SPChannel

SPChannel Cerita komuniti, kembara destinasi, terokai legasi. Halaman Facebook SP Channel
(1)

02/12/2025

Temubual Siri 1 bersama mantan TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang tentang Sejarah Seberang Perai Utara

02/12/2025

Program Kota Warisan Perai di Kampung Labuh Banting

30/11/2025

Oriental Chicken Chop serupa macam gambaq P. Ramlee

20/11/2025

Ujong Batu Sungai Perai 1800

18/11/2025

Bagan Belat - tahun 1800 di Seberang Perai

11/11/2025

Tapak Ropewalk Bagan (Taman Selat, Butterworth)

10/11/2025

Sejarah Rumah Haji Hashim Kerani, Bagan Belat

Dari jauh keadaan rumah lama yang diperbuat daripada kayu ini dilihat seperti sebuah rumah kosong yang telah lama terbiar dan ditinggalkan oleh pemiliknya.

Namun tiada siapa pun yang akan menyangka bahawa sebuah rumah yang dibina di Bagan Belat berdasarkan senibina yang berasal dari Melayu Setol ini dikatakan menyimpan khazanah sejarah Seberang Perai yang tidak ternilai ketika zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Rumah lama ini bukan sahaja sekadar sejarah bagi rumah itu sendiri, namun ia turut merungkaikan sejarah terpenting bagi penempatan awal masyarakat Melayu di Bagan Belat, Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Menceritakan mengenai sejarah rumah ini, Abdul Aziz Bin Hashim yang berusia 80 tahun menceritakan, dahulunya rumah ini dibina sekitar tahun 1905 oleh ayahnya yang bernama Tuan Haji Hashim Bin Itam.

Menurutnya lagi, dahulu rumah asal yang dibina di tapak rumah Haji Hashim ini sememangnya telah ada sejak zaman datuknya lagi iaitu sekitar tahun 1820an namun rumah yang asal itu kemudiannya telah diroboh dan dibina semula dengan rumah yang lebih besar di atas tapak asal sepertimana yang dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Rumah yang dibina berdasarkan senibina Melayu Setol ketika era perang Kedah Siam ini merupakan pakar membina rumah yang diambil daripada ketukangan masyarakat Melayu Setol yang berasal dari wilayah Satun.

Wilayah Satun pada ketika itu adalah sebahagian dari negeri Kedah yang kemudiannya terpisah dari Kedah apabila Perjanjian Inggeris Siam ditandatangani pada tahun 1909.

Ketika zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu, rumah ini telah dipindahkan ke Padang Benggali, Teluk Air Tawar apabila sebuah lapangan terbang dibina di kawasan berdekatan, jadi kawasan kampung di sekitar terpaksa berpindah ke kawasan lain.

Perpindahan itu melibatkan keseluruhan penduduk termasuk rumah Haji Hashim juga yang dikatakan turut diangkat beramai-ramai oleh penduduk kampung untuk memindahkan rumah ini ke Padang Benggali.

Selepas berakhirnya zaman penaklukan Jepun di Seberang Perai pada tahun 1945, penduduk kampung di sini mengibaratkannya sebagai satu malapetaka yang hilang secara tiba-tiba maka selepas daripada peristiwa itu maka timbullah kesedaran bahawa mereka tidak perlu lagi untuk bergantung harap kepada pihak lain untuk mempertahankan tanah air sendiri.

Pada ketika itu Haji Hashim merupakan seorang yang aktif dalam perjuangan politik nasionalisme Melayu yang berkobar-kobar memperjuangkan semangat untuk menuntut kemerdekaan tanahair.

Rumah Haji Hashim juga pada waktu itu dikatakan sering dikunjungi oleh Presiden Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) YTM Tunku Sri Indra Putra Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Shah II pada tahun 1951.

Pada waktu itu, YTM Tunku yang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kulim sering datang ke rumah Haji Hashim untuk menikmati makan tengah hari bersama selain menjadikan beranda di rumah ini sebagai tempat perbincangan untuk mengatur perancangan awal bagi menuntut kemerdekaan tanahair.

YTM Tunku menjadi presiden UMNO pada tahun 1951 hingga 1971 dan kemudiannya dilantik menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama pada tahun 1957.

Kini selepas lebih 100 tahun rumah Haji Hashim yang dahulunya pernah mencatatkan sejarah perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair itu kini kelihatan semakin usang kerana dimamah usia dan menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi.

Menurut cucunya Zulkarinine Bin Abdul Aziz mengatakan, pada awalnya ada cadangan untuk merobohkan rumah ini namun setelah perbincangan dilakukan bersama ahli keluarga, mereka bersepakat untuk mengekalkannya.

Kerana bagi mereka dengan adanya rumah ini, sekurang-kurangnya anak-anak cucu dan generasi kini dapat melihat sebuah rumah yang dahulunya merupakan sebuah tempat perbincangan pertama untuk mengatur perancangan bagi menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

10/11/2025

Jalan Pasar (Tahun 1800) dinamakan sempena migran etnik Fui Chiu yang tiba di Bukit Mertajam secara berkumpulan untuk membuka sebuah pasar yang menjual hasil tanaman.

市场街(1800 年)得名于迁州移民,他们成群结队地来到武吉默塔占,开设市场出售农产品。

08/11/2025

Beauty Sound Jamming Studio yang terletak di Bagan Ajam, Butterworth sekitar tahun 1990an diuruskan oleh Alwan Hasanurdin atau yang lebih dikenali dengan nama Chewan sejak lebih 40 tahun yang lalu di Seberang Perai.

Beauty Sound Jamming Studio merupakan salah satu studio yang menjadi pemangkin kepada industri perkembangan muzik di Butterworth yang bermula pada awal tahun 1990an.

28/10/2025

Seberang Jaya

Address

Jalan Bagan Luar
Butterworth
12000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPChannel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SPChannel:

Share

Halaman Facebook : Seberang Perai Channel Video Creator

page : Seberang Perai Channel - Advertising Page