09/09/2025
APA KATA PEMBACA NOVEL BERSYURGA DI RUSUKMU?
"Mawar, aku tak boleh lama di sini. Ingat, aku selalu ada di sisi kau, walau dari jauh.β β Megat
βTuhan, jaga Megat untuk aku.β β Mawar
βMawar tak yakin pada diri sendiri. Entah boleh atau tak untuk jadi isteri pada tentera. Selalu kena tinggal. Kena berdikari. Kalau tak kuat, rasa tak berani ambil risiko.β - Mawar
βKekuatan itu bukan tentang tidak pernah berasa lemah, sayang. Kekuatan itu tentang bagaimana kita tetap berdiri, walau terkadang kita berasa rapuh.β β Mama
βMelihat Mawar sekarang, melihat keberanian yang Mawar tunjukkan, papa benar-benar berasa bangga. Mawar mungkin tidak sedar tapi keberanian itu, kekuatan itu, Mawar warisi daripada papa.β - Papa
βMawar, kamu patut berbangga. Hidup kamu dikelilingi lelaki hebat yang berbakti pada tanah air.β- Profesor Hatta
βKekuatan itu datang bila kita berhadapan dengan situasi itu, Mawar. Kau mungkin tak rasa cukup kuat sekarang, tapi kau tak akan tahu sejauh mana kau mampu bertahan kalau kau tak pernah mencuba.β β Fiqa
βJangan biarkan ketakutan dan bayangan masa lalu menghalangi kau daripada menjalin hubungan yang mungkin indah dengan Megat.β β Lisa
*****
Akhirnya, aku berjaya menamatkan 587 muka surat, kisah Megat dan Mawar Berdurinya dengan tersenyum simpul ala-ala gadis Melayu. Tak tahu kenapa ya setiap kali Megat berbicara tu buat hatiku yang sedang membaca ini pun berbunga-bunga. Megat Adri oiitt, kau nak cairkan hati Mawar ke hati aku ni? :p
Kepada yang kata, tak puas betul baca scene Megat-Mawar dalam BG β MA, nahhh, inilah masanya korang beli dan baca novel BDR p**a. Bercerita dari sudut seorang Mawar. Yang tidak ada keyakinan diri untuk meluahkan isi hatinya terang-terang kepada Megat Adri. Rasa itu terpendam dalam lubuk hati yang paling dalam kerana salah satu sebabnya adalah Megat seorang tentera. Faham sahajalah bagaimana sumpah taat setia Megat kepada siapa terlebih dahulu. Haruslah kepada negara tercinta. Tapi yang Mawar tak tahu, Megat sentiasa ada untuk melindungi Mawar Berdurinya dengan pelbagai cara.
Kisah dimulakan dengan perjalanan Mawar dengan Misi Mercy For Mankind di Somalia. Sungguhlah masa scene ni hatiku berdebar-debar betul. Tak mudah ya untuk Mawar lalui setiap cabaran di sini. Nyawa bagai di hujung tanduk. Rasa macam real sangat kejadian yang diceritakan Kak Lily dalam scene ni. Tapi semangat Mawar dan rakan-rakan pas**annya tu yang kita mahu. Bila balik sahaja dari melakukan misi, datang p**a ancaman daripada musuh keluarga Megat. (Yang baca BG-MA akan tahu salasilah keluarga Megat Adri dengan lebih terperinci) Nasiblah segalanya dapat diatasi walaupun Mawar berniat nak rahsiakan daripada keluarganya pada awalnya. Apa-apa hal mesti Megat yang akan diberitahu dahulu. Tapikan ku rasa jadi seorang Mawar ni beruntung sangat, ada papa seorang Panglima, ada bakal suami komando dan bakal abah mentua p**a, Tuan Mejar yang dah bersara. Ramai yang dapat melindungi dia daripada orang-orang yang berniat tak baik.
βTidak ada tugas yang lebih penting daripada menjaga dan melindungi Mawar, anak papa. Takkan papa biarkan perkara bahaya menimpa Mawar.β β Papa
βKami berdua di sini untuk kau, Mawar. Kau tidak perlu takut, sebab kami akan selalu menjaga kau. Tentera diikat dengan brotherhood. Jadi, takkan aku mahukan biarkan anak Panglima aku dalam bahaya. Aku tak akan perjudikan keselamatan kau.β β Megat
Bila baca POV Mawar ni kan ku rasa macam mendalami betul perasaan Mawar. Rasa takut, rindu dan bimbang dengan apa yang bakal berlaku sering ada. Nak kahwin dengan Megat pun masih fikir berpuluh kali walaupun Megat dah bagi jaminan yang dia tidak akan sia-siakan hidup Mawar Berdurinya. Tapi nasib baiklah ramai yang jadi penasihat Mawar ni. Daripada keluarga, kawan-kawan di pejabat dan semestinya kawan-kawan waktu belajar di UPNM. Ingat tak scene Mess Night yang tak diceritakan secara details dalam BG-MA? Kali ni ada sambungannya. Dan kat sini juga Mawar berjumpa dengan isteri-isteri kepada tentera yang apalagi, banyaklah tips dan kata-kata nasihat yang mereka kongsi dengan Mawar. Macam aku p**ak yang nak buat persediaan, macam mana nak menempuh hidup sebagai isteri seorang anggota beruniform.
Kalau nak ikutkan, banyak lagi yang aku nak bebelkan pasal BDR ni, tapi baiklah kalau korang baca dan rasai sendiri perjalanan hidup Mawar dan Megat dalam mengharungi liku-liku sebelum hubungan mereka dihalalkan dan sampailah bertemu kata bahagia. Memang terbuai betul dengan gaya bahasa dan penceritaan seorang penulis legend Lily Haslina Nasir. Segala rasa yang nak diluahkan sampai ke hati kita yang membaca. Ada yang saya baca komen kata BDR ni ceritanya perlahan, tapi bagi saya cerita ni bagi kita masa yang cukup untuk merasai isi hati seorang Mawar Berduri dalam mempersiapkan diri, bersyurga di rusuk lelaki bernama Megat Adri bin Megat Kamal.
βKalau mama boleh menjadi sekuntum melati yang hebat, sampai hadir seorang panglima di sisinya, penuh karisma, tentu bunga Mawar lebih luar biasa.β β Megat Adri
Terima kasih, Tuhan. Mengizinkan aku, perempuan yang serba tidak sempurna, bersyurga di rusuk lelaki ini. - Mawar Berduri
Aku Teman Tapi Mesra
Yang mencintaimu β Infiniti.
Mawar Berduri. β€οΈ