi Kerajaan Negeri ada kuasa perlesenan premis perniagaan di bawah Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ruang inilah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri SG4 untuk tidak mengeluarkan lesen kepada premis perjudian samada oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Buatlah apa yang termampu dalam bidang kuasa yang ada untuk mencegah kemungkaran dan menyuruh kepada kebaikan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan satu penghakiman bahawa tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak mengeluarkan lesen premis untuk aktiviti perjudian adalah di luar bidang kuasa dan tidak berpelembagaan.

Orang Jabi kata, unconstitutional means that a law rule, or action goes against the core supreme laws or principles set in a country's constitution.

Maknanya apa yang Kerajaan Pusat dah luluskan, Kerajaan Negeri tak ada kuasa nak halang.

Dr Azman Ibrahim

Perjuangan hapus judi di Kedah tidak akan terhenti - Pas Kedah"Pihak kami akur dengan keputusan mahkamah itu, namun menz...
12/08/2026

Perjuangan hapus judi di Kedah tidak akan terhenti - Pas Kedah

"Pihak kami akur dengan keputusan mahkamah itu, namun menzahirkan rasa dukacita kerana keputusan berkenaan turut dilihat mengecewakan rakyat negeri ini.

"Pas Kedah akan terus mempertahankan prinsip mencegah kemudaratan dalam masyarakat dan menyokong sebarang tindakan susulan yang wajar diambil kerajaan negeri selepas keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

"Sangat ironi apabila langkah kerajaan negeri mengamalkan prinsip mencegah kemudaratan dalam masyarakat dibantah oleh pihak tertentu sehingga mereka sanggup membawa kes ini ke mahkamah sejak awal lagi.

"Inilah yang amat dikesali. Bagaimana ada pihak yang masih tegar mempertahankan aktiviti perjudian dalam negeri meskipun usaha kerajaan menutup keseluruhan premis telah dilaksanakan mengikut garis perundangan yang ada".

"Parti akan terus mempertahankan prinsip amar makruf nahi mungkar dalam aspek pentadbiran kerajaan negeri.

"Pihak kami memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Kedah terhadap apa jua tindakan susulan yang wajar diambil selepas pendirian Mahkamah Persekutuan berkenaan.

"Insya-ALLAH, perjuangan ini tidak akan bertemu titik noktah di sini," ujarnya.

Datuk Ahmad Yahaya,
Pesuruhjaya PAS Kedah

Setelah 4 tahun RCI TH disiapkan14 Ogos 2020 Jemaah Menteri melihat keperluan penubuhan RCI. (Tan Sri Muhyiddin PM dan M...
12/08/2026

Setelah 4 tahun RCI TH disiapkan

14 Ogos 2020
Jemaah Menteri melihat keperluan penubuhan RCI. (Tan Sri Muhyiddin PM dan Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli AlBakri)

14 Julai 2021
Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI

08 Oktober2021
Objektif & Skop siasatan ditetapkan
(Tidak termasuk Pelan Pengstrukturan Semula TH)
(DS Ismail Sabri PM dan Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Hj Idris Hj Ahmad)

20 Januari 2022
Panel RCI dilantik.

30 Ogos 2022
Laporan dipersembahkan kepada
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

10 Oktober 2022
Parlimen dibubarkan.

19 November 2022
PRU 15.

24 November 2022
DS Anuar Ibrahim angkat sumpah PM ke 10

31 Julai 2026
DS Anuar umum akan dedahkan RCI Tabung Haji di Seremban (sehari sebelum PRN Sembilan)

11 Ogos 2026
Taklimat Menteri mengenai RCI di Parlimen. Setelah hampir 4 tahun laporan RCI disiapkan.

Idris Ahmad

11/08/2026

Pembangkang minta tangguh RCI TH tu sebab PMX tiada. Rakyat nak tahu betul ke pemimpin sakau datang tu dari UMNO.

11/08/2026

Perbahasan kena ada cikgu dan anak murid. Kalau bahas sama2 anak murid dapat apa? PM dan Menteri Kewangan

Semoga PMX sihatPENANGGUHAN SIDANG KHAS PARLIMEN BERKAITAN LAPORAN RCI TABUNG HAJIKami mendoakan agar YAB Perdana Menter...
10/08/2026

Semoga PMX sihat

PENANGGUHAN SIDANG KHAS PARLIMEN BERKAITAN LAPORAN RCI TABUNG HAJI

Kami mendoakan agar YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri II dikurniakan kesembuhan segera agar dapat kembali bertugas seperti biasa.

Address

Jalan Bukit Katil
Bukit Baru
75350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TV PAS Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category