24/09/2025
Saya tau, ramai diantara kita yang sibuk sangat bekerja, tidak kira siang atau malam. Tapi, pernahkan kita terfikir bahawa kerja itu sumber rezeki dan keluarga itu adalah sumber kebahagiaan.
Ya faham juga, kalau kita tidak bekerja, macam mana mau tanggung ekonomi keluarga kan. Tapi ya, masa tu sentiasa berjalan. Anak kita bukan selamanya budak dan pasangan kita pun pasti akan semakin meningkat umurnya.
Kita tidak tau, apa akan berlaku keesokan harinya. Jadi pandai" lah kita bahagikan masa untuk kerja, untuk rehat dan apatah lagi masa untuk keluarga kita.
For me, KELUARGA bermaksud menjaga diri kita sendrii . Tidak kira dari aspek kesihatan, keselamatan, dan apatah lagi kesedaran bahawa diri kita tu punya keluarga.🫡
Kita berjaya dalam kerjaya bukan lah kebahagiaan sesungguhnya tetapi keluarga yang akan sentiasa bahagia adalah kebahagiaan yang tak ternilai.
Jadi ambillah masa untuk makan malam bersama, bercerita bersama, dan perkara" yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.
Benda kecil yang kita lakukan, pasti memberi kesan yang besar dalam keluarga❤️Kita bekerja untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan bukannya menjauhkan hidup kekeluargaan🫡.
Salam damai❤️
(Peringatan untuk diri sendiri)