Penulisan2u

Directions Website

Penulisan2u PENULISAN2U adalah sebuah blog cerpen & Novel Online dari Malaysia, Singapore, Indonesia & Brunei. Lebih 200,000 Koleksi Cerpen & Novel Online.

Lebih 100,000 Koleksi Cerpen & Novel Online. Untuk baca novel online layari di www.penulisan2u.my . untuk pembelian online novel penerbitan karyaseni www.karyaseni.my . untuk pembelian online novel penerbitan penulisan2u www.p2u.my

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ RAMAI PEMBACA BERI 5 BINTANG!Ada novel yang kita baca untuk hiburan…dan ada novel yang buat kita diam, sebak ...
07/09/2026

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ RAMAI PEMBACA BERI 5 BINTANG!

Ada novel yang kita baca untuk hiburan…
dan ada novel yang buat kita diam, sebak dan akhirnya menitis air mata. 😭💔

SANGGUP BERSABAR, SAYANG
karya Rehan Makhtar ternyata berjaya menyentuh hati ramai pembaca.

Kami kongsikan antara review daripada pembaca yang sudah menghabiskan novel ini. Ramai yang memberikan ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ dan mengakui kisahnya benar-benar bermain dengan emosi.

🥺 Ada yang menangis.
💔 Ada yang sakit hati.
😭 Ada yang susah nak move on.
❤️ Tapi tetap sayang dengan ceritanya.

Kalau anda s**akan novel yang penuh emosi, kesabaran, pengorbanan dan mampu membuat air mata jatuh tanpa sedar, mungkin ini novel yang patut masuk dalam koleksi anda.

📖 SANGGUP BERSABAR, SAYANG — REHAN MAKHTAR

Berani baca sampai habis tanpa menangis? 😭

ReviewNovel Novel5Bintang KakiNovel BookstagramMalaysia RacunNovel

READY STOCK — MY UNWANTED HUSBANDKarya Rehan Makhtar kini tersedia untuk anda yang masih belum memilikinya! 📚❤️Kali ini ...
06/09/2026

READY STOCK — MY UNWANTED HUSBAND

Karya Rehan Makhtar kini tersedia untuk anda yang masih belum memilikinya! 📚❤️

Kali ini kami tak nak puji sendiri…
Kami kongsi REVIEW daripada pembaca yang dah baca! ⭐⭐⭐⭐⭐

Apa yang buat mereka s**a?
Apa yang buat mereka geram?
Dan kenapa ramai yang susah nak berhenti membaca bila dah mula? 👀🔥

Baca sendiri review mereka.
Kalau lepas baca review terus rasa nak checkout… jangan salahkan kami. 😂

📖 MY UNWANTED HUSBAND — REHAN MAKHTAR
✅ READY STOCK
✅ Tak perlu tunggu preorder
✅ Boleh terus checkout!

Kalau dah lama simpan dalam wishlist, ini masanya bawa dia balik ke rak buku anda. 🛒🔥

SAPA DAH BACA NOVEL TAKDIR UNTUK AKU - Rehan Makhtar"Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan"UJ...
02/09/2026

SAPA DAH BACA NOVEL TAKDIR UNTUK AKU - Rehan Makhtar
"Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan"
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.
“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad
“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur
Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.
“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad
“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur
Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.
“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur
“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad
Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.
“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq
“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur

Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.
Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.
DAPATKAN DI SHOPEE KARYASENI..

📚 JOM TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2026! 🎉Masih belum tebus Baucar Buku Madani 2026?Kini anda boleh menebusnya dengan mudah ...
02/09/2026

📚 JOM TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2026! 🎉

Masih belum tebus Baucar Buku Madani 2026?

Kini anda boleh menebusnya dengan mudah di Mysiswa Place!

✨ Khas untuk pelajar IPTA & IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

💖 Pilih daripada pelbagai koleksi novel bestseller Karyaseni yang pasti membuatkan anda s**ar berhenti membaca!

📖 Baca lebih banyak.
💡 Tambah ilmu.
❤️ Sokong karya penulis tempatan.

📲 Scan QR Code sekarang dan tebus Baucar Buku Madani 2026 anda di Mysiswa Place.

Jangan tunggu sehingga saat akhir. Tebus hari ini dan miliki novel pilihan anda!

🔥 “BEST GILER! 5 BINTANG” 🔥Review daripada pembaca untuk novel KAPTEN JANE: BINTANG LANGIT MALAM karya Rey Amane. ✈️❤️Bi...
02/09/2026

🔥 “BEST GILER! 5 BINTANG” 🔥

Review daripada pembaca untuk novel KAPTEN JANE: BINTANG LANGIT MALAM karya Rey Amane. ✈️❤️

Bila pembaca sendiri dah cakap BEST GILER, rasanya tak perlu racun banyak-banyak dah. 😂

Kapten Jane bukan sekadar kisah cinta. Ada aksi, dunia ketenteraan, emosi, keluarga dan chemistry Aysannur × Raef yang buat kita susah nak berhenti membaca.

📖 Sekali buka… hati-hati. Takut terus lupa nak tidur. 😆

Siapa belum baca KAPTEN JANE, ini masa untuk grab!

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG FATINILAM SARI AHMAD - DAPATKAN YANG TERAWAL PBAKLJika kau ingin berpaling dari cintaku, ber...
01/09/2026

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG FATINILAM SARI AHMAD - DAPATKAN YANG TERAWAL PBAKL

Jika kau ingin berpaling dari cintaku, berpalinglah pada yang lain. Tapi janganlah kau berpaling dari Allah

Pada usia 45 tahun, Puan Sharifah mengejutkan anak-anaknya, Alisha dan Izzani, dengan keputusan yang tidak dijangka—berkahwin semula dengan cinta lamanya, Dato Bahari, lelaki kaya dan berpengaruh. Izzani menerima dengan hati terbuka, namun Alisha masih dibayangi rasa sangsi tambahan lagi apabila mereka perlu berpindah ke rumah mewah ayah tirinya itu.

“Percayalah Alisha, Izzani. Kita akan gembira hidup di sana nanti. Ibu jamin sebab Pak Cik Bahari sangat baik dan bertimbang rasa orangnya.” — Puan Sharifah

Malam pertama di rumah itu, Alisha diganggu lelaki bertopeng Bugs Bunny di dalam biliknya. Ketakutan menguasai dan esoknya Alisha lari pulang ke kampung.

Di Manchester, Izzani tekun belajar jurusan perubatan. Sekembali ke Malaysia, dia perlu memenuhi janji kepada Dato Bahari supaya berkahwin dengan abang tirinya sendiri, Eshan. Namun tanpa dapat ditahan, dia jatuh cinta dengan Alejandro, pemuda Sepanyol yang menarik hatinya. Cinta mereka mekar seperti musim panas di Sevilla.

“Aku rindu kopi pagi kita di dapur mama aku… Dua bulan cuti terasa lama, mi amor.” —Alejandro.

Tapi satu insiden buat Alejandro dipanggil pulang ke Sevilla. Dan dia tidak kembali. Kenapa? Ke mana dia pergi? Izzani keresahan dalam rindu yang panjang…

“Inilah doa yang aku simpan lama. Allah jawab dengan cara paling indah.” — Izzani.

Sementara itu, tanpa dipaksa-paksa, cinta antara Alisha dan Eshan berputik lembut. Tanpa sedar, Eshan sentiasa menjadi pelindung kala Alisha memerlukan.
Tapi Dato Bahari membantah keras hubungan itu, tak pernah melihat Alisha setanding Izzani.

Kalau daddy tak merestui cinta kita... Kita kahwin lari saja!⁶

— ESHAN

“Isha s**a hubungan jarak jauh… Boleh rindu selalu.” — ALISHA.

Tapi, sampai bila mereka mampu bertahan apabila ditekan-tekan?

Tanpa diduga, Bugs Bunny muncul lagi dalam hidup Alisha, mengocak ketenangannya semula. Rahsia mula terbongkar…Dan rindu masih belum berpenghujung.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5 BINTANG NOVEL THRILLER TERBARU KARYASENI memang terbaik. Novel yang sepatutnya masuk list anda di PBAKL. Sa...
01/09/2026

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5 BINTANG NOVEL THRILLER TERBARU KARYASENI memang terbaik. Novel yang sepatutnya masuk list anda di PBAKL.

Sapa yang minat novel Thriller, novel ini lah yang patut anda baca. Kenali Novelis Matteo Mikhail merupakan graduan Sarjana Muda Sastera (Terjemahan dengan Interpretasi) dan minor Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM). Penulis berasal dari Pantai Timur. Penulis gemar mengarang karya bergenre psychological thriller.

REVIEW NOVEL LEGASI – Lily Haslina Nasir🔥 Politik. Kuasa. Cinta. Pengkhianatan.Bersediakah anda menyelami dunia yang pen...
31/08/2026

REVIEW NOVEL LEGASI – Lily Haslina Nasir

🔥 Politik. Kuasa. Cinta. Pengkhianatan.
Bersediakah anda menyelami dunia yang penuh dengan perebutan kuasa dan permainan politik?

LEGASI membawa pembaca ke dalam kisah politik romantik yang sarat dengan konflik, rahsia dan percaturan yang mampu mengubah takdir.

Di sebalik senyuman dan janji, tersembunyi muslihat. Di sebalik perjuangan mempertahankan legasi, hadir cinta yang menguji kesetiaan dan prinsip.

Jika anda s**akan novel yang menggabungkan konflik politik, percintaan yang mendebarkan, serta plot yang penuh kejutan, LEGASI adalah naskhah yang wajib berada dalam koleksi anda.

Karya terbaru daripada Lily Haslina Nasir, antara novelis terbaik yang pernah dinobatkan di Anugerah Buku Negara.

📚 Dapatkan LEGASI sekarang dan buktikan sendiri mengapa ramai pembaca tidak mampu berhenti membacanya.

🔥 KAMI TAK CUTI 31 OGOS & 1 SEPTEMBER! 🇲🇾📚Shopee tak cuti.Karyaseni pun tak cuti! 😎🛒 Anda boleh terus ORDER di Shopee Ka...
30/08/2026

🔥 KAMI TAK CUTI 31 OGOS & 1 SEPTEMBER! 🇲🇾📚

Shopee tak cuti.
Karyaseni pun tak cuti! 😎

🛒 Anda boleh terus ORDER di Shopee Karyaseni
📦 SPX pun tak cuti — penghantaran order anda tetap berjalan!

Jadi… tak perlu tunggu lepas cuti.
ORDER HARI INI, KAMI POS SEKARANG! 🚚💨

Novel yang dah lama masuk wishlist tu… jangan tengok saja. 👀
Jom checkout sekarang! 🔥🔥

Stok ada, kami packing, kami pos! 📚📦

🇲🇾 CUTI-CUTI PUN BOLEH SHOPPING NOVEL!

Address

15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Part 1, Bandar Tun Hussein Onn
Cheras
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penulisan2u posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category