Aafiyat Olive House FM

Aafiyat Olive House FM Ruangan bual bicara kongsi tips pemakanan sihat Aafiyat

08/05/2026
06/05/2026

Pening kan...Bila semua nampak “extra virgin olive oil”, tapi hakikatnya tak semua bagi manfaat.

Scroll sikit, jumpa lagi.
Brand lain p**a.
Semua nampak premium. Semua nampak sihat.

Akhirnya kita pilih. Dalam hati cuma harap, semoga ini yang betul.
Tapi jujurnya, ada yang kita ambil tu cuma minyak biasa.

Bukan manfaat sebenar yang kita sangka.
Sebenarnya, tak semua minyak zaitun sama.

Yang paling berkualiti dipanggil Extra Virgin Olive Oil atau EVOO.

Ia diperah dengan proses minimum dan paling dekat dengan bentuk asal buah zaitun.

Yang lain seperti refined atau pure p**a sudah melalui pemprosesan tambahan.
Sebab itu nutrisi dan antioksidannya tidak sama.

Nilai sebenar minyak zaitun ada pada antioksidan dia.

Dalam EVOO, ada polyphenol seperti hydroxytyrosol yang bantu lindungi sel daripada tekanan oksidatif.

Sebab itu kalau pernah rasa minyak zaitun yang sedikit pahit dan ada rasa pedih di hujung tekak, itu sebenarnya tanda dia masih kaya dengan komponen aktif.

Ramai tak tahu, itu bukan rasa pelik. Itu tanda kualiti.

Tapi ada satu perkara yang ramai terlepas pandang.

Minyak zaitun, terutamanya EVOO, memang lebih sensitif berbanding minyak lain seperti minyak sawit atau minyak kelapa dara.

Minyak zaitun ada tiga musuh utama:
• haba
• cahaya
• udara

Kalau tak dijaga, antioksidan dalam minyak tu boleh menurun perlahan-lahan.

Bukan sebab minyak tu tak bagus. Tapi sebab dia memang delicate dan kaya dengan komponen aktif.

Dan bukan jenis saja penting. Cara kita ambil pun beri kesan.

Sekarang ramai s**a bentuk softgel.
Mudah. Telan dan selesai.

Tak salah. Memang praktikal.

Cuma dalam proses hasilkan softgel, biasanya melibatkan haba dan proses tertentu.

Sedangkan minyak zaitun sensitif dengan faktor tersebut.

Maksudnya, bila dah melalui proses itu, nilainya mungkin tidak sama seperti minyak perahan pertama.

Akhirnya, ini bukan soal mana betul atau salah.
Yang penting, kita faham apa yang kita pilih.

Sebab apa yang kita ambil setiap hari, itulah yang membentuk kesihatan kita.

Jujur sikit.

Selama ini beli sebab tahu beza atau sekadar nampak label “extra virgin olive oil”?

06/05/2026
24/04/2026

Fokus Asyik Hilang? Kajian Dedahkan Peranan Olive Pearl Extract Dalam Sokong Fungsi Otak.

Pernah tak alami situasi ni?
✔️ Duduk depan laptop, tapi fikiran “lari”
✔️ Baca ayat berkali-kali, tapi tak masuk
✔️ Nak fokus ibadah, tapi lupa rakaat ke berapa

Ramai anggap ini normal. Tapi dari sudut sains, ia mungkin berkait dengan fungsi otak yang semakin terbeban.

Kenapa Kita Susah Fokus?

Hari ini, semakin ramai mengalami:
- Susah fokus lama
- Cepat hilang tumpuan
- Rasa mental fatigue walaupun badan tidak penat

Keadaan ini berkait rapat dengan fungsi kognitif (cognitive function) dan oxidative stress pada sel otak.

Peranan Antioksidan seperti bahan dalam Olive Pearl Exract memainkan peranan penting dalam menyokong otak. Olive berkualiti tinggi mengandungi Hydroxytyrosol, antioksidan kuat yang membantu:
✅ Melindungi sel otak
✅ Menyokong fokus & memori
✅ Mengurangkan tekanan oksidatif

Apa Itu Olive Pearl Extract?
Olive Pearl Extract ialah ekstrak daripada keseluruhan pokok zaitun (daun, ranting & buah), termasuk sumber dari kawasan gurun di Morocco.

Kajian Klinikal: Apa Yang Ditemui?

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrients (2023) oleh penyelidik University of Tsukuba menunjukkan bahawa pengambilan Olive Pearl Extract:
✔️ Meningkatkan fokus (complex attention)
✔️ Memperbaiki kelajuan berfikir (processing speed)
✔️ Mempercepat masa respon (reaction time)
✔️ Meningkatkan fleksibiliti kognitif
✔️ Menyokong fungsi membuat keputusan
Kajian ini melibatkan individu berumur 50 tahun ke atas selama 12 minggu.

Apa Maksudnya Untuk Kita?

Kes**aran untuk fokus bukan sekadar faktor disiplin.
- Ia boleh menjadi tanda otak memerlukan sokongan nutrisi
- Dan dipengaruhi oleh apa yang kita ambil setiap hari

OLIVIE POWER UP - Sokongan Fokus Dari Dalam
🌿 Mengandungi Olive Pearl Extract berkualiti tinggi
🌿 Sumber semula jadi hydroxytyrosol

Diformulasi dari teknologi Jepun untuk bantu:
✔️ Fokus lebih lama
✔️ Fikiran lebih jelas
✔️ Tenaga mental lebih stabil
Supaya anda boleh kekal fokus dalam kerja, kehidupan & ibadah.

👉 Baca kajian penuh:
https://www.mdpi.com/2398170
👉 Klik link di bio / DM untuk maklumat lanjut

23/04/2026

Sekarang ni, ramai makin skeptikal bila nampak NGO kutip dana. Bukan sebab tak nak bantu tapi takut duit tak sampai.

Isu penyelewengan RM230 juta yang tengah hangat sekarang lagi buat ramai jadi ragu-ragu.

➡️ Kutip dana untuk bantu orang susah
➡️ Tapi akhirnya, ada yang guna untuk kepentingan sendiri
➡️ Malah sebahagian dana dilaporkan tak sampai pun kepada penerima sebenar

Isu salah guna, ketelusan, amanah, semua ni buat kita lebih berhati-hati. Dan sebenarnya, itu satu kesedaran yang baik. Sebab amanah bukan perkara kecil.

Tapi dalam masa yang sama, ramai lagi yang benar-benar perlukan bantuan.

Dan mungkin tanpa kita sedar, kita dah pun jadi sebahagian daripada solusi.

Setiap pembelian di Olive House, bukan sekadar untuk kesihatan diri dan keluarga, tapi menyumbang kepada ekosistem kebaikan melalui Yayasan Jariah Aafiyat yang juga agen pertubuhan bagi kutipan zakat harta Lembaga Zakat Negeri Kedah.

➡️ Dana daripada zakat & infaq usahawan Olive House
➡️ Kos pengurusan ditanggung sepenuhnya oleh Olive House
➡️ 100% dana disalurkan kepada asnaf, tanpa sebarang potongan

Dan bantuan ini bukan sekadar “beri & selesai”, tetapi bantu mereka keluar dari kitaran kesusahan:
✔️ Modal & sokongan untuk peniaga kecil bangkit semula
✔️ Peluang untuk pelajar berpotensi teruskan pendidikan
✔️ Fokus kepada empowerment, bukan sekadar bantuan sementara

Jadi kepada semua pelanggan Olive House... terima kasih.

Atas setiap sokongan yang diberi, anda sebenarnya turut menjadi sebab ada insan yang dibantu hari ini.

Kesihatan dapat, jariah pun ada. Moga setiap ringgit yang dibelanjakan,
menjadi asbab pahala yang berpanjangan.

In shaa Allah.

“No Gift is Too Small To Make a Difference"

17/04/2026

Selamat berangkat kepada para duyufurrahman yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini 💚

Esok, 18 April merupakan permulaan penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci, satu langkah besar menuju perjalanan yang penuh makna.

Semoga setiap perjalanan dipermudahkan, setiap ibadah diterima dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana.

Doa kami mengiringi dari tanah air, moga berangkat dengan selamat dan p**ang nanti dengan hati yang lebih tenang serta haji yang mabrur, insyaAllah 🤲

Hidup Aafiyat, Ibadah Nikmat

06/04/2026

2 minggu raya, memang banyak makanan manis & berlemak kita ambil.

Kuih, air manis, lauk bersantan… hampir setiap hari.

Sebab tu sekarang ramai mula rasa:
– Badan cepat penat
– Perut rasa berat, penuh & bloated
– Sistem penghadaman jadi perlahan

Ini tanda badan perlukan sedikit reset.

Gabungan 3 bahan semulajadi ini boleh bantu:

1️⃣ Pati Delima
Kaya antioksidan untuk bantu kurangkan kesan lebihan gula & lemak

2️⃣ Cuka Tin
Menyokong penghadaman dan bantu proses pembersihan dalam badan

3️⃣ Madu
Sumber tenaga semulajadi untuk bantu seimbangkan sistem badan

Bila diambil bersama, ia bantu badan kembali lebih ringan dan stabil secara semulajadi.

Cara amalkan:

2 sudu besar pati delima
1 sudu besar cuka tin
1 sudu besar madu
Campur dalam 300ml air

Ambil selepas makan tengah hari atau makan malam.

Dalam masa yang sama:
✔️ Banyakkan minum air kosong
✔️ Kurangkan air manis & gula

InsyaAllah dalam 2–3 hari, anda akan mula rasa badan lebih ringan & selesa.

Address

No. 26, Lorong Perda Utama 1, Bandar Perda
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aafiyat Olive House FM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category