14/03/2025
Macam mana SK start?
Ni antara soalan yang kerap kami terima bila jumpa dengan orang atau bagi talk.
Semuanya start pada 2012 dimana founder SK buat satu blog nama Siakap Keli sebab dia s**a menulis. Pada 2013, page FB Siakap Keli tercipta. Boleh kata kami antara yang terawal buat page FB.
Pada awal penubuhan, page SK ni dijaga oleh tiga orang manusia yang join pada 2013. Tiga-tiga orang core team ni adalah kawan dekat satu universiti di Kuala Lumpur. Masa awal-awal dulu, tiga orang ni lah yang banyak update blog dan FB. Dari puluh ribu follower sampai lah ke 6 juta sekarang. Dan alhamdulillah, tiga-tiga orang ni masih lagi kekal dengan SK sampai sekarang.
Macam mana kami bekerja dulu?
Jawapan simple-nya, TAKDE REHAT. Boleh kata laptop akan duduk depan mata kecuali masa tidur. Even masa raya pun kitorang akan take turn untuk stop kejap dan bergilir pergi beraya. Tu pun phone kena ada dekat tangan sentiasa update content-content best. Kalau rasa penat pun, semua lelah tu akan hilang lepas tengok engagement & sambutan dari orang ramai terhadap post-post kami.
Fast-forward 2025
Siakap Keli kini dibawah kelolaan Maharsuri Sdn. Bhd. dan beroperasi dengan kekuatan lebih kurang 50 orang pekerja. Cara sekarang mungkin dah berbeza dari dulu tapi kunci dia masih sama: konsisten sampai berjaya, insyaAllah.