Penang Penang Channel

Penang Penang Channel Semua pasai Penang kt sini

🇲🇾 Mengenang Jasa Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Pulau PinangHari ini, kita kehilangan seorang negarawan besar—Tun Abd...
14/04/2025

🇲🇾 Mengenang Jasa Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Pulau Pinang

Hari ini, kita kehilangan seorang negarawan besar—Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.

Sebagai anak jati Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978, jasa beliau kepada negeri ini sangat besar—baik sebagai menteri kabinet mahupun ketika menjadi Perdana Menteri dari tahun 2003 hingga 2009.

Berikut hanyalah sebahagian kecil daripada sumbangan beliau kepada Pulau Pinang:

🏗️ Projek Ikonik: Jambatan Kedua Pulau Pinang

Pada tahun 2006, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Tun Abdullah mengumumkan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM2.7 bilion, yang kini menjadi nadi penting penghubung antara Seberang Perai dan pulau.

🏫 Pendidikan dan Modal Insan

Dikenali sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan,” beliau menekankan kepentingan pendidikan dan nilai moral, serta memperkenalkan Pelan Integriti Nasional yang memberi kesan hingga ke peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara, termasuk Pulau Pinang.

🕌 Warisan Ilmu dan Agama

Tun Abdullah berasal daripada keluarga ulama tersohor di negeri ini. Datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim, ialah seorang ahli falak dan tokoh agama yang dihormati—satu legasi ilmu yang diteruskan Tun melalui dasar-dasarnya yang berteraskan keseimbangan antara pembangunan dan nilai.



Sumbangan beliau dalam membangunkan kawasan Kepala Batas, menjadikannya pusat pertumbuhan baru yang lebih moden dan tersusun, adalah antara banyak lagi jasa yang tidak ternilai.

Terima kasih, Pak Lah. Negeri ini dan seluruh negara tidak akan melupakan segala pengorbanan dan jasa baikmu.

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.



Rupiah jatuh teruk — paras terendah sejak 1998!Petanda apa tu? Petanda kita kena pi bercuti kat Indonesia laaa!Dari Pena...
14/04/2025

Rupiah jatuh teruk — paras terendah sejak 1998!

Petanda apa tu? Petanda kita kena pi bercuti kat Indonesia laaa!

Dari Penang, naik flight tak sampai sejam dah sampai Kualanamu, Medan.

Ada AirAsia & Batik Air, tiket pun boleh tahan murah sekarang ni.

Medan ni memang port cun kalau nak healing. Antara port wajib singgah:
•⁠ ⁠Danau Toba – tasik kawah terbesar di dunia, view padu
•⁠ ⁠Berastagi – sejuk, tenang, boleh tengok Gunung Sibayak
•⁠ ⁠Istana Maimun – istana lama yang penuh sejarah & seni bina unik

Jom laaa, kita cuci-cuci mata tengok tiket sat.

18/10/2022
12/10/2022

Weekend ni nak p tracking kat Teluk Bahang? Sebelum tracking kena breakfast dulu. Roti jala kat kedai ni best! Jom ✨

10/10/2022

Productive morning at Majlis Bandaraya Seberang Perai ✨✨

07/10/2022

Minggu yang panjang kan? Relax semua, dah Jumaat. Nah resipi kopi untuk menggembirakan diri di office.

06/10/2022

Dinner malam ni tak rasan nak makan nasi? Mee sizzling kat Perda City Flea Market ni pun menarik jugak. 🍲🍲🍲🍲✨

05/10/2022

Craving benda manis petang ni? Try rollpis kat Bandar Perda ni. 🍫🍯✨

23/09/2022

Plan nak p ziarah kawan kat luar Penang weekend ni? Jom singgah beli buah tangan paling popular Penang! ✨✨

22/09/2022

Coffee lover sila munculkan diri 🙋🏻‍♂️ Menu coffee baru kat Zus Coffee ☕️☕️☕️

21/09/2022

Lunch apa harini? Kita try recipe baru kat CuMart jom? Ni idea menu ramen kat CuMart. 🍜🍜✨✨

20/09/2022

Berita menarik untuk anda semua!

KONSERT FESTIVAL GHAZAL MALAYSIA 2022 bersama lagenda tanah air, Dato' Jamal Abdillah akan diadakan pada 2 Oktober ini secara langsung di Dewan Sri Pinang.

Festival Ghazal Malaysia kali ni dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Ghazal Parti dan Ghazal Johor, serta penampilan istimewa Roger Kajol.

Tiket SANGAT TERHAD.

Dapatkan tiket anda serendah RM60 segera melalui laman berikut;
Laman web FGM:

https://www.ghazalmalaysia.com
Pembelian tiket fizikal melalui Whatsapp:
www.wasap.my/601155063140
Jumpa anda di sana!

Address

Bukit Mertajam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang Penang Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penang Penang Channel:

Share