Media Variasi Rasmi

Media Variasi Rasmi Untuk berita menarik, viral dan terkini ! Semuanya di Media Variasi 🔥

Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang petang semalam di Desa Petaling, Cheras telah ditemui jam 12.45 tengah mal...
20/08/2024

Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang petang semalam di Desa Petaling, Cheras telah ditemui jam 12.45 tengah malam tadi.

Kanak-kanak berusia 11 tahun, Faiq Adiwira bersama rakannya berusia 10 tahun telah ditemukan terperangkap dan tertidur dalam sebuah lif yang sedang diselanggara di sebuah kondominium di Desa Petaling.

Menurut bapa kepada salah seorang mangsa, kedua kanak-kanak tersebut telah menekan loceng lif berkali-kali namun tiada sebarang respon yang diberikan.

Dipercayai kedua-dua kanak-kanak tersebut telah terperangkap selama lebih 9 jam di dalam lif dan dikesan melalui CCTV.

Ibu saudara kepada salah seorang mangsa berkata pintu lif telah terbuka sendiri sebelum mereka keluar dalam keadaan yang lapar dan mengantuk, lapor Sinar Harian.

Dua pelajar perempuan hilang selepas perahu tambang yang mereka naiki karam ketika menyeberangi Sungai Kayan, di Kampung...
20/08/2024

Dua pelajar perempuan hilang selepas perahu tambang yang mereka naiki karam ketika menyeberangi Sungai Kayan, di Kampung Selampit, Lundu, hari ini.

Ketika kejadian 6.10 pagi itu, difahamkan, 15 pelajar menaiki perahu berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.33 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

Menurutnya, dalam laporan awal yang diterima pihaknya, tiga pelajar dilaporkan hilang, namun salah seorang berjaya ditemukan dengan selamat.

Creds: Harian Metro

Atlet Taekwondo Sarawak Randy Owen Augustine berjaya meraih tiga pingat emas dan satu perak dalam acara taekwondo pomsae...
20/08/2024

Atlet Taekwondo Sarawak Randy Owen Augustine berjaya meraih tiga pingat emas dan satu perak dalam acara taekwondo pomsae lelaki di SUKMA 2024.

Istana Pahang membuat satu laporan terhadap polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin ke...
19/08/2024

Istana Pahang membuat satu laporan terhadap polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi PRK DUN Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang Amir Syaffiq Hamzah berkata, laporan itu dibuat selepas menonton satu rakaman video menerusi aplikasi YouTube ketika berada di Istana Abdulaziz, pada 3.30 petang, 16 Ogos lalu.

Menurutnya, kenyataan itu adalah bersifat sinis serta memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong Ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih Perdana Menteri.

"Kenyataan yang Muhyiddin keluarkan ini adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan kepada institusi Raja-Raja Melayu serta memecah-belahkan rakyat.

"Ia juga bersifat fitnah dan menghasut serta jelas menyentuh isu 3R," katanya yang membuat laporan polis di IPD Kuantan pada 10 malam tadi.

Beliau berkata, kenyataan Muhyiddin juga jelas menjejaskan nama baik Al-Sultan Abdullah serta Istana Pahang sendiri.

Sumber: Harian Metro

Bekas guru Mohd Fadzly Ariffadzilah dituduh bunuh Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33, di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ...
19/08/2024

Bekas guru Mohd Fadzly Ariffadzilah dituduh bunuh Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33, di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.

Terdahulu, Mohd Fadzly tiba di pekarangan Mahkamah Majistret untuk berdepan pendakwaan, pagi ini.

Suspek berusia 37 tahun yang dibawa dengan kenderaan polis tiba di kompleks mahkamah pada jam 9.10 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian baju-T warna biru dan seluar pendek warna coklat, sambil dikawal rapi oleh anggota polis.

Sumber: Berita Harian

Genap sebulan berhijab sebaik bergelar hajah, pengacara Raja Azura mengakui perubahan dilakukan adalah atas pilihan diri...
14/08/2024

Genap sebulan berhijab sebaik bergelar hajah, pengacara Raja Azura mengakui perubahan dilakukan adalah atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.

Ikhlas sepenuh hati, Raja Azura atau nama lengkapnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 51, berkata, sudah tiba masanya untuk dia mematuhi kewajiban menutup aurat.

“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Jemu dengan imej sebelum ini, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya agar kekal istiqamah dan tidak cepat menghukum mereka yang belum bertudung.

Penyanyi Aufahanie memohon menjejaki abangnya, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang dilaporkan hilang sejak malam tadi.Jelas Au...
14/08/2024

Penyanyi Aufahanie memohon menjejaki abangnya, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang dilaporkan hilang sejak malam tadi.

Jelas Aufahanie, 21, abangnya yang juga seorang penyanyi, keluar kira-kira jam 7.58 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Bagaimanapun Nidza gagal dihubungi sejak jam 9.13 malam.

Tambahnya lagi, laporan polis sudah dibuat awal pagi tadi selepas ibu dan kakaknya dengan bantuan dua orang awam menemui telefon bimbit dan beg duit di hujung jambatan baharu.

"Mohon sebarkan... dan doakan abang saya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

Creds: Sinar Harian

Setelah lima hari menyembunyikan diri, lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran sehingga menyebabkan tiga n...
14/08/2024

Setelah lima hari menyembunyikan diri, lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran sehingga menyebabkan tiga nyawa terkorban di Kampung Paya Redan, Pagoh, berjaya diberkas polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek berusia 48 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar pagi ini, untuk permohonan reman.

Lelaki itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Sumber: Kosmo

Sejumlah 15 laporan polis telah diterima sejak tahun 2016 berkenaan penipuan jual beli lot tanah yang didalangi individu...
14/08/2024

Sejumlah 15 laporan polis telah diterima sejak tahun 2016 berkenaan penipuan jual beli lot tanah yang didalangi individu dikenali sebagai ‘Siti Aisyah binti Nasib Ghazali’.

Pelakon, Zain Saidin, 40, mengakui tidak tahu apakah kesalahan dirinya sehingga namanya sering ditolak stesen televisyen...
13/08/2024

Pelakon, Zain Saidin, 40, mengakui tidak tahu apakah kesalahan dirinya sehingga namanya sering ditolak stesen televisyen tempatan.

Menurut Zain, keadaan itu sudah terlalu sering menimpa dirinya menyebabkan ramai tersalah sangka bahawa dia seakan tidak sudi lagi meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Menafikan hal tersebut, Zain berkata, dia tidak pernah berhenti berlakon malahan sentiasa menunggu tawaran daripada mana-mana penerbit dan pengarah.

Bagaimanapun, Zain tidak menolak mungkin disebabkan berwajah kacukan menyebabkannya sukar mendapat watak bersesuaian.

“Saya faham situasi ini. Kerana darah Inggeris daripada ibu saya begitu kuat. Tetapi takkanlah tiada ‘job’ langsung untuk saya?,” keluhnya.

Sehubungan itu, Zain berharap penerbit dan pengarah dapat memberi peluang kepada dirinya untuk berlakon menerusi watak yang bersesuaian.

Creds: Utusan Malaysia

Address

No. F-1-11, Block F, Jalan GC 3, GLOMAC
Cyberjaya
63200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Variasi Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Media Variasi Rasmi:

Share