Penerbit Karyaseni

Call Directions Website Contact the business

Penerbit Karyaseni Selamat Datang Ke Laman Sesawang Penerbit KARYASENI - Sebuah Karya Bermula Disini. Segala impian dan harapan terlakar dalam sebuah cerita.

PENERBITAN KARYASENI SDN BHD. merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2010. Pemilik Penerbitan KARYASENI juga adalah pemilik laman sesawang penulisan2u. Bermula dari sebuah laman sesawang penulisan2u, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan syarikat penerbitan KARYASENI. Sebelum kewujudan KARYASENI kami menjalinkan kerjasama dengan beberapa penerbit novel tempatan, terutamanya dalam menyediakan manuskrip kepada penerbit dan juga menjalankan promosi. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi sejak tahun 2006, kami gunakan untuk membangunkan sebuah penerbitan yang bergelar KARYASENI. KARYASENI sebenarnya digabungkan melalui dua perkataan iaitu KARYA dan SENI. Nama yang sesuai untuk sebuah penerbitan yang menghasilkan karya-karya dari penulis novel. Seni dalam alunan corak penulisan memberi satu gambaran kepada sebuah gambaran cerita. KARYASENI ditubuhkan bagi memeriahkan industri penulisan novel tanahair. Disamping dapat melahirkan penulis-penulis berbakat dan juga melahirkan karya yang mampu memberi impak positif kepada pembaca. SALAM PERKENALAN dari warga KARYASENI, selamat membaca dan semoga terhibur.

NOVEL KING HAIDAR – Anjell ( SOFT COVER ). READY STOCK.Takdir mereka sudah lama terjalinMereka pernah mengalami fasa per...
08/10/2026

NOVEL KING HAIDAR – Anjell ( SOFT COVER ). READY STOCK.

Takdir mereka sudah lama terjalin

Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya.

Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar!

King! Haidar juga dikenali dengan nama King. Dia bukanlah sekadar lelaki gentleman yang ceria dengan senyuman berlesung pipitnya. Personanya jauh lebih gelap daripada itu! Tapi, itulah yang buatkan Suria lebih tertarik pada Haidar.

“You intrigued me. And I was attracted to you, like ferum to magnet – SURIA ANDREANA

Rupa-rupanya banyak rahsia yang tersimpan. Baik Suria mahupun Haidar. Bagaikan satu kotak pandora yang dibuka, hidup Suria terus kacau-bilau setelah itu. Ada harga yang harus dibayar. Dia kini menjadi buruan seseorang yang dipanggil Ghost X.

Let’s make a deal. Kalau awak setuju untuk kahwin dengan saya, saya akan beritahu awak saya siapa – RAJA HAIDAR

Tawaran yang sungguh menarik! Sungguh... sungguh... Suria tertarik dengannya. Namun, perkahwinannya dengan Haidar bukanlah satu penyelesaian. Rupa-rupanya, itu adalah satu permulaan!
Rahsia demi rahsia. Kejutan demi kejutan. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan ada nyawa yang dipertaruhkan.

“Do you trust me, little sun?” – RAJA HAIDAR
Ya! Hanya Haidar yang dia percaya dengan nyawanya. Dalam menyelesaikan semuanya, mampukah kemenangan menjadi milik mereka?

https://s.shopee.com.my/1gJDPAYKlV

WEH! NOVEL CINTA RANIA DAH SAMPAI RUMAH KORANG KE BELUM? 😱📚❤️Siapa yang dah terima novel terbaru CINTA RANIA karya ANIS ...
08/10/2026

WEH! NOVEL CINTA RANIA DAH SAMPAI RUMAH KORANG KE BELUM? 😱📚❤️

Siapa yang dah terima novel terbaru CINTA RANIA karya ANIS AYUNI yang kami pos semalam? 😍

Kami nak tahu satu benda ni! 👀

Harga asal novel RM32, tapi kami percaya ramai yang berjaya dapat HARGA TAK MASUK AKAL hasil diskaun dan voucher daripada Shopee & TikTok! 🔥

Ada yang dapat RM27…
Ada yang dapat RM22…
Entah-entah ada yang dapat lagi murah! 🤯

JOM SPILL! 👇

💬 Korang beli dekat Shopee atau TikTok?

💬 Dapat harga berapa selepas checkout?

💬 Novel dah sampai atau masih dalam perjalanan?

Siapa dapat harga PALING MURAH? Kita nak tengok! 😂🔥

Jangan malu-malu, komen harga korang! Kita nak tengok siapa paling BERUNTUNG kali ni!

https://s.shopee.com.my/7ptqYm9g6g

BAHAYA BETUL DUA LELAKI NI! SEORANG PUN DAH CUKUP BUAT PEMBACA TAK KERUAN… INI DATANG DUA SEKALI! 🔥🖤BLACK GHOST kembali ...
08/10/2026

BAHAYA BETUL DUA LELAKI NI! SEORANG PUN DAH CUKUP BUAT PEMBACA TAK KERUAN… INI DATANG DUA SEKALI! 🔥🖤

BLACK GHOST kembali mencuri perhatian!

Bukan satu, tetapi DUA kisah lelaki komando yang penuh aksi, rahsia, pengorbanan dan cinta!

🖤 BLACK GHOST
✍️ Lily Haslina Nasir

🖤 BLACK GHOST
✍️ Rose Harissa

Mereka dilatih untuk berdepan bahaya.

Mereka tahu bagaimana untuk bertahan dalam situasi paling genting.

Tetapi apabila melibatkan hati dan perasaan… adakah mereka masih mampu mengawal segalanya?

💥 Aksi yang mendebarkan.
❤️ Cinta yang menguji perasaan.
🖤 Hero yang s**ar dilupakan.

AMARAN KEPADA PEMINAT NOVEL HERO BERUNIFORM!

Jangan salahkan Karyaseni kalau selepas membaca, korang mula jatuh cinta dengan Megat Adri dan Umar Alhaidhar!

📚 Dapatkan kedua-dua novel BLACK GHOST terbitan Karyaseni.

TEAM MEGAT ADRI atau TEAM UMAR ALHAIDHAR?

Komen pilihan korang! 👇

https://s.shopee.com.my/5At5MPUoFm

🚨 WEHHH!!! HARGA APA NI?! SHOPEE TERSALAH KIRA KE?! 😭🔥MASUK TROLI HARGA LAIN, LEPAS CHECKOUT TERUS TERNGANGA!!! 🤯💥HAH!!!...
07/10/2026

🚨 WEHHH!!! HARGA APA NI?! SHOPEE TERSALAH KIRA KE?! 😭🔥

MASUK TROLI HARGA LAIN, LEPAS CHECKOUT TERUS TERNGANGA!!! 🤯💥

HAH!!! BIAR BETUL?! 😱

Kami di KaryaSeni sendiri pun TERKEJUT tengok harga novel lepas diskaun!

🔥 Ada yang dapat DISKAUN RM5!
🔥 Ada yang dapat DISKAUN RM10!
🚚 Ada yang dapat FREE POSTAGE!

INI BUKAN DRILL GENG!!! 😭

⏰ 2 HARI SAHAJA!

Jangan tengok harga asal terus keluar! Masukkan novel dalam troli, gunakan voucher yang layak dan tengok sendiri harga akhir!

🛒 CEPAT CHECKOUT SEBELUM PROMO TAMAT!

Yang dah checkout tu, cuba komen korang dapat diskaun berapa?! 👀🔥

Eh jap… 😭 Ramai dah order CINTA RANIA, tapi harga yang diorang dapat dekat Shopee tu… serius mengejutkan. 😱Harga asal RM...
07/10/2026

Eh jap… 😭 Ramai dah order CINTA RANIA, tapi harga yang diorang dapat dekat Shopee tu… serius mengejutkan. 😱

Harga asal RM32.
Karyaseni dah bagi diskaun RM5 → RM27.

Tapi Shopee p**a bagi voucher & diskaun tambahan. 👀

Ada yang checkout sampai kami sendiri tengok harga tu dua kali. 😂

Tak nak bagitahu berapa.

Pergi check sendiri harga dekat akaun Shopee korang.

Kalau dapat harga “tak masuk akal”, datang komen sini. 😂🔥

⚠️ Diskaun Karyaseni untuk 500 pembeli terawal sahaja.

CINTA RANIA — novel terbaru & karya ke-15 Anis Ayuni. ❤️

https://s.shopee.com.my/8AWeLC1jEN

SEDUTAN MENARIK NOVEL TERBARU CUKUP SEMPURNA..Novel terbaru terbitan KARYASENI. Selamat membaca dan semog terhibur. Bole...
07/10/2026

SEDUTAN MENARIK NOVEL TERBARU CUKUP SEMPURNA..

Novel terbaru terbitan KARYASENI.

Selamat membaca dan semog terhibur. Boleh dapatkan di Shopee atau Tiktok.

On The Days You Left – Inawza Yusof ( Teaser 1 )Khalel bersandar santai di kerusi, membiarkan pandangannya melayang ke s...
07/10/2026

On The Days You Left – Inawza Yusof ( Teaser 1 )

Khalel bersandar santai di kerusi, membiarkan pandangannya melayang ke satu sudut. Malam minggu menggema dengan dentum muzik dan riuh tawa, menghidupkan sisa Ahad sebelum esok menuntut rutin yang membosankan.

Kotak rokok dicapai. Dia menyalakan sebatang, menyedut dalam-dalam, dengan harapan sakit kepalanya larut bersama asap kelam itu. Ada sesal menyelinap kerana bersetuju menemani Maia malam ini. Selepas semalaman berpesta, sepatutnya dia berehat, mengusir hangover yang masih berbekas.

Maia p**a tidak peduli. Masih bertenaga, masih lincah. Seperti biasa, gadis itu menjadi tumpuan ‘buaya-buaya’ yang berkeliaran. Namun Khalel tahu, tidak mudah untuk menambat hati Maia Isabel. Senarai bekas teman lelakinya bukan calang-calang. Ada yang berjawatan, ada yang bernama. Tiada yang benar-benar bertahan. Cita rasa Maia berkelas, walaupun dari luar dia tampak manja dan mudah didekati.

Khalel sendiri pernah terpesona sejak hari pertama. Wajahnya sering menghiasi majalah, namanya meniti di bibir ramai orang. Pada sangkaan awal, Maia sekadar perempuan dangkal yang tipikal. Ternyata dia lain. Ada watak. Ada api. Dan itu sahaja sudah cukup mencabar egonya.

“Kau nak duduk sini je ke sampai subuh?” Maia muncul tiba-tiba, suaranya meninggi menandingi bingit muzik. Amaretto Sour di tangannya tinggal separuh. Dia melabuh di sisi, membetulkan gaun mini kelabu tanpa memandang.

Khalel memandang penuh minat.

“Lima minit lagi, and I’m gonna start charging you,” katanya selamba.

“Kau dengan aku bukan main berkira. ‘Buaya-buaya’ kelaparan dekat sana kau tak peduli p**a,” balas Khalel, menyandar lebih selesa.

Maia mengangkat bahu, malas melayan. Dia masak benar perangai lelaki itu yang s**a memprovokasi.

“Kau dah telefon Ness dengan Adie? Ajak turun malam ni?” pancing Khalel, sengaja mengalih tumpuan.

Tundukkan Pl***oy itu - AnjelllHanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cant...
07/10/2026

Tundukkan Pl***oy itu - Anjelll

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak s**a perempuan bertudung. Tapi datang p**a Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan p**a doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang p**a mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan pl***oy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

😱 TENGOK SENDIRI HARGA DIA JADI BERAPA!Harga asal CINTA RANIA — RM32.Karyaseni bagi DISKAUN RM5 untuk 500 pembeli terawa...
06/10/2026

😱 TENGOK SENDIRI HARGA DIA JADI BERAPA!

Harga asal CINTA RANIA — RM32.

Karyaseni bagi DISKAUN RM5 untuk 500 pembeli terawal.
Jadi harga terus turun ➡️ RM27 🔥

TAPI… 👀

Shopee p**a ada voucher & diskaun tambahan untuk follower Karyaseni.

Ada yang berjaya checkout RM22.
Ada yang dapat RM22.95! 😱🔥

Novel terbaru ANIS AYUNI, karya ke-15… boleh dapat harga macam ni?

⚠️ HANYA UNTUK 500 PEMBELI TERAWAL.

Kalau voucher Shopee korang lagi power, mungkin boleh dapat lagi murah. 😂

🛒 ORDER SEKARANG DI SHOPEE:
https://s.shopee.com.my/8AWeLC1jEN

Siapa dah checkout, share korang dapat harga berapa? 👇😂

📚 DIA KEMBALI! NOVELIS LEGEND ANIS AYUNI DENGAN KARYA KE-15!Kalau anda pembaca novel Melayu sejak dulu, nama ANIS AYUNI ...
06/10/2026

📚 DIA KEMBALI! NOVELIS LEGEND ANIS AYUNI DENGAN KARYA KE-15!

Kalau anda pembaca novel Melayu sejak dulu, nama ANIS AYUNI pasti bukan nama asing. ❤️

Kini, novelis pop**ar yang telah mencipta pelbagai karya yang dekat di hati pembaca kembali dengan novel TERBARU…

✨ CINTA RANIA ✨
📖 Karya ke-15 Anis Ayuni
🔥 READY STOCK SEKARANG!

Dan khas sempena pelancaran…

🎁 500 PEMBELI TERAWAL
akan menikmati DISKAUN ISTIMEWA RM5!

🛒 Dapatkan di SHOPEE & TIKTOK SHOP KARYASENI

Hanya untuk 500 pembelian terawal. Siapa cepat, dia dapat!

Selepas sekian lama menanti karya terbaru Anis Ayuni…
CINTA RANIA akhirnya sudah boleh dimiliki. ❤️

Jangan tunggu sampai stok pertama habis.

ANIS AYUNI IS BACK.
CINTA RANIA — KARYA KE-15.

-----

Cinta Rania – Anis Ayuni

Kasihku tidak pernah menyentuh hatinya, apatah lagi mendasari dan menakluk seluruh ruang rasa.

Sejak kecil, Nur Rania dan Ibrahim Hakimi membesar di bawah satu bumbung. Dipisahkan darah, tetapi disatukan atas nama sebuah keluarga.

Ibrahim ialah seseorang yang sentiasa ada. Melindungi, mengambil berat dan hadir dalam setiap fasa kehidupan Rania. Namun, tanpa disedari, kasih yang selama ini dianggap sebagai kasih seorang adik kepada abang perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam.

Dia cuba melupakan. Cuba menjauh. Namun, setiap kali mendengar suara garau Ibrahim, hati Rania kembali ditawan dalam penjara kasihnya.

Sehinggalah satu salah faham yang membuatkan Ibrahim menjauh.

“Faham?” – Ibrahim Hakimi

“Faham?” - Rania

“Iya, fahamlah... Nia tak s**a Abang Ib call.” – Ibrahim Hakimi

“Bukan macam tu...”

Namun, penjelasan Rania tidak mampu menghalang Ibrahim daripada menjauh.

Sejak itu, tiada lagi panggilan telefon daripadanya. Tiada lagi kiriman mesej seperti selalu. Kalau ada pun, balasannya lambat dan ringkas. Barulah Rania sedar betapa hadirnya lelaki itu telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Hatiku jadi libang-libu. Tidak keruan rasa. Beginilah rasanya kehilangan seseorang yang tidak pernah pun menjadi milikku. – Rania

Rania cuba memujuk hati bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk melupakan Ibrahim.

Tetapi bagaimana mahu melupakan seseorang yang sejak kecil tidak pernah berhenti menjadi tempat hatinya p**ang? Dan bagaimana p**a jika segala perhatian, gurauan dan kata-kata Ibrahim selama ini sebenarnya menyimpan makna yang Rania tidak pernah berani tafsirkan?

Lalu fikiran Rania melayang kepada persoalan Ibrahim beberapa tahun lepas.

“Kita bukan adik-beradik, kan?”

Address

15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn
Cheras, Selangor
SELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbit Karyaseni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerbit Karyaseni:

Shortcuts

Share

Category