Chef RitZz

Chef RitZz Chef Diary | Resepi | Ilmu Dapur
Dari dapur profesional ke dapur rumah
Resepi mudah, teknik hotel,
Follow untuk resepi padu, tips rare & vibe dapur power!

Tips Lemon Segar Sampai Sebulan!Pernah tak beli lemon banyak-banyak tapi tak sempat guna semua? Akhirnya kulit berkedut,...
11/08/2025

Tips Lemon Segar Sampai Sebulan!

Pernah tak beli lemon banyak-banyak tapi tak sempat guna semua? Akhirnya kulit berkedut, kecut & kering

Kenapa simpan dalam plastik tak tahan lama?

• Udara terperangkap → cepat lembap → mudah kulat.
• Kulit kehilangan lembapan → isi kecut & jus berkurang.

Cara yang lebih berkesan – Simpan dalam balang air:

• Kulit kekal tegang & berkilat.
• Kurang oksigen → proses penuaan buah lebih perlahan.
• Suhu & kelembapan stabil → elak isi kering.

Langkah ringkas:
1️⃣ Pilih lemon segar (kulit licin, berat di tangan)
2️⃣ Cuci & keringkan
3️⃣ Masukkan dalam balang kaca
4️⃣ Isi air sejuk sampai tenggelam
5️⃣ Tutup rapat & simpan dalam peti sejuk
6️⃣ Tukar air setiap 2–3 hari

📍 Tip Chef RitZz: Jangan guna teknik ni untuk lemon yang dah dipotong. Potong → simpan kedap udara atau perah jus & bekukan.

💬 Korang team plastik atau team balang air? Drop komen kat bawah 👇

— Chef RitZz —
Masak Dengan Jiwa, Hidang Dengan Gaya

Resepi Char Wok Hor Fun SeafoodPaling Mudah & Sedapkuah pekat berurat telur, seafood segar & garlic oil wangi padu!Bahan...
10/08/2025

Resepi Char Wok Hor Fun Seafood
Paling Mudah & Sedap

kuah pekat berurat telur, seafood segar & garlic oil wangi padu!

Bahan Hor Fun:

• 300g kuey teow (hor fun)
• 2 ekor udang besar (potong muncung & kaki)
• 4 keping sotong
• 2 biji scallop bersama cengkerang
• 1 genggam sawi hijau / bok choy
• 3 ulas bawang putih (cincang)
• 1 biji telur (dipukul)
• 2 sudu minyak masak

Kuah Pekat Telur:

• 500ml stok ayam/udang
• 1 sudu besar kicap cair
• ½ sudu besar sos tiram
• ½ sudu besar kicap pekat
• 1 sudu besar tepung jagung (larutkan dgn air)
• 1 biji telur (terus pecahkan dalam kuah)
• Garam, lada sulah secukup rasa

Garlic Oil Power (Tak Perlu Tapis):

• 5 ulas bawang putih, cincang halus
• 5 sudu minyak masak

Tip elak hangit: Masak bawang putih atas api sederhana hingga nampak warna light golden, terus matikan api — bawang akan sambung masak dalam minyak panas. Simpan sekali bawang & minyak sebagai topping.

---

Cara Memasak:

1. Wok hei – Panaskan kuali hingga berasap, masuk minyak & hor fun, goreng cepat hingga ada bau ‘wok hei’. Angkat.

2. Kuah – Panaskan stok, masukkan sos, sotong, scallop & udang. Masak hingga hampir masak.

3. Masukkan sayur, tuang larutan tepung jagung, kacau hingga pekat.

4. Pecahkan telur terus dalam kuah sambil kacau perlahan supaya nampak urat telur cantik.

5. Tuang kuah panas ke atas hor fun.

6. Siram garlic oil + bawang putih rangup sebelum hidang.

---

Soalan penting untuk geng dapur!Kalau masak kari… daun kari tu masuk awal-awal masa tumis bawang ke…atau last-last masa ...
10/08/2025

Soalan penting untuk geng dapur!
Kalau masak kari… daun kari tu masuk awal-awal masa tumis bawang ke…
atau last-last masa dah nak angkat, macam bagi salam penutup? 😏🍛

Ada yang s**a masuk awal – “biar aroma dia sebati sampai jiran pun terhidu.”
Ada yang masuk last – “baru la wangi dia fresh, macam perfume kari.” 🤭

Korang team mana?
👇 Komen AWAL atau LAST, kita kira undi!

Kenali Perbezaan Jenis Daun KariRamai tak tahu, daun kari ada 3 jenis utama dengan tahap aroma berbeza. Memilih jenis ya...
10/08/2025

Kenali Perbezaan Jenis Daun Kari
Ramai tak tahu, daun kari ada 3 jenis utama dengan tahap aroma berbeza. Memilih jenis yang betul akan beri impak besar pada rasa masakan!

Urat Merah – Paling Wangi ⭐⭐⭐⭐⭐
Aroma: Paling kuat & harum
Sesuai untuk: Gulai pekat, kari daging, masakan rempah berat

Tip Chef: Jika nak aroma kekal lama, masukkan awal semasa tumis rempah.

---

Daun Kecil – Wangi ⭐⭐⭐⭐☆
Aroma: Wangi sederhana
Sesuai untuk: Masak lemak, sambal, kari ayam

Tip Chef: Sedap juga digoreng rangup sebagai hiasan lauk.

---

Daun Besar – Kurang Wangi ⭐⭐⭐☆☆
Aroma: Ringan & lembut
Sesuai untuk: Kari ikan, sup, atau masakan yang aromanya tak terlalu pekat

Tip Chef: Elok masukkan pada penghujung masakan untuk elak hilang aroma.

---

Tip Tambahan Chef RitZz:

👉 Simpan daun kari dalam freezer untuk tahan lama tanpa hilang aroma. Bungkus dalam kertas & masukkan dalam bekas kedap udara.

---

Kalau korang pernah guna ketiga-tiga jenis ni, komen jenis mana yang jadi ‘favourite’ korang! 👇

WAGYU SATAY MURTABAK SINGAPORE STYLE Bahan Inti Wagyu Satay• 250g daging wagyu cincang• 1 sudu besar serbuk kari daging•...
09/08/2025

WAGYU SATAY MURTABAK SINGAPORE STYLE

Bahan Inti Wagyu Satay

• 250g daging wagyu cincang
• 1 sudu besar serbuk kari daging
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 3 ulas bawang putih (cincang)
• 1 biji bawang besar (cincang)
• 3 sudu besar kuah kacang satay pekat
• 1 sudu besar sos tiram
• ½ sudu kecil garam & gula (ikut rasa)
• 2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Telur Murtabak

• 3 biji telur gred A
• 1 sudu besar susu cair
• Sedikit garam & lada sulah
• Kulit popiah / doh roti canai siap beli/buat sendiri

Hiasan & Kuah

• Bawang merah jeruk
• Daun kari goreng garing
• Kuah kacang satay + kuah kari pekat

Resepi Smoked Oil Power

Bahan:

• 200ml minyak masak
• 2 batang serai (ketuk)
• 4 ulas bawang putih (ketuk)
• 2 helai daun limau purut
• 1 batang kayu manis kecil
• 1 sudu teh lada hitam biji (ketuk)
• 1 keping arang kayu (food grade)

Cara Buat Smoked Oil:

1. Panaskan minyak bersama serai, bawang putih, daun limau, kayu manis & lada hitam (api kecil, jangan hanguskan).

2. Bakar arang hingga bara, letak dalam mangkuk tahan panas.

3. Curah sedikit minyak panas atas arang, terus tutup rapat periuk/mangkuk. Biarkan 5-7 minit.

4. Tapis & simpan dalam botol bersih.

Cara Penyediaan Murtabak

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi. Masukkan serbuk kari & serbuk ketumbar, kacau sebati.

2. Masukkan daging wagyu, masak separuh masak, tambah kuah kacang & sos tiram. Perasakan.

3. Masukkan Smoked Oil – Titiskan 1-2 sudu besar smoked oil ke dalam inti, kacau rata supaya aroma asap satay meresap.

4. Pukul telur bersama susu cair, garam & lada sulah.

5. Panaskan kuali l***r, letak kulit murtabak, tuang sedikit telur, masukkan inti wagyu, lipat kemas.

6. Masak hingga garing keemasan kedua-dua belah.

7. Hidang dengan bawang jeruk, daun kari goreng, kuah kacang & kuah kari.

8. Bole sapukan smoked oil di murtabak sejurus sebelum hidang untuk tambah rasa smoked.

Nasi Lemak Quinoa Versi Authentic."Bila nasi lemak kahwin dengan quinoa… lahirlah versi sihat yang masih ‘lemak berkrim’...
08/08/2025

Nasi Lemak Quinoa Versi Authentic.

"Bila nasi lemak kahwin dengan quinoa… lahirlah versi sihat yang masih ‘lemak berkrim’ dan wangi pandan macam mak masak! 🌿🍚

---
Nasi Lemak Quinoa Versi Authentic

Bahan-Bahan Utama (4 hidangan)

Untuk quinoa santan:

• 2 cawan quinoa – basuh & tos
• 2 ½ cawan santan cair
• ½ cawan santan pekat
• 1 batang daun pandan – simpul
• ½ sudu kecil halba campur
• ½ sudu kecil garam

Sambal tumis:

• 200g ikan bilis – bersihkan
• 1 cawan cili kering kisar
• 2 biji bawang besar – kisar
• 3 ulas bawang putih – kisar
• 2 sudu besar gula Melaka (parut)
• 1 sudu kecil asam jawa – larutkan dalam ½ cawan air
• Garam secukupnya

Lauk & pelengkap:

• Telur rebus (4 biji)
• Timun hiris nipis
• Kacang tanah goreng
• Ikan bilis goreng rangup

---

Cara Penyediaan

1. Masak quinoa santan

Masukkan quinoa, santan cair, santan pekat, daun pandan, halba, dan garam ke dalam periuk.

Masak atas api sederhana hingga mendidih.

Kecilkan api, tutup periuk, dan biarkan mendidih perlahan ±15 minit sehingga quinoa kembang.

2. Sediakan sambal tumis

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga separa garing, angkat & ketepikan.

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.

Masukkan cili kisar, tumis hingga garing dan pecah minyak.

Masukkan air asam jawa, gula Melaka, garam, dan ikan bilis.

Masak hingga sambal pekat dan berkilat.

3. Hidangkan

Susun quinoa santan di tengah pinggan.

Letak sambal di tepi, diikuti telur rebus, timun, kacang tanah dan ikan bilis rangup.

---

💡 Tip Chef Ritzz:
Gunakan santan segar dan halba campur untuk menaikkan aroma nasi lemak walaupun guna quinoa. Quinoa serap santan lebih cepat, jadi kawal api supaya tak kering terlalu awal.

Apa kata korang?Normally kalau g mana mana tak yah nak piki order jer terus tea o ais, korang plak suke yg mana?
08/08/2025

Apa kata korang?
Normally kalau g mana mana tak yah nak piki order jer terus tea o ais, korang plak suke yg mana?

"Layering Flavour" – Rahsia Rasa Masakan Hotel!“Layering Flavour” atau Membina Rasa Bertingkat — ini antara rahsia palin...
07/08/2025

"Layering Flavour" – Rahsia Rasa Masakan Hotel!

“Layering Flavour” atau Membina Rasa Bertingkat — ini antara rahsia paling power dalam dapur profesional yang ramai orang rumah terlepas pandang.

Apa maksudnya?
Ia bermaksud membina rasa secara bertahap, bukan campak semua bahan sekaligus. Macam bina bangunan – satu lapis demi satu lapis – baru rasa tu "meletop" dan bersebati.
---

Contoh Teknik "Layering Flavour" dalam Masakan Ringkas:

➤ 1. Tumis bahan asas dulu (Aromatics)

• Mulakan dengan bawang besar, bawang putih, halia, atau rempah tumis.
• Ini asas umami – keluarkan aroma dan minyaknya dulu.

➤ 2. Masukkan bahan ‘rasa’ bertahap

• Lepas bahan tumis wangi, baru masuk rempah kering atau pes kari.
• Goreng sampai pecah minyak – ni fasa penting untuk “unlock” rasa rempah.

➤ 3. Masukkan bahan basah atau protein

• Ayam, daging, udang atau santan – masukkan ikut turutan, ikut masa masak masing-masing.

➤ 4. Tambah lapisan rasa akhir

• Akhir sekali tambah bahan seperti:
• Perahan limau nipis / cuka
• Daun ketumbar / daun kari
• Cili potong / serbuk lada hitam
• Gula melaka / madu sikit untuk imbang rasa
• Ini semua beri dimensi rasa akhir.

---
Kesilapan Ramai Orang

• Terus campak semua bahan sekali gus – bawang mentah, rempah, ayam & santan sekali masuk.
• Hasilnya? Masakan rasa flat, tak naik bau & rasa pun kurang "depth".
---

Tips Power Chef RitZz:

> “Rasa bukan datang dari bahan semata – tapi dari urutan dan timing.”
Macam susun lagu – intro, chorus, dan klimaks. Sama juga dengan masakan!

---


05/08/2025

Fikir fikirkanlah.

Beef Bolognese Tortilla Rolls Gratin Style(Resepi Mudah Tapi Padu – Ala Western Fusion Melayu!)Bahan-Bahan:Untuk Inti Bo...
05/08/2025

Beef Bolognese Tortilla Rolls Gratin Style
(Resepi Mudah Tapi Padu – Ala Western Fusion Melayu!)

Bahan-Bahan:

Untuk Inti Bolognese:

• 250g daging cincang
• 1/2 biji bawang besar – cincang
• 2 ulas bawang putih – cincang
• 1/2 cawan sos pasta / tomato puree
• 1 sudu besar cili kisar (optional – nak pedas)
• 1 sudu kecil gula perang
• Garam & lada hitam secukup rasa
• Sedikit daun oregano / basil kering (kalau ada)

Lain-lain:

• 4-5 keping kulit tortilla (saiz sederhana)
• 1 cawan cheddar / mozzarella cheese – parut
• Sedikit butter / minyak zaitun – untuk sapuan

---

Cara Penyediaan:

1. Sediakan Sos Daging Bolognese:

• Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
• Masukkan daging cincang, kacau rata sampai masak dan pecah minyak.
•Masukkan tomato puree/sos pasta, cili kisar, gula, garam & oregano. Reneh sampai pekat. Ketepikan.

2. Gulung Tortilla:

• Ambil sekeping kulit tortilla, letakkan 2-3 sudu inti bolognese di tengah.
• Tabur sedikit cheese di dalam (optional).
• Gulung kemas seperti burrito, susun dalam loyang (bahagian sambung ke bawah supaya tak terbuka).

3. Gratin Time:

• Tuang baki sos bolognese (jika ada) di atas gulungan tortilla.
• Taburkan parutan cheese hingga menutupi permukaan.
• Sapu sikit butter/minyak zaitun atas cheese.

4. Bakar:

• Bakar dalam oven 180°C selama 10-15 minit atau sampai cheese cair & keperangan (gratin effect).

5. Siap!

• Boleh tabur daun parsley atau chili flakes untuk extra kick!

02/08/2025

Tau ke tak tau?

Address

Cyberjaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chef RitZz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Chef RitZz:

Share