Dewan Pengajian Al Imam Asy Syafi'i - DIS

Dewan Pengajian Al Imam Asy Syafi'i - DIS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Pengajian Al Imam Asy Syafi'i - DIS, No 167, Tingkat 1, Medan Kikik 1, Taman Inderawasih, Bukit Mertajam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pertubuhan Kebajikan Al-Imam Asy-Syafie akan menganjurkan Program Amali Solat...
09/12/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertubuhan Kebajikan Al-Imam Asy-Syafie akan menganjurkan Program Amali Solat khas untuk kanak-kanak berumur 7–12 tahun.

📅 Tarikh: 25 Disember 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Pengajian Al-Imam Asy-Syafie
📌Yuran pendaftaran: RM 15

Pendaftaran dibuka sekarang:
👉 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc9jQV48UP3gQXZpKmbrzgpk90kSvLRKsrSMD-I6HoKyawpLA/viewform?usp=dialog

Jemput daftar anak-anak tuan/puan.
Semoga bermanfaat untuk mereka insyaAllah.

📜 KUNJUNGAN MAHABBAH DEWAN PENGAJIAN AL-IMAM ASY-SYAFI‘I (DIS) KE RUMAH SAHIBUS SAMAHAH DATO’ M***I PERLISAlhamdulillah,...
13/10/2025

📜 KUNJUNGAN MAHABBAH DEWAN PENGAJIAN AL-IMAM ASY-SYAFI‘I (DIS) KE RUMAH SAHIBUS SAMAHAH DATO’ M***I PERLIS

Alhamdulillah, pada tarikh 12 oktober 2025, delegasi daripada Dewan Pengajian Al-Imam asy-Syafi‘i (DIS) telah berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke rumah Sahibus Samahah Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, M***i Negeri Perlis, bagi menimba mutiara pandangan dan nasihat berharga berkenaan hala tuju serta kelestarian institusi ilmu.

Dalam pertemuan yang berlangsung penuh hikmah, para delegasi telah berkongsi berkenaan beberapa cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan program-program pengajian di bawah DIS. Menariknya, Sahibus Samahah Dato’ tidak terus memberikan penyelesaian secara langsung, namun dengan penuh kebijaksanaan, beliau memberi isyarat agar pihak DIS mencari pendekatan baharu dan strategi yang lebih kreatif dalam memastikan pengajian terus relevan dan berdaya tahan.

Nasihat tersebut menjadi peringatan bermakna bahawa perjuangan ilmu tidak pernah sunyi daripada cabaran, namun kekuatan sebenar para pendokongnya terletak pada keazaman untuk berfikir dan memperbaharui cara dalam menyampaikan ilmu agar ia terus hidup dan bermanfaat untuk umat.

Moga pertemuan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh ahli dan penggerak DIS untuk terus istiqamah dalam memperkukuh tradisi keilmuan serta menjadikan medan ilmu sebagai wadah yang segar, terbuka dan memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

29/08/2025
Jom ke DIs .. Isnin Jam 8.00mlm berkuliah Penyampai Ustaz Hisyam DR .Mohd Radhi
24/08/2025

Jom ke DIs .. Isnin Jam 8.00mlm berkuliah
Penyampai Ustaz Hisyam DR .Mohd Radhi

Ahli jawatankuasa DIS untuk 2025/26 beserta ahli jemaah bersama penasihat Ust.Halim Hassan.
16/08/2025

Ahli jawatankuasa DIS untuk 2025/26 beserta ahli jemaah bersama penasihat Ust.Halim Hassan.

Address

No 167, Tingkat 1, Medan Kikik 1, Taman Inderawasih
Bukit Mertajam
13600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pengajian Al Imam Asy Syafi'i - DIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share