Dgrinology Trading

Dgrinology Trading Pengeluar dan pengedar produk kesihatan dengan bahan-bahan semula jadi.

14/11/2022

Jus MyHeart ni bukan ubat tahu, tapi ianya makanan tambahan yang bagus utk kita amalkan setiap hari bagi mengurangkan risiko daripada terkena penyakit-penyakit kritikal dan utk mengurangkan masalah strok / serangan jantung.

Dapatkan Jus Myheart utk minum diri atau kawan-kawan yang mempunya masalah -masalah seperti

•Penyakit jantung
•masalah Kolesterol tinggi
• masalah Kebas2 tangan dan kaki
• masalah tekanan Darah tinggi
• Sakit kepala@pening2
• Sembelit
• Batuk2@ selesema
• Darah pekat
• Astma/Bronkitis
• Lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan

Matlumat lanjut:
www.dgrinology.com

PM for more Info

Tip**ah kalau sehari tak makan nasi, sebagai rakyat Malaysia pasti kita tidak terlepas daripada memakan makanan ruji itu...
28/10/2022

Tip**ah kalau sehari tak makan nasi, sebagai rakyat Malaysia pasti kita tidak terlepas daripada memakan makanan ruji itu walaupun sekali dalam sehari. Mungkin ini rutin wajib untuk rakyat di negara ini. Tapi ada juga yang mencabar diri mereka untuk tidak makan nasi lebih dari seminggu, sebulan bahkan setahun.

Tahukah anda? Nasi putih lebih tinggi gulanya berbanding minuman bergula yang menyebabkan kencing manis. Jadi, betul ke kalau makan nasi putih lagi bahaya dari minuman bergula ? Mari kita baca penjelasan lanjut daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segara yang mudah diserap oleh tubuh. Manakala nasi juga adalah sumber karbohidrat yang mengandungi gula secara semulajdi sama seperti mee, roti, pasta dan ubi. Sama seperti gula semulajadi pada buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

𝟭 𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗿𝗯𝗼𝗵𝗶𝗱𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝟰 𝗸𝗰𝗮𝗹 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮. Jadi, pengambilan karbohidrat berlebihan akan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan. Kalori berlebihan yang tidak digunakan akan menyebabkan peningkatan berat badan seterusnya menjurus kepada berat badan berlebihan dan obesiti. Perlu diingat, makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula (karbohidrat ringkas) dalam badan kita.

Banyak kajian juga menunjukkan perkaitan antara obesiti dan diabetes ini. Tapi tidak bermakna individu yang tak mempunyai masalah berat badan tidak berisiko untuk mendapat diabetes. Kekerapan pengambilan nasi dan makanan & minuman manis bergula secara berlebihan juga boleh mengundang risiko diabetes.
Jika seseorang individu tidak mengambil minuman bergula tetapi mengambil nasi putih secara berlebihan dan kerap juga boleh berisiko mendapat diabetes. Amalan pemakanan sihat dengan mengambil makanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai juga kekal aktif setiap hari amat penting dalam mengekalkan tahap kesihatan anda.

Mungkin sesetengah masyarakat sahaja yang menggunakan istilah suku suku separuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengambilan buah dan sayur rendah Glycemic Index (GI) akan membantu mentastabilkan penyerapan gula dalam darah.
Selain itu, pengambilan makanan dan minuman manis juga perlu dihadkan. Penting untuk mengawal porsi dan kuantiti makanan yang diambil supaya pengambilan kalori adalah mengikut seperti yang disarankan mengikut Panduan Diet Malaysia.

Secara kesimp**annya, bukanlah nasi atau gula yang perlu disalahkan tetapi cara kita mengambil makanan seimbang dan mengawal kualiti makanan yang diambil itu. Jadi, sama-sama kita mengawal pengambilan kalori supaya dapat mengelakkan dari obesiti dan diabetes.

28/10/2022
May the supreme light illuminate your minds, enlighten your hearts and strengthen the human bonds in your homes and comm...
23/10/2022

May the supreme light illuminate your minds, enlighten your hearts and strengthen the human bonds in your homes and communities.

Salam semua....Lama dah tak share tentang Jus MyHeart.... Sebenarnya ada je Jus MyHeart...Dan ianya semakin mendapat sam...
17/10/2022

Salam semua....Lama dah tak share tentang Jus
MyHeart.... Sebenarnya ada je Jus MyHeart...Dan ianya semakin mendapat sambutan.. Alhamdulillah sekarang ni pun kami telah mengeluarkan Jus MyHeart Premium Plus 7 in 1 yg mana terdapat Saffron dan Arabic Gam dalam nya,dan Alhamdulillah kami sedang active bergerak dari satu event ke satu event utk memperkenalkan Jus MyHeart Premium Plus 7 in 1 dan juga utk menambahkan lagi penguna2 Jus My Heart ..

Hubungi sy Diha/Madiha
019 6321252
012 9494483
utk dptkan Jus MyHeart dan
Jus MyHeart Premium..

Tahukah anda, lemak satu keperluan, gula tidak?Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet, saintis memba...
06/10/2022

Tahukah anda, lemak satu keperluan, gula tidak?

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet, saintis membandingkan lebih daripada 135,000 individu di 18 buah negara yang mengamalkan diet rendah lemak atau rendah karbohidrat. Mereka yang mengamalkan diet rendah lemak lebih cenderung untuk mati disebabkan sebarang punca serta lebih berisiko mati disebabkan serangan jantung dan penyakit jantung. Sebaliknya, mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat mempunyai risiko yang jauh lebih rendah.

Jenis beras untuk kencing manis merupakan satu perkara penting yang perlu diambil kira. Ini kerana sesetengah jenis bera...
04/10/2022

Jenis beras untuk kencing manis merupakan satu perkara penting yang perlu diambil kira. Ini kerana sesetengah jenis beras mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding jenis beras lain.

Keadaan ini dapat mengelakkan gangguan kepada faktor berat badan serta paras gula dalam darah anda.

Terdapat dua jenis beras dengan indeks glisemik agak rendah dan selamat untuk diambil oleh individu yang menghidap diabetes, iaitu:

#𝟏. 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐬𝐦𝐚𝐭𝐢
Beras basmati salah satu jenis beras putih untuk diabetes yang paling sihat buat penghidap masalah kesihatan ini.

Ia kerana beras basmati mempunyai indeks glisemik sekitar 43-60, termasuk dalam kategori indeks glisemik rendah hingga sederhana.

Jadi, beras putih untuk diabetes jenis ini lebih selamat untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah.

𝙎𝙚𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧 100 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙨 𝙗𝙖𝙨𝙢𝙖𝙩𝙞 𝙥𝙪𝙩𝙞𝙝 𝙙𝙞𝙢𝙖𝙨𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜𝙞 150 𝙠𝙖𝙡𝙤𝙧𝙞, 3 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙥𝙧𝙤𝙩𝙚𝙞𝙣 𝙙𝙖𝙣 35 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙠𝙖𝙧𝙗𝙤𝙝𝙞𝙙𝙧𝙖𝙩.

𝙎𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙞𝙩𝙪, 100 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙨 𝙗𝙖𝙨𝙢𝙖𝙩𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜𝙞 162 𝙠𝙖𝙡𝙤𝙧𝙞, 1.5 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙡𝙚𝙢𝙖𝙠, 3.8 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙥𝙧𝙤𝙩𝙚𝙞𝙣, 33.8 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙠𝙖𝙧𝙗𝙤𝙝𝙞𝙙𝙧𝙖𝙩 𝙙𝙖𝙣 3 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙧𝙖𝙩.

Kehadiran serat dalam makanan yang dimakan dapat menjadikan kadar gula darah anda lebih terkawal.

#𝟐. 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠
Kajian dari Harvard Health Publishing menyatakan beras perang mengandungi indeks glisemik dalam jumlah 50, dikira sebagai kategori rendah.

Oleh itu, beras putih untuk diabetes ini dianggap sebagai sejenis beras untuk kencing manis yang selamat diambil.

Bukan sahaja indeks glisemik rendah, kandungan serat dalam beras perang juga agak banyak berbanding beras putih.

Ini menjadikan beras perang sebagai makanan yang tidak akan mempengaruhi paras gula darah.

Keadaan ini adalah kerana serat yang terkandung di dalamnya boleh menghalang pembebasan glukosa (gula) ke dalam darah.

Kawal saiz hidangan jika ambil beras putih untuk diabetes
𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐬𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬, 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐢𝐳 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.

Ini kerana kedua-dua beras ini masih berada dalam kump**an karbohidrat yang boleh menjejaskan tahap gula darah, walaupun tidak seburuk beras putih.

Pertimbangkan juga bahagian makan makanan lain yang mengandungi karbohidrat, seperti roti, kentang, mi, pasta, dan lain-lain. Sekiranya telah makan nasi, anda harus menyingkirkan makanan lain yang mengandungi karbohidrat.

Pastikan pengambilan beras dalam diet pemakanan harian anda diiringi oleh banyak sumber makanan sayuran dan protein tanpa tepung, seperti ikan, ayam, tofu, tempe, atau daging.

Dalam masa yang sama, pastikan juga anda mengawal pengambilan gula tambahan serta makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Pilihlah produk makanan bebas kandungan gula atau gantikan pengambilan gula dengan pemanis khas untuk penghidap diabetes yang rendah kalori dan tidak mempunyai kandungan gula.

Harap-harap info info ini dapat membantu anda.

Sihatcergas bersama Myheart

02/10/2022

Festival Islam & Halal

🎊🎉🎊Celebrating World Heart Day With Us. Get your free gift with every purchase.🎁🎀🎁LAST DAY OFFERSHOP NOW🛒www.dgrinology....
28/09/2022

🎊🎉🎊Celebrating World Heart Day With Us. Get your free gift with every purchase.🎁🎀🎁

LAST DAY OFFER
SHOP NOW🛒
www.dgrinology.com

8 Tanda Kolesterol Tinggi 1. Mudah lelah 2. S**a mengantuk3. Sakit kaki4. Tengkuk terasa tegang dan kaku5. Sakit dada6. ...
26/09/2022

8 Tanda Kolesterol Tinggi

1. Mudah lelah
2. S**a mengantuk
3. Sakit kaki
4. Tengkuk terasa tegang dan kaku
5. Sakit dada
6. Pertumbuhan lemak berwarna kekuningan (xanthomata) yang berkembang di bawah kulit dan urat.
7. Timbulnya biji kolesterol (xanthelasma) di kelopak mata
8. Muncul gumpalan di urat

Bermacam-macam petua yang ada sebenarnya tetapi ramai jer yang malas nak buat ramuannya kan...
Takpe...
Ni admin nak share 1 jer petua paling mudah... amalkan
2 kali sehari... sesudu sebelum sarapan... sesudu sebelum tidur...
Moga dengan IzinNya... insyaAllah... dapat membantu masalah kolesterol dalam badan.
Nampak...ramai dah cuba .. feedback bagus!

Comment "nak" untuk dapatkan Jusmyheart

atau layari laman web kami

www.dgrinology.com

19/09/2022

𝗣𝗥𝗢𝗠O𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔👨‍👩‍👧👨‍❤️‍👨🌍
19hb-29hb SEPTEMBER 2022

🎁𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝟰𝟬𝗴
dengan setiap belian Jus Myheart
(sementara stok masih ada)

29hb. September merupakan Hari Jantung Sedunia yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia bagi menyebarkan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan jantung.

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗮𝗱𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮?
Madu asli dapat mengurungkan risiko serangan jantung, menurunkan kolesterol serta menjaga tekanan darah bagi normal.

Ayuh, tunggu apa lagi, dapatkan madu asli 40g (harga RM15) secara PERCUMA!

🛒www.dgrinology.com

LAZADA & SHOPEE
🔎Jus Myheart

15/09/2022

😫Masalah kesihatan seksual adalah salah satu perkara yang tidak asing lagi. Namun, masih terdapat sebilangan individu ya...
13/09/2022

😫Masalah kesihatan seksual adalah salah satu perkara yang tidak asing lagi. Namun, masih terdapat sebilangan individu yang agak taboo dengan perkara ini menyebabkan mereka lebih s**a mencari cara penyelesaian sendiri sekiranya mengalami masalah.

𝐊𝐡𝐚𝐬𝐢𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐭𝐢𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢
Biasanya bawang putih diambil bersama madu sebagai campuran. Bawang putih dikategorikan sebagai makanan afrodisiak dimana ia agak tinggi dengan kandungan allicin yang mampu untuk membantu melancarkan aliran darah termasuk di kawasan z***r.

Kelancaran aliran darah pada saluran darah di dalam z***r akan membantu para lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi alat sulit untuk beraksi lebih hebat. Bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk meningkatkan libido iaitu kemahuan dan keinginan seksual.

Manakala, madu p**a sangat kaya dengan sumber pelbagai jenis nutrisi. Nutrisi adalah amat penting di dalam proses penghasilan dan perembesan hormon testosteron orang lelaki. Maka, semakin tinggi hormon testosteron, semakin tinggi libido lelaki. Kesannya, maka anda mungkin mampu jadi lebih hebat beraksi bersama pasangan di ranjang.

Digabungkan bersama bawang putih, kesannya tidak dapat dinafikan lagi!

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬𝐢𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐭𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚

Sekiranya anda ingin menggunakan bawang putih dalam masakan, hancurkan bawang putih terlebih dahulu dan biarkan selama 10 minit sebelum dimasak. Ini adalah untuk mengaktifkan komponen allicin. Jika anda bimbang khasiat bawang putih hilang dalam proses memasak, saintis menyarankan agar menambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan.

Manakala, sekiranya anda ingin membakar bawang putih, dinasihatkan untuk tidak melebihi 60 saat dalam oven atau di atas api untuk mengekalkan khasiatnya. Membakar bawang putih melebihi 60 saat boleh menyahaktifkan komponen allicin.

Untuk pengetahuan anda, penggunaan ketum diharamkan di beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand, Australia serta bebe...
09/09/2022

Untuk pengetahuan anda, penggunaan ketum diharamkan di beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand, Australia serta beberapa negara di benua Eropah. Tetapi, di Amerika Syarikat ia sering digunakan sebagai ubat alternatif.

Dengan penggunaan pada kadar (dos) yang rendah, ketum dipercayai mampu berfungsi sebagai ramuan kesihatan untuk mengatasi batuk, cirit birit, diabetes, ubat tahan sakit, dll. Sementara dos yang lebih tinggi, ia akan memberi kesan sedatif atau menenangkan.

Menurut satu kajian European Monitoring Centre for Drugs and Drug Addiction (EMCDDA), pengambilan ketum dengan dos yang sangat rendah dipercayai mampu memberikan kesan positif seperti berikut:

👍𝗞𝗲𝗽𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻
👍𝗞𝗲𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻
👍𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻
👍𝗞𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻

Selain itu, air ketum juga dipercayai mampu merawat sakit seperti sengal otot, lemah sendi, kepenatan, kegelisahan serta pelbagai keadaan kesihatan lain.

Hal ini adalah kerana, ketum mengandungi alkaloid mitragynine and 7-hydroxymitragynine. Kedua bahan aktif ini memiliki kesan sebagai ubat analgesik yang membantu melegakan rasa sakit. Ia juga berfungsi sebagai agen anti-radang dan mengurangkan keradangan otot.

Walaupun mempunyai khasiat yang dinyatakan di atas, penggunaannya diharamkan disebabkan oleh beberapa perkara.

Pelbagai kajian terkini telah mengesahkan bahawa pengambilan daun ketum ini mempunyai lebih banyak keburukan berbanding kebaikannya jika dilihat pada sudut kesan sampingannya.

𝗞𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗿𝘂𝗸 𝗗𝗮𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗺
😫𝐏𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐝𝐚𝐤
😫𝐇𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐫𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧
😫𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢𝐠𝐢𝐥
😫𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐥𝐮𝐡
😫𝐊𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐥𝐮𝐭
😫𝐌𝐮𝐚𝐥-𝐦𝐮𝐚𝐥
😫𝐌𝐮𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐦𝐮𝐧𝐭𝐚𝐡
😫𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐦𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬
😫𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧
😫𝐑𝐨𝐬𝐚𝐤 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢
😫𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐥𝐚
😫𝐌𝐚𝐛𝐮𝐤, 𝐤𝐡𝐚𝐲𝐚𝐥 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧
😫𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐥𝐮𝐬𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢
😫𝐁𝐞𝐫𝐝𝐞𝐥𝐮𝐬𝐢
😫𝐃𝐞𝐩𝐫𝐞𝐬𝐢

Tambahan p**a, ia juga mampu menyebabkan masalah lebih besar jika diambil dalam dos yang terlalu banyak. Antara kesan sampingannya ialah mengalami sawan, koma atau lebih teruk lagi, meninggal dunia.

Bukan itu sahaja, daun ketum juga memberi kesan buruk kepada ibu hamil kerana bayi yang dilahirkan oleh ibu yang meminum air daun ketum memiliki risiko lahir dengan gejala ketagihan daun ketum tersebut.

𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻
Konklusinya, pengambilan daun ketum adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan sama sekali. Hal ini adalah kerana sekiranya anda perlukan rawatan untuk penyakit yang anda hidapi, anda boleh ikhtiar bermacam cara lain yang lebih selamat dan dapatkan nasihat serta rawatan daripada hospital.

Ingat, jangan salah guna tau!

Peria katak adalah merupakan salah satu sayuran yang cukup terkenal dengan rasa pahitnya dan rasanya akan menjadi semaki...
07/09/2022

Peria katak adalah merupakan salah satu sayuran yang cukup terkenal dengan rasa pahitnya dan rasanya akan menjadi semakin pahit apabila semakin ranum. Saiznya lebih kecil berbanding peria biasa.

Nama saintifik peria katak ialah Momordica charantia. Ia juga dikenali sebagai ‘bitter gourd’ atau ‘bitter melon’. Walaupun mempunyai rasa yang pahit, peria katak amat kaya dengan pelbagai khasiat. Jadi, sejauh manakah kebaikan peria katak untuk kesihatan?

Peria katak kaya dengan pelbagai nutrisi seperti zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink, vitamin dan lain-lain. Bahkan kandungan nutrisinya dua kali ganda lebih berbanding brokoli!

Maka, dengan itu peria katak mempunyai pelbagai kebaikan berdasarkan nutrisi-nutrisi yang terkandung di dalamnya.

👍Baik Untuk Kesihatan Kulit
👍Baik Untuk Mata
👍Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan keberkesanan pengambilan peria untuk membantu menstabilkan paras gula dalam darah dengan baik dengan menggalakkan penghasilan insulin.

Buah peria mengandungi kandungan hypoglycemic atau insulin semula jadi di dalamnya. Justeru, ia menghasilkan plantinsulin yang berfungsi menurunkan kadar gula dalam darah dan air kencing pesakit diabetes secara semula jadi.

Alternatif yang mudah dan berkesan dalam merawat diabetes menggunakan buah peria dengan menjadikan buah peria sebagai jus minuman dan diamalkan sekurangnya sebanyak empat atau lima biji buah peria setiap pagi.

Tetapi, bijinya dihancurkan terlebih dahulu dan boleh dicampurkan dalam makanan. Jika anda tidak gemar untuk mengambil dalam bentuk jus, anda boleh juga merebus buah peria tersebut dan amalkan air rebusan tersebut atau anda boleh jadikan ia dalam bentuk serbuk.

Anda sangatlah disyorkan untuk membuat sendiri jus peria katak .

Membantu Mengawal Kadar Kolesterol Dalam Badan
Pengambilan peria katak dipercayai dapat menurunkan kadar kolesterol jahat iaitu LDL kolesterol serta trigliserida. Semakin tinggi ekstrak peria katak, semakin tinggi kadar penurunan kolesterol yang boleh berlaku.

Kaya Dengan Serat
Apabila bercakap mengenai serat, ia mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaatnya untuk tubuh. Seperti sayur dan buah-buahan yang lain, peria katak juga amat tinggi kandungan seratnya.

Dengan kadar kalori yang cukup rendah dan kandungan serat yang tinggi, peria didapati sangat sesuai untuk diamalkan sekiranya anda berhajat ingin menurunkan berat badan.

Hal ini kerana, serat dapat membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama sekaligus membantu dalam mengurangkan selera makan.

Kesimp**an
Terdapat banyak lagi khasiat peria katak yang lain seperti merawat asma dan sebagainya. Namun begitu, pengambilan peria katak haruslah secara sederhana kerana ia mempunyai kesan sampingan seperti boleh menyebabkan penyakit seperti sakit perut ringan, cirit-birit dan muntah.

Untuk individu yang mempunyai penyakit seperti diabetes dan lain-lain, pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mula mengamalkan peria katak.

Selepas tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, pameran fauna terbesar di Malaysia iaitu Royal Floria Putrajaya bakal k...
02/09/2022

Selepas tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, pameran fauna terbesar di Malaysia iaitu Royal Floria Putrajaya bakal kembali pada tahun 2022 ini !

Memang anda wajib ke sini sebab ada pameran flora tempatan dan antarabangsa daripada Singapura, China, Indonesia, Korea, Thailand, Taiwan, Jerman dan New Zealand.

Antara tarikan lain adalah Sky Walk yang menjadi laluan utama ke Floria, Gemerlapan Floria, Clock Meadow, Wall of Orchids, Taman ‘Glow in the Dark’, Floral Pavilion serta Pertunjukkan Orkid VIP.

Sambil-sambil memeriahkan acara pameran bunga terbesar di Malaysia ini jangan lupa singgah di booth DGRINOLOGY utk dapatkan Jus Myheart Anda tahu....

Boleh hubungi 017-680 5575, 0 19-456 6488, 0 17-621 1290 untuk cari kami.

Penyembuhan penyakit bukan bergantung kepada ubat-ubatan.Sebagai contoh dalam rawatan penyakit kronik seperti kencing ma...
30/08/2022

Penyembuhan penyakit bukan bergantung kepada ubat-ubatan.

Sebagai contoh dalam rawatan penyakit kronik seperti kencing manis, kita tidak boleh bergantung kepada ubat sepenuhnya. Ini adalah kerana perubahan cara hidup pesakit kenalah berubah sepenuhnya. Cara makanan yang menyumbangkan kepada peningkatan gula dalam darah juga harus bertukar sepenuhnya. Begitu juga dengan aktiviti harian yang lebih sihat seperti bersenam dan menjaga tidur yang betul haruslah diutamakan.

Address

Cheras

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 07:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 07:00

Telephone

+6001045651068

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dgrinology Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dgrinology Trading:

Share

The best and most efficient pharmacy is within your own system.

Everyone wants to feel energetic, positive, and physically well every day. There isn’t a person on this planet who wants poor health. Yet many factors in the modern world cause a decline in vitality — particularly environmental toxins, poor diet, stress, and lifestyle.

With vision, love, and a heart for our customers, we want to help people to support their health naturally. By providing natural health information and products towards better health. We believe in cleansing your internal and external environment to restore your body's self-healing mechanisms is the key to your body to heal itself.

Experience what it means to feel your best.