Sembang Budak Pandai

Sembang Budak Pandai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sembang Budak Pandai, Podcast, Suasana Space, Cheras, Selangor.

Podcast yang direka khusus untuk mengumpulkan Alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia bersembang topik berkaitan pengalaman mereka menjadi budak SBP suatu ketika dahulu.

07/07/2026

Siapa yang sepatutnya menyelenggara jalan persendirian khususnya di kawasan kampung?

06/07/2026

Apa beza Jalan Negeri dengan Jalan Persekutuan?

PERINGATAN PENTING🏠 Rumah Kos Rendah Tak Boleh Terus Dijual!Ramai pembeli rumah kos rendah tidak sedar bahawa terdapat s...
05/07/2026

PERINGATAN PENTING

🏠 Rumah Kos Rendah Tak Boleh Terus Dijual!

Ramai pembeli rumah kos rendah tidak sedar bahawa terdapat syarat pegangan minimum selama 5 tahun sebelum rumah tersebut boleh dijual semula.

Ini merupakan antara syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) bagi memastikan rumah kos rendah benar-benar dimiliki oleh golongan yang memerlukan, bukannya dibeli untuk tujuan keuntungan segera.

⚠️ Jika anda bercadang untuk menjual rumah kos rendah, semak dahulu syarat dan dapatkan kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan. Jangan terburu-buru menandatangani perjanjian jual beli.

πŸ“Œ Sebelum membeli atau menjual hartanah, pastikan anda memahami syarat-syarat yang dikenakan supaya tidak berdepan masalah di kemudian hari.

Dalam episod Sembang Budak Pandai (SBP) kali ini, kami menampilkan tetamu istimewa, Dato' Haji Razani Ab Lazid, Alumni S...
04/07/2026

Dalam episod Sembang Budak Pandai (SBP) kali ini, kami menampilkan tetamu istimewa, Dato' Haji Razani Ab Lazid, Alumni Sekolah Menengah Sains Terengganu yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Mahmud (SESMA) dan bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur negara, beliau mengupas pelbagai isu penting yang sering menjadi persoalan rakyat.

Antara yang dibincangkan:

βœ… Mengapa jalan raya mudah rosak dan berlubang?

βœ… Adakah mutu pembinaan menjadi punca?

βœ… Bagaimana proses pembinaan jalan yang mengikut spesifikasi?

βœ… Siapa sebenarnya bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan?

βœ… Mengapa proses membaiki jalan kadangkala mengambil masa?

dan macam-macam lagi.

Podcast ini sesuai ditonton oleh semua rakyat Malaysia kerana jalan raya adalah kemudahan yang digunakan setiap hari. Memahami bagaimana ia dibina dan diselenggara akan membantu kita menjadi pengguna jalan raya yang lebih peka dan bertanggungjawab.

https://youtu.be/x85jzObiZio?si=UXMMYrNaOpfwB75U

πŸ’¬ Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

πŸ‘ Jangan lupa LIKE video ini.
πŸ”” SUBSCRIBE saluran Sembang Budak Pandai (SBP) untuk lebih banyak perkongsian ilmu bersama tokoh-tokoh berpengalaman.
πŸ“² SHARE video ini kepada keluarga dan rakan-rakan supaya lebih ramai mendapat manfaat.

Terima kasih kerana menyokong Sembang Budak Pandai (SBP).

TERUSKAN SOKONGAN ANDA!Alhamdulillah, YT channel Sembang Budak Pandai (SBP) kini telah mula mendapat sambutan dan perhat...
24/06/2026

TERUSKAN SOKONGAN ANDA!

Alhamdulillah, YT channel Sembang Budak Pandai (SBP) kini telah mula mendapat sambutan dan perhatian penonton di alam maya.

Terima kasih atas sokongan anda semua.

Bagi yang belum SUBSCRIBE channel SBP, sila subscribe ya.

SHARE dan LIKE video-video yang ada supaya lebih banyak engagement boleh dicapai.

Ingat, platform SBP ini adalah "lidah" kita, platform milik kita semua sebagai Alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Terima kasih

22/06/2026

Jangan hina Malaysia kerana kami dah cukup baik dan berperikemanusiaan terhadap pelarian.

Hentikan segala tohmahan dan fitnah terhadap Malaysia.

Mempertahankan Kedaulatan Negara mestilah menjadi keutamaan!

21/06/2026

Apakah punca etnik Rohingya menjadi Pelarian?

ISU KEBANJIRAN PELARIAN ROHINGYA KE MALAYSIA – CABARAN, REALITI DAN PENYELESAIANhttps://youtu.be/Z27FSyjPnLk?si=xSHyPNFa...
20/06/2026

ISU KEBANJIRAN PELARIAN ROHINGYA KE MALAYSIA – CABARAN, REALITI DAN PENYELESAIAN

https://youtu.be/Z27FSyjPnLk?si=xSHyPNFa4HeCy_zE

Isu Rohingya bukanlah isu yang boleh dilihat hanya daripada satu sudut semata-mata. Ia melibatkan aspek kemanusiaan, keselamatan negara, ekonomi, undang-undang antarabangsa dan dasar kerajaan yang memerlukan pemahaman yang lebih mendalam.

Dalam episod terbaru Sembang Budak Pandai (SBP), kami bawakan kupasan eksklusif bersama Prof. Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Antara persoalan penting yang dibincangkan:

βœ… Bagaimana krisis Rohingya bermula?

βœ… Mengapa Malaysia menjadi destinasi pilihan?

βœ… Apakah langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN)?

βœ… Apakah cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan negara?

βœ… Apakah penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu ini secara berkesan?

Perbincangan yang penuh dengan fakta, analisis dan pandangan akademik ini pasti membuka perspektif baharu kepada semua.

πŸ“Ί Tonton sekarang di YouTube SBP Podcast

πŸ’¬ Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

πŸ‘ LIKE video ini jika anda mendapat manfaat.

πŸ” SHARE kepada rakan-rakan dan keluarga agar lebih ramai mendapat pencerahan mengenai isu ini.

πŸ”” SUBSCRIBE YouTube Channel SBP dan aktifkan loceng notifikasi untuk mengikuti episod-episod menarik yang akan datang.





20/06/2026

Prof Dr Salawati Mat Basir, pakar Undang-undang Antarabangsa menyingkap kisah beliau pertama kali melangkah masuk ke SMAPK pada tahun 1991

πŸŽ™οΈ PODCAST SBP KEMBALI MENEMUI ANDA!Jangan lepaskan peluang mengikuti episod terbaharu Sembang Budak Pandai (SBP) yang a...
19/06/2026

πŸŽ™οΈ PODCAST SBP KEMBALI MENEMUI ANDA!

Jangan lepaskan peluang mengikuti episod terbaharu Sembang Budak Pandai (SBP) yang akan menjalani sesi rakaman hari ini bersama panel jemputan istimewa:

Prof. Dr. Salawati Mat Basir (Annadi 92), Pensyarah,
Centre for International Law and Siyar
Fakulti Undang-Undang, UKM

πŸŽ™οΈ Seperti biasa, Podcast SBP akan dihoskan oleh saudara Aizac Ismail (Annadi 94), Peguambela & Peguamcara.

Tajuk Perbincangan:

"Isu Kebanjiran Pelarian Rohingya ke Malaysia – Satu Ancaman Kepada Rakyat?"

Adakah kebanjiran pelarian Rohingya ke Malaysia merupakan satu ancaman kepada rakyat, atau isu kemanusiaan yang perlu ditangani dengan lebih bijaksana?

Antara persoalan yang akan dikupas:

βœ… Bagaimana krisis Rohingya bermula?
βœ… Mengapa Malaysia menjadi destinasi pilihan?
βœ… Apakah langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN)?
βœ… Adakah isu ini lebih kepada cabaran keselamatan, ekonomi atau kemanusiaan?
βœ… Apakah cadangan terbaik bagi menangani isu ini secara berkesan dan mampan?

Perbincangan ini akan membawakan perspektif undang-undang antarabangsa, keselamatan negara dan dasar awam secara objektif serta berfakta.

πŸ“Ί Rakaman berlangsung hari ini dan episod penuh akan disiarkan awal minggu hadapan di platform SBP Podcast Insya Allah.

Ikuti kami dan nantikan episod yang pastinya membuka minda serta memberi pemahaman lebih mendalam mengenai salah satu isu paling hangat yang sedang dihadapi negara.

#

Address

Suasana Space
Cheras, Selangor
43200

Telephone

+60126550685

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sembang Budak Pandai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sembang Budak Pandai:

Shortcuts

Share

Category