09/01/2017
Salam Sejahtera
Sebagai sebahagian daripada kerja penambahbaikan dan penyelenggaran oleh MYTV Broadcasting, penonton Siaran Ujian DTT di kawasan-kawasan berikut mungkin akan mengalami gangguan siaran secara berperingkat-peringkat antara jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada tarikh-tarikh yang dinyatakan..
Salam Sejahtera
Sebagai sebahagian daripada kerja penambahbaikan dan penyelenggaran oleh MYTV Broadcasting, penonton Siaran Ujian DTT di kawasan-kawasan berikut mungkin akan mengalami gangguan siaran secara berperingkat-peringkat antara jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada tarikh-tarikh yang dinyatakan.
LEMBAH KLANG
(termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, selatan Perak dan sebahagian Negeri Sembilan)
10 & 11 Januari 2017
PERAK
(kawasan liputan pemancar Gunung Kledang)
13 Januari 2017
KELANTAN
(kawasan liputan pemancar Bukit Bakar)
16 & 17 Januari 2017
TERENGGANU
(kawasan liputan pemancar Bukit Besar)
18 & 19 Januari 2017
Anda tidak perlu melakukan sebarang perubahan pada dekoder atau TV anda. Siaran Ujian DTT akan pulih sepenuhnya setelah kerja-kerja selesai.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 atau email kepada [email protected].
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berharap anda akan terus menikmati rancangan-rancangan kegemaran menerusi Siaran Ujian DTT dari MYTV.
Terima kasih.