Ws Quote

Ws Quote Beautiful Quote
Review Movie
Entertainment Pemborong dan Supplier barangan gadjet dan lain2..

Selalu kalau kita sebut pasal filem seram, mesti ramai yang terus teringat The Conjuring, Insidious atau pun The Exorcis...
06/11/2025

Selalu kalau kita sebut pasal filem seram, mesti ramai yang terus teringat The Conjuring, Insidious atau pun The Exorcist. Memang seram pun filem filem tu.

Tapi baru baru ni ada satu kajian nama dia "Science of Scare" dah bagi satu keputusan yang agak mengejutkan. Diorang buat kajian untuk tahu filem mana yang betul betul paling seram di dunia.

Kajian ni bukan main petik je, tapi diorang ukur degupan jantung penonton masa tengah tengok filem seram.

Hasilnya, filem yang dapat tempat pertama sebagai paling seram ialah Sinister, filem tahun 2012. Filem ni dapat skor seram setinggi 96.

Masa babak babak paling menakutkan dalam filem tu, degupan jantung penonton semua naik mendadak. Patutlah seram gila.

Sinister ni diarahkan oleh Scott Derrickson, pengarah yang sama buat filem Doctor Strange dan The Black Phone.

Cerita dia mengisahkan seorang penulis jenayah, lakonan Ethan Hawke. Dia bawa keluarga dia pindah ke sebuah rumah baru.

Dia tak tahu rumah tu sebenarnya lokasi kejadian bunuh yang ngeri. Satu hari, dia terjumpa sekotak filem lama dekat loteng.

Bila dia mainkan filem tu, rupanya rakaman tu tunjuk macam mana keluarga keluarga lain dibunuh dengan kejam oleh satu entiti misteri. Lepas tu, keluarga dia p**a mula kena ganggu.

Kajian tu juga ada senaraikan filem seram lain. Filem Host (2020) dapat tempat kedua dengan skor 95, diikuti Skinamarink (91).

Insidious p**a dapat tempat keempat (90) dan The Conjuring yang pop**ar tu jatuh ke tempat kelima (88).

Filem lain yang masuk top 10 adalah Hereditary, Smile 2, Smile, The Exorcism of Emily Rose, dan Talk to Me.

Korang mesti ingat lagi filem Shaolin Soccer kan. Dulu filem ni memang fenomena besar gila dekat Hong Kong masa ia kelua...
06/11/2025

Korang mesti ingat lagi filem Shaolin Soccer kan. Dulu filem ni memang fenomena besar gila dekat Hong Kong masa ia keluar.

Kutipan dia memang bukan kaleng kaleng, dapat lebih HK$60.7 juta. Terus jadi filem dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah Hong Kong pada waktu tu.

Rekod tu nampak macam susah nak lawan, tapi tak lama lepas tu, rekod tu pecah jugak. Yang buat cerita ni lagi best, filem yang potong rekod tu pun filem Stephen Chow.

Filem Kung Fu Hustle yang keluar tahun 2004 tu yang ambil alih takhta tu. Ini baru betul namanya 'self-boss', dia je yang boleh lawan diri sendiri, buktikan lawak dia memang ramai orang s**a.

Walaupun Dah Berpisah, Lee Si Young Selamat Timang Anak Kedua Hasil IVF Guna Embrio Beku.Ada berita gembira dari pelakon...
05/11/2025

Walaupun Dah Berpisah, Lee Si Young Selamat Timang Anak Kedua Hasil IVF Guna Embrio Beku.

Ada berita gembira dari pelakon Korea Selatan, Lee Si Young. Dia baru saja mengumumkan telah selamat melahirkan anak keduanya pada 4 November lalu.

Berita itu dikongsikan sendiri olehnya di Instagram. Kali ini dia menimang bayi perempuan, berbeza dengan anak pertamanya iaitu lelaki.

Untuk yang mungkin belum tahu, kehamilan ini agak unik. Lee Si Young dan bekas suaminya yang merupakan ahli perniagaan telah bercerai pada bulan Mac tahun ini.

Kehamilan kedua ini adalah hasil kaedah IVF. Pelakon itu memutuskan untuk menggunakan embrio yang telah dibekukan semasa dia masih dalam perkahwinan. Dia memilih untuk meneruskan kehamilan daripada membiarkan embrio itu dibuang.

Difahamkan, bekas suaminya pada mulanya tidak begitu bersetuju dengan keputusan tersebut. Namun, dia akhirnya menghormati kehendak Lee Si Young dan berjanji akan tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Pelakon berusia 43 tahun itu sangat bersyukur dan gembira dengan kelahiran ini. Dia menganggap anak perempuannya yang diberi nama gelaran ‘Shik Shik-ie’ sebagai hadiah istimewa dari Tuhan.

Korang ingat lagi filem ‘Ipar Adalah Maut’ yang bikin satu Malaya panas hati tu? Haa sekarang dia dah ada versi siri p**...
05/11/2025

Korang ingat lagi filem ‘Ipar Adalah Maut’ yang bikin satu Malaya panas hati tu? Haa sekarang dia dah ada versi siri p**ak.

Nama siri ni ‘Ipar Adalah Maut The Series’, atau kalau kat Netflix dia ada tajuk 'My Sister's Husband'. Yang paling best, korang dah boleh terus layan kat Netflix.

Tak payah tunggu hari apa jam berapa, dia dah ada boleh terus strim.

Dengar cerita, versi siri ni lagi padu. Pengarah dia kata jalan cerita dia lagi dikembangkan, tak macam filem. Emosi setiap watak akan dikupas lagi dalam.

Kisah dia masih pasal Aris, si suami yang nampak macam alim dan baik sangat. Tapi rupanya dia ada skandal dengan adik ipar sendiri.

Dari sekadar jeling-jeling, terus jadi hubungan terlarang yang boleh hancurkan semua benda. Siri ni akan tunjuk macam mana kepercayaan tu boleh hancur sikit sikit.

Kita akan tengok macam mana cinta tu boleh bertukar jadi obsesi. Memang standby je la nak marah depan skrin nanti.

Watak Aris tu masih Deva Mahenra yang bawa. Jadi feel tu tak hilang.

Tapi watak isteri dia, Nisa, kali ni dibawa oleh Tatjana Saphira. Watak si adik, Rani, p**ak dipegang oleh Nicole Parham.

Ada juga pelakon lain macam Alesha Failah Kurniawan, Sonia Alyssa, dan ramai lagi.

Jadi untuk geng Netflix yang dah sedia nak sakit hati berjemaah, boleh la cari siri ni. Memang sesuai untuk korang yang s**a layan drama berat.

Ada satu filem thriller baru dari Thailand dekat Netflix, tajuk dia ‘Everybody Loves Me When I’m Dead’. Cerita ni memang...
05/11/2025

Ada satu filem thriller baru dari Thailand dekat Netflix, tajuk dia ‘Everybody Loves Me When I’m Dead’. Cerita ni memang padu, pasal tekanan hidup yang boleh tukar orang biasa jadi penjenayah kejam.

Kisah dia pasal seorang mamat nama Toh, yang kerja bank. Dia sayang keluarga dia, tapi tension gila bila tak dapat naik pangkat kat ofis, padahal dia kerja macam nak rak. Lagi stress bila kawan sekerja dia bunuh diri sebab tekanan kerja.

Satu hari, kawan dia, Petch, bagi satu idea gila. Petch perasan ada satu akaun bank yang owner dia dah mati, tapi duit dalam tu berlambak. Dia ajak Toh songlap duit tu.

Toh pun tengah terdesak gila sebab nak bayar yuran sekolah anak yang mahal. Isteri dia p**a asyik ingatkan dia kena kerja kuat cari duit dan jangan mati. Jadi, dia pun setuju join plan jahat Petch.

Dia orang ingat kerja ni senang. Tapi bila dah dapat duit berbundut dalam beg golf tu, hidup dia orang terus jadi huru hara.

Dua kump**an gangster tiba tiba muncul cari dia orang. Satu si Vodka, orang suruhan bos penjenayah yang nampak peluang nak ambil duit tu. Satu lagi geng Sek, yang Petch ada hutang dengan dia.

Filem ni dari awal memang dah tunjuk vibe dia yang gelap. Bayangkan, scene pertama pun tunjuk kucing tengah makan tuan dia yang dah mati. Memang seram.

Apa yang menarik ialah kita tengok watak Toh berubah. Daripada seorang bapa dan pekerja bank yang baik, dia perlahan lahan jadi ganas. Dia mula main pistol, ugut orang, dan sanggup buat apa saja untuk selamatkan diri.

Watak paling jahat dalam filem ni nama dia Vodka. Dia tak banyak cakap, tapi sekali dia bertindak, memang ganas gila. Lakonan dia memang menjadi.

Walaupun cerita dia berat, gelap, dan ganas, dia tunjuk realiti apa yang manusia sanggup buat bila dah terdesak sebab duit.

Peminat filem The Mummy original mesti tengah tak duduk diam sekarang. Ada khabar angin paling kuat kata Brendan Fraser ...
05/11/2025

Peminat filem The Mummy original mesti tengah tak duduk diam sekarang. Ada khabar angin paling kuat kata Brendan Fraser dan Rachel Weisz sedang berbincang untuk kembali. Memang ini yang kita semua tunggu!

Universal Pictures nampaknya nak hidupkan balik francais ni dengan membawa balik hero dan he**in asal. Kalau betul jadi, kita akan dapat tengok Rick O'Connell dan Evelyn Carnahan beraksi semula.

Yang menariknya, filem baru ni katanya akan diarahkan oleh team Radio Silence. Diorang ni yang buat filem seram Ready or Not dan beberapa filem Scream yang baru. Nampak gayanya filem Mummy kali ni mungkin akan ada elemen yang lebih segar.

Ini berita besar sebab Rachel Weisz tak muncul dalam filem ketiga dulu, Tomb of the Dragon Emperor. Ramai yang rindu gandingan dia dengan Brendan Fraser.

Universal sebelum ni cuba buat reboot dengan Tom Cruise pada tahun 2017 tapi tak berapa menjadi sangat. Nampaknya studio tu sedar yang peminat memang nakkan nostalgia pelakon asal.

Plot cerita tak tahu lagi macam mana, tapi yang penting kita harap sangat perbincangan ni berjaya. Kita nak tengok Rick dan Evy balik!

Karthi sempat berselfie bersama dengan peminat. Jangan lupa tonton   6hb Nov di pawagam yang berdekatan.
04/11/2025

Karthi sempat berselfie bersama dengan peminat. Jangan lupa tonton 6hb Nov di pawagam yang berdekatan.

Kalau sebut nama Stephen Chow, mesti kita terbayang watak dia yang gila gila. Tapi dia ni rupanya kawan baik dengan Tony...
04/11/2025

Kalau sebut nama Stephen Chow, mesti kita terbayang watak dia yang gila gila. Tapi dia ni rupanya kawan baik dengan Tony Leung Chiu-wai, yang selalu berlakon filem serius tu.

Masa zaman muda dulu, Stephen Chow ni memang bersemangat waja nak jadi pelakon. Dia punya 'passion' tu tinggi melangit.

Satu hari, dia pun heretlah kawan dia si Tony Leung ni temankan dia pergi ujibakat stesen TVB. Si Tony ni p**ak masa tu macam tak berapa minat sangat, dia ikut je sebab kawan ajak.

Nak dijadikan cerita, dunia ni memang penuh ironi. Entah macam mana, Tony Leung yang ikut saja tu p**ak yang lulus ujibakat.

Stephen Chow yang beria ia nak jadi bintang tu, terus kantoi kena reject. Memang 'plot twist' betul.

Tapi Chow ni jenis tak putus asa. Dia tak patah hati, dia cari jalan lain jugak.

Akhirnya dia berjaya masuk kelas latihan lakonan TVB, tapi yang kelas malam punyalah. Kira janji dapat masuk.

Karier dia pun bermula dari bawah. Kerja pertama dia bukan terus jadi pelakon drama, tapi jadi pengacara rancangan kanak kanak dulu, nama program tu 430 Space Shuttle.

Kaki K-drama sedia! Ada drama thriller baru nak datang kat Disney+, tajuknya “The Manip**ated”. Teaser dia nampak gempak...
04/11/2025

Kaki K-drama sedia! Ada drama thriller baru nak datang kat Disney+, tajuknya “The Manip**ated”. Teaser dia nampak gempak gila, penuh aksi dan suspen.

Cerita ni pasal Tae Joong, lakonan hebat Ji Chang Wook. Hidup dia yang mulanya biasa je tiba tiba jadi huru hara bila dia kena penjara atas jenayah yang dia tak buat.

Rupanya semua ni adalah kerja jahat Yo Han, watak yang dipegang oleh Doh Kyung Soo. Bila Tae Joong dapat tahu siapa dalangnya, dia mula rancang nak balas dendam habis habisan.

Dalam teaser tu, kita boleh nampak Do Kyung (Lee Kwang Soo) call Yo Han, macam baru lepas buat jenayah besar. Yo Han ni memang rileks je, dia cakap dia boleh selesaikan macam tak ada apa berlaku.

Yo Han ni ketua syarikat keselamatan, memang kerja dia 'mencantikkan' realiti atau tutup kes jenayah untuk orang kaya.

Dia jadikan Tae Joong sebagai kambing hitam yang sempurna. Tae Joong kena tangkap dan masuk penjara, dekat dalam tu dia kena belasah teruk.

Tapi dia tak patah semangat. Dalam penjara tu dia mula train badan dan asah fikiran dia untuk balas dendam.

Tae Joong dapat bantuan dari Yong S*k dan anak perempuannya, Eun Bi. Dia mula buru rangkaian Yo Han satu persatu.

Yo Han p**a nampak macam seronok, dia macam dah tunggu je Tae Joong cari dia. Memang nampak psiko watak D.O. kali ni.

Keadaan jadi makin tegang bila kerja jahat Yo Han mula kantoi sikit sikit.

Paling seram bila dengar suara Eun Bi jerit panggil ayah dia, macam Yong S*k mungkin akan jadi mangsa seterusnya dalam konflik ni.

Trailer habis dengan janji Tae Joong yang dia akan cari Yo Han sampai dapat. Dia nak Yo Han bayar atas semua perbuatan jahat dia.

Drama "The Manip**ated" akan keluar 5 November ni, terus tayang empat episod pertama. Lepas tu akan ada dua episod baru setiap minggu, total semua 12 episod.

Semalam baru berpeluang untuk melihat movie ini. Filem yang tengah orang cakap sekarang, Malam Terlarang.Fuh, ingatkan s...
04/11/2025

Semalam baru berpeluang untuk melihat movie ini. Filem yang tengah orang cakap sekarang, Malam Terlarang.

Fuh, ingatkan seram hantu biasa, tapi filem ni jauh lagi mendalam. Dia betul betul tunjuk apa jadi bila manusia dah serakah dan ikutkan nafsu.

Cerita dia berlaku zaman 1980an kat satu kampung terpencil. Ada satu ritual lama sembah dewi laut yang jadi rahsia besar.

Kisah bermula bila Mawar siasat pasal kematian kakaknya. Dia tak sangka ibunya sendiri, lakonan mantap Sofia Jane, simpan satu rahsia yang paling gelap.

Lakonan dalam filem ni memang A plus. Sofia Jane sebagai ibu tu memang hidup gila wataknya. Zul Ariffin pun lain macam, dia jadi ahli politik tamak kuasa sampai sanggup ubah fizikal jadi berisi.

Filem ni arahan pertama Labu, dan dia tak guna jump scare murahan. Dia main dengan suasana seram psikologi.

Visual dia lawa sangat, setiap babak tu nampak mahal dan sinematik. Dia pandai guna elemen alam macam ombak dan kabus untuk buat kita rasa tegang.

Muzik skor dia pun padu, guna gamelan Pahang asli campur bunyi moden. Bila babak ritual tu, bunyi nyanyian Mak Yong memang buat bulu roma meremang.

Dengar kata lokasi rumah yang dorang guna tu betul betul sebelah kubur. Dibina p**a tahun 1987, memang kena dengan setting cerita.

Malam Terlarang ni bukan filem seram biasa, tapi satu pengalaman sinematik yang berkualiti. Dia buat kita terfikir, nafsu manusia ni lagi seram dari hantu sebenarnya.

Memang patut kita support filem tempatan yang berkualiti macam ni. Korang patut tengok kat pawagam.

Cuba pilih Zombie negara mana yang paling seram!
04/11/2025

Cuba pilih Zombie negara mana yang paling seram!

03/11/2025

Address

Cheras

Website

https://www.youtube.com/@wsquote

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ws Quote posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ws Quote:

Share

Category