22/06/2026
Sertai MyMahir Cohort 2 Capstone Project Showcase untuk melihat sendiri bagaimana sesi demo day dijalankan oleh 11 pasukan graduan Full-Stack Developer. Anda akan dapat menyaksikan pembentangan projek serta mendengar komen daripada para juri yang boleh memberi manfaat dan ilmu baharu kepada anda. Acara ini juga akan dihadiri oleh tetamu khas, Tan Aik Keong, Pengasas dan CEO Agmo Holdings Berhad.
Daftar disini jika anda mahu hadir: https://forms.gle/kksbk4UbScQRGm9r7
Yang paling penting sekali, acara ini menyediakan ruang untuk networking bersama komuniti teknologi dan pemain industri bagi meluaskan networking anda. Kemasukan adalah PERCUMA, dan sarapan ringan akan disediakan untuk semua hadirin. Catatkan tarikh penting ini pada Sabtu nanti, 27 June 2026, dari 10:00 AM - 2:00 PM di Agmo Space, Multimedia University (MMU) Cyberjaya.
Jumpa anda semua disana!