Edisi 9

Edisi 9 Dimiliki dan diuruskan oleh EDISI 9 (CA0406578-D) sejak 2020.

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman mesti lebih tegas dan beran...
14/05/2026

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman mesti lebih tegas dan berani, serta tidak gentar dengan seorang Perdana Menteri.

Malahan menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Abdul Halim yang menggantikan Tan Sri Azam Baki itu perlu ada pemikiran bahawa beliau sedia memegang jawatan itu dalam tempoh singkat jika terpaksa.

“Jangan peduli kepada retorik pemimpin di atas. Lawan arahan siasatan politik, siasatan terpilih apatah lagi siasatan dendam.

“Abdul Halim mesti ada mind setting iaitu kalau terpaksa jadi Ketua Pesuruhjaya setahun tak apalah.

“Jangan takut kepada seseorang Perdana Menteri. Dakwa tanpa perlu tunggu blessing (restu). Boleh buat begitu? Kalau rasa tidak mampu lebih baik berundur awal.”



Baca 👉 https://www.edisi9.com.my/2026/05/jangan-takut-dengan-pm-lawan-arahan-siasatan-politik-puad/

SELEPAS 80 tahun akhirnya UMNO ‘kembali’ ke tangga Istana Besar Johor hari ini, tempat di mana sejarah penubuhan parti i...
11/05/2026

SELEPAS 80 tahun akhirnya UMNO ‘kembali’ ke tangga Istana Besar Johor hari ini, tempat di mana sejarah penubuhan parti itu terpahat pada 11 Mei 1946.

Bagi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kembalinya UMNO di tangga istana tersebut bukan sekadar untuk bernostalgia atau merakam gambar kenangan.

Sebaliknya, jelas beliau, ia sebagai mengenang jasa generasi terdahulu, menginsafi harga sebuah perjuangan dan memperbaharui tekad bahawa amanah ini mesti terus dipikul dengan setia, berani dan penuh tanggungjawab.

“Hari ini, saya bersama saf kepimpinan UMNO berpeluang untuk kembali berdiri di tempat yang sama, selepas 80 tahun UMNO melalui pelbagai mehnah dan liku-liku perjuangan.

“Sesungguhnya, di sinilah para pemimpin Melayu berhimpun, menyatukan tekad dan keberanian untuk mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta kedaulatan raja-raja Melayu.

“Daripada semangat perjuangan itulah lahirnya UMNO, sebuah wadah yang akhirnya menjadi tunjang kepada kemerdekaan negara dan pembentukan sebuah negara bangsa yang berdaulat.”




https://www.edisi9.com.my/2026/05/umno-kembali-ke-tangga-istana-besar-johor-selepas-80-tahun/

📸 Royal Johor Press

PASPORT Malaysia mengukukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila melonjak ke tangga keenam paling berkuasa di...
11/05/2026

PASPORT Malaysia mengukukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila melonjak ke tangga keenam paling berkuasa di dunia tahun ini.

Berdasarkan senarai penilaian yang dibuat 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐞𝐧𝐥𝐞𝐲 𝐏𝐚𝐬𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐱 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠, kedudukan pasport Malaysia melonjak enam anak tangga berbanding di kedudukan ke-12 pada tahun lalu.

Dengan jumlah akses sebanyak 183 negara, pasport Malaysia kini setanding Hungary, Poland dan United Kingdom, mengatasi negara-negara seperti Kanada, Australia serta New Zealand bahkan Amerika Syarikat.

Jabatan Imigresen Malaysia dalam kenyataannya berkata, pencapaian tersebut mencerminkan keyakinan serta pengiktirafan dunia terhadap Malaysia di samping membuktikan kekuatan hubungan diplomatik serta mobiliti global negara yang terus diperkasa.



https://www.edisi9.com.my/2026/05/pasport-malaysia-kini-keenam-paling-berkuasa-di-dunia/

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga ahli sindiket penyeludupan migran warga Indonesia dalam operasi khas yang ...
11/05/2026

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga ahli sindiket penyeludupan migran warga Indonesia dalam operasi khas yang dijalankan di sekitar Seremban, Negeri Sembilan dan Rawang, Selangor, Khamis lalu.

Operasi bermula kira-kira pukul 4 petang itu dijalankan sepasukan pegawai daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hasil maklumat awam serta risikan yang dilakukan.

JIM dalam kenyataan memaklumkan, seorang lelaki warga Indonesia dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ manakala dua lagi lelaki warga sama dipercayai menjadi penjaga rumah penampungan berjaya ditahan.

“Turut ditahan satu lelaki dan dua perempuan warganegara Indonesia yang dipercayai migran yang akan diseludup keluar melalui laluan yang tidak sah. Jumlah yang ditahan adalah seramai enam orang.”



JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga ahli sindiket penyeludupan migran warga Indonesia dalam operasi khas yang dijalankan di sekitar Seremban, Negeri Sembilan dan Rawang, Selangor, Khamis lalu. Operasi bermula kira-kira pukul 4 petang itu dijalankan sepasukan pegawai daripada Bahagian Peris...

KERAJAAN menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan bayaran pendahuluan Insentif P...
09/05/2026

KERAJAAN menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan bayaran pendahuluan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM200 sehektar kepada pesawah di Semenanjung Malaysia bermula 19 Mei ini.

KPKM dalam kenyataan berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan beban modal permulaan yang sebelum ini perlu ditanggung sendiri oleh pesawah sebelum kerja pembajakan dimulakan.

Menurut kementerian itu, pembayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut jadual serta pengesahan agensi berkaitan.

“Pelaksanaan bantuan ini melibatkan pesawah yang berdaftar di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bagi musim semasa dengan keutamaan kepada musim 1/2026 di Semenanjung Malaysia.”



KERAJAAN menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan bayaran pendahuluan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM200 sehektar kepada pesawah di Semenanjung Malaysia bermula 19 Mei ini. KPKM dalam kenyataan berkata, langkah tersebut bertujuan menguran...

AHLI perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan beliau dengan aktiv...
06/05/2026

AHLI perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan beliau dengan aktiviti mencuri dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion ringgit sepertimana tular menerusi beberapa portal berita dalam talian baru-baru ini.

Beliau berkata, laporan yang diterbitkan pada 22 April, 23 April dan 5 Mei lalu oleh beberapa portal tempatan adalah tidak benar, tidak berasas serta bersifat fitnah yang bertujuan mencemarkan reputasi dan integritinya.

Menurutnya, dakwaan kononnya beliau mempunyai kaitan dengan pemindahan wang haram ke luar negara termasuk ke Turkiye dan Afrika, selain tuduhan bahawa beliau merupakan warganegara Turkiye, adalah sama sekali tidak berasas.

“Saya dengan tegas dan tanpa sebarang keraguan menafikan semua tuduhan tersebut.

“Dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah yang jelas bertujuan untuk mencemarkan reputasi serta integriti saya, selain memberi kesan negatif kepada kehidupan peribadi dan urusan perniagaan saya.”



Baca >> https://www.edisi9.com.my/2026/05/farhash-nafi-terlibat-aktiviti-haram-serah-pihak-berkuasa-siasat/

UMNO tidak memerlukan agenda khusus untuk menjayakan agenda pendidikan Bumiputera, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datu...
05/05/2026

UMNO tidak memerlukan agenda khusus untuk menjayakan agenda pendidikan Bumiputera, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Apa yang lebih penting menurutnya, selagi UMNO mempunyai kuasai, parti itu akan melaksanakan segala agenda demi kepentingan orang Melayu termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, UMNO tidak bermain dengan sejarah semata-mata namun hasil perjuangan parti itu telah melahirkan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan Matrikulasi.

“Sebab itu UMNO menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera yang bertujuan menilai dasar dan kejayaan sedia ada dan seterusnya mengemukakan tawaran baharu untuk masa depan pendidikan Bumiputera.

“Itu termasuk mengarusperdanakan pendidikan tahfiz, menubuhkan Majlis Pendidikan Tahfiz, menubuhkan Suruhanjaya TVET, memperkasa STEM dan Wakaf Pendidikan Melayu. Semua itu berkaitan dengan agenda Pendidikan Bumiputera.”



Baca >>

UMNO tidak memerlukan agenda khusus untuk menjayakan agenda pendidikan Bumiputera, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Apa yang lebih penting menurutnya, selagi UMNO mempunyai kuasai, parti itu akan melaksanakan segala agenda demi kepentingan orang Melayu termasuk dalam bid...

UMNO dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Se...
05/05/2026

UMNO dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

Kesepakatan itu dicapai mesyuarat Majlis Perundingan UMNO-PH yang dipengerusikan bersama oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk De Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan bersama berkata, keputusan itu dibuat demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

“Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan menghormati pendirian yang telah diputuskan oleh kedua-dua Biro Politik masing-masing dalam menyentuh isu di Negeri Sembilan.

“Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.”



Baca >> https://www.edisi9.com.my/2026/05/umno-ph-sepakat-kerajaan-perpaduan-di-negeri-sembilan-kekal/

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran...
04/05/2026

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 7.10 petang semalam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hasil risikan pihak berkuasa.

Menurut beliau, tangkapan dibuat susulan siasatan terhadap satu akaun Facebook dikenali sebagai “Lucas Liam” yang didakwa memuat naik kandungan menghina institusi diraja pada 2 Mei lalu.

“Tangkapan ini dibuat melalui kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membantu mengenal pasti individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun yang disiasat.

“Pasukan serbuan turut berjaya merampas dua unit telefon bimbit jenama Samsung besert kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran.”



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tular menerusi media sosial baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kuma...

UMNO Negeri Sembilan menegaskan pendiriannya bahawa krisis yang berlaku di negeri itu berpunca daripada konflik antara i...
02/05/2026

UMNO Negeri Sembilan menegaskan pendiriannya bahawa krisis yang berlaku di negeri itu berpunca daripada konflik antara institusi adat, khususnya melibatkan Undang Yang Empat dan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, UMNO sentiasa menghormati garis pemisah antara pentadbiran kerajaan dan institusi adat, namun kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang didakwa mencampuri urusan tersebut.

Menurut beliau, kegagalan Aminuddin mengurus krisis dengan baik serta mengambil ringan perkara berkenaan telah memburukkan keadaan sehingga membawa kepada tindakan pemecatan terhadap Tuanku Muhriz.

“Prinsip UMNO cukup-cukup jelas. UMNO hormat dan cukup memahami garis pemisah di antara badan eksekutif dan juga institusi adat.

“Sebab itu UMNO marah apabila Menteri Besar mencampuri urusan adat, gagal menangani krisis dengan baik, dan mengambil mudah perkara yang berlaku sehingga menyebabkan pemecatan Tuanku berlaku.”



Baca >> https://www.edisi9.com.my/2026/05/krisis-adat-punca-kemelut-politik-di-negeri-sembilan-jalaluddin/

Address

28-1 BizAvenue Neocyber, Lingkaran Cyberpoint Barat
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Edisi 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share