13/10/2025
๐ KUNJUNGAN MAHABBAH DEWAN PENGAJIAN AL-IMAM ASY-SYAFIโI (DIS) KE RUMAH SAHIBUS SAMAHAH DATOโ M***I PERLIS
Alhamdulillah, pada tarikh 12 oktober 2025, delegasi daripada Dewan Pengajian Al-Imam asy-Syafiโi (DIS) telah berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke rumah Sahibus Samahah Datoโ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, M***i Negeri Perlis, bagi menimba mutiara pandangan dan nasihat berharga berkenaan hala tuju serta kelestarian institusi ilmu.
Dalam pertemuan yang berlangsung penuh hikmah, para delegasi telah berkongsi berkenaan beberapa cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan program-program pengajian di bawah DIS. Menariknya, Sahibus Samahah Datoโ tidak terus memberikan penyelesaian secara langsung, namun dengan penuh kebijaksanaan, beliau memberi isyarat agar pihak DIS mencari pendekatan baharu dan strategi yang lebih kreatif dalam memastikan pengajian terus relevan dan berdaya tahan.
Nasihat tersebut menjadi peringatan bermakna bahawa perjuangan ilmu tidak pernah sunyi daripada cabaran, namun kekuatan sebenar para pendokongnya terletak pada keazaman untuk berfikir dan memperbaharui cara dalam menyampaikan ilmu agar ia terus hidup dan bermanfaat untuk umat.
Moga pertemuan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh ahli dan penggerak DIS untuk terus istiqamah dalam memperkukuh tradisi keilmuan serta menjadikan medan ilmu sebagai wadah yang segar, terbuka dan memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.