Wan Hassan Mohd Ramli

  • Home
  • Wan Hassan Mohd Ramli

Wan Hassan Mohd Ramli Ahli Parlimen Dungun

Alhamdulillah selesai menyampaikan kuliah magrib di Surau Pak Awang Teluk Lipat.Semoga apa yang dikongsikan memberi manf...
17/12/2025

Alhamdulillah selesai menyampaikan kuliah magrib di Surau Pak Awang Teluk Lipat.

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat dan semoga mendapat keberkatan kepada jemaah yang hadir malam ini. Islam tertegak diatas landasan ilmu. InSha Allah Aamiin

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia memerlukan usaha, disiplin, dan semangat yang tinggi. Anugerah yang diberikan har...
17/12/2025

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia memerlukan usaha, disiplin, dan semangat yang tinggi. Anugerah yang diberikan hari ini bukan sekadar tanda penghargaan, tetapi juga dorongan untuk terus maju ke hadapan.

Para pelajar yang menerima anugerah pada hari ini telah membuktikan bahawa kesungguhan dan kegigihan akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Alhamdulillah, merasmikan Majlis Ihtifal Kecemerlangan & Penghargaan Kali Ke-6 Tahun 2025, yang diadakan di Dewan Institut Veterinar Wilayah Timur, Jerangau.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada para penerima anugerah dan penghargaan. Kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil daripada kesungguhan, disiplin, doa serta sokongan padu daripada ibu bapa, guru-guru dan semua pihak yang terlibat.

Ingatlah, kecemerlangan bukanlah titik akhir, tetapi satu permulaan untuk memikul amanah yang lebih besar demi agama, bangsa dan negara.

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur atas usaha gigih dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis hari ini diberkati Allah SWT, serta terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan pada masa hadapan.


Keadaan terkini di Kg Pasir Raja dan Kg Syukur, Hulu Dungun. Air semakin naik. Penduduk sudah mula berpindah ke PPS. Doa...
17/12/2025

Keadaan terkini di Kg Pasir Raja dan Kg Syukur, Hulu Dungun. Air semakin naik. Penduduk sudah mula berpindah ke PPS.

Doakan mereka agar dipermudahkan segala urusan Dan semoga dalam lindungan Allah swt.


17/12/2025

Semoga dipermudahkan urusan warga kg Pasir Raja.

Menerima kunjungan hormat dari Dr Balachandran Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Pejabat Menteri Besar Terengganu mer...
14/12/2025

Menerima kunjungan hormat dari
Dr Balachandran Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Pejabat Menteri Besar Terengganu merangkap Ketua DHPP Terengganu ke pejabat Parlimen Dungun.

Isu yang dibincangkan oleh beliau adalah untuk memperkasa serta menyelaraskan DHPP Dungun.

Semoga segala perkara yang dibincangkan dapat direalisasikan dengan baik serta memberi manfaat kepada pengukuhan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Parlimen Dungun.



Konvensyen Melayu 153 bukan sekadar sebuah perhimpunan wacana, tetapi merupakan medan muhasabah dan kebangkitan pemikira...
13/12/2025

Konvensyen Melayu 153 bukan sekadar sebuah perhimpunan wacana, tetapi merupakan medan muhasabah dan kebangkitan pemikiran bangsa Melayu dalam mempertahankan asas-asas penting yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 153, yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, di samping memelihara keharmonian dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dalam arus globalisasi dan cabaran semasa yang semakin mencabar, bangsa Melayu tidak boleh leka atau alpa. Kita mesti bersatu hati, memperkukuh jati diri, memperkasa pendidikan, ekonomi dan kepimpinan, serta memastikan hak-hak yang diperuntukkan ini terus difahami, dipelihara dan dipertahankan secara berhemah dan berlandaskan undang-undang.

Hadir ke Konvensyen 153 Malayu yang berlangsung di Dewan Tunku Abd. Rahman (Saloma Kuala Lumpur). Semoga konvensyen ini melahirkan kesedaran kolektif, semangat kebersamaan dan tindakan yang konstruktif demi masa depan generasi akan datang.

Tahniah diucapkan kepada dua orang anak kelahiran Dungun iaitu Sharifah Afiqah Farzana binti Syed Ali atas kejayaan mera...
12/12/2025

Tahniah diucapkan kepada dua orang anak kelahiran Dungun iaitu Sharifah Afiqah Farzana binti Syed Ali atas kejayaan meraih pingat gangsa dalam acara Mixed Doubles Petanque dan Muhammad Armin Zahryl juga meraih pingat gangsa dalam acara 110M berpagar di Sukan SEA 2025, Thailand pada hari ini.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah membuktikan semangat juang, kesungguhan dan disiplin tinggi yang ditampilkan oleh kedua-dua atlet sepanjang pertandingan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Orang Dungun Memang Hebat.!

Dalam suasana yang penuh hiba dan kesayuan, ramai sahabat dan jemaah yang hadir menunaikan solat jenazah serta memberi p...
12/12/2025

Dalam suasana yang penuh hiba dan kesayuan, ramai sahabat dan jemaah yang hadir menunaikan solat jenazah serta memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz.

Air mata yang tumpah, esakan yang tertahan dan doa yang tidak putus-putus menjadi saksi betapa besar kasih, hormat dan jasa Almarhum kepada masyarakat.

Saat jenazah Almarhum diusung ke liang lahad, suasana bertambah pilu seakan seluruh jiwa yang hadir turut merasai kehilangan seorang murabbi yang begitu dekat di hati.

Ramai yang berdiri dalam diam, mengirim doa dengan penuh harapan semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang dikasihi-Nya.

Pemergian Almarhum bukan sahaja dirasai keluarga, bahkan seluruh warga Dungun dan mereka yang pernah disentuh oleh nasihat, bimbingan serta kelembutan akhlaknya.

Berhatlah buat selamanya wahai sahabat seperjungan. Moga segala amal soleh dan kebaikan yang ditinggalkan menjadi cahaya yang terus menerangi perjalanan akhirat Almarhum.

12/12/2025
‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDimaklumkan, telah kembali kerahmatullah Almarhum Mohd Zikri Zhafri bin Daro...
12/12/2025

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dimaklumkan, telah kembali kerahmatullah Almarhum Mohd Zikri Zhafri bin Darobi pagi tadi. Almarhum terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Melaka.

Almarhum merupakan anak kepada Pengerusi Masjid Jamek Paka, Haji Darobi Haron. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum. Moga tabah atas kehilangan insan yang tersayang.

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Alhamdulillah
12/12/2025

Alhamdulillah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian Alm...
12/12/2025

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Al-Fadhil Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz, pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan, 12 Disember 2025 pada pukul 6.12 pagi tadi.

Almarhum seorang tokoh murabbi yang istiqamah dalam perjuangan parti PAS di Dungun. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang pendidik dan pemimpin yang berwibawa di Dungun, bahkan namanya turut harum di seluruh negeri Terengganu.

Khidmat bakti beliau sebagai Ketua Tarbiah PAS Kawasan Dungun telah memberi kesan besar kepada pembinaan jamaah, generasi pelapis dan masyarakat setempat. Komitmen, akhlak, serta kesungguhannya dalam dakwah menjadi teladan kepada ramai.

Walau jasad beliau telah pergi, namun amal tarbiah, akhlak mulia, dan ruh perjuangan yang beliau semaikan akan sentiasa hidup dalam diri kami. Anak-anak muridnya akan terus menjadi legasi yang menyambung amal jariahnya, Insya-Allah.

Semoga Allah SWT mengangkat darjat Almarhum bersama para solihin, mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya serta menerima setiap amal jariah yang telah beliau tinggalkan. Moga Allah mencurahkan ketabahan dan ketenangan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian kehilangan insan yang sangat dikasihi ini.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Hassan Mohd Ramli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share