Mohd Fadhli Rahmi

Mohd Fadhli Rahmi ADUN RANTAU ABANG
Ahli Jawatankuasa DPPM
Timbalan Ketua DPPNT

12/06/2026

Kuliah Dhuha
๐Ÿ“†12 June 2026 _bersamaan_ 26 Zulhijjah 1447H
โฐ9:00 AM
๐Ÿ•ŒMasjid Rusila, Marang, Terengganu

Disampaikan oleh:
YB Tan Sri Dato' Seri Tuan GuruHaji Abdul Hadi Awang
{ Presiden PAS }

Kitab :
1. Beriman Kepada Allah
ms : 98 : Sifat Allah Taala
2. Khalifah Umar
ms : 336 : Pentadbiran Syam
3. Tafsir Quran
Surah Al An Am : ayat 5

Boleh layari :
Facebook:
https://www.facebook.com/share/v/1948KLFXRv/

Youtube Channel:
https://youtu.be/wIohTQjbLf4

TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZS9jYPYx3MAP4-0g9LA/

Telegram:
https://t.me/Trgkini/2808

Terima Kasih Like, Share dan Follow Page MasjidRusilaOfficial










Alhamdulillah, tengah hari tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri...
11/06/2026

Alhamdulillah, tengah hari tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Terengganu yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kejohanan ini bakal menghimpunkan pasukan-pasukan dari setiap daerah di seluruh Terengganu dalam semangat kesukanan, perpaduan dan persaingan yang sihat.

Insya-Allah, kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak, malah mengeratkan hubungan antara komuniti di setiap daerah.

Dalam masa yang sama, kejohanan ini juga menjadi platform untuk membentuk jati diri, semangat berpasukan serta disiplin dalam kalangan para pemain. Saya berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama terbaik bagi memastikan kejohanan ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Semoga kejohanan ini mendapat sambutan yang meriah serta melahirkan lebih ramai bakat bola sepak yang mampu mengharumkan nama Terengganu pada masa hadapan.

ูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSemalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke Dungun dari ibu kota, saya me...
11/06/2026

ูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke Dungun dari ibu kota, saya menerima berita yang cukup menyedihkan mengenai pemergian Allahyarham Hamizul Ishak atau lebih mesra dikenali sebagai Joe.

Allahyarham merupakan kakitangan Terengganu Football Club (TFC) dan antara insan yang sering saya temui setiap kali berlangsungnya perlawanan bola sepak. Arwah seorang yang peramah, mudah didekati serta sentiasa santai dalam pergaulan.

Sejurus selesai mesyuarat di Kuala Terengganu hari ini, saya bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu Football Club (TFC), Encik Mohd Syahrizan Mohd Zain, hadir menziarahi keluarga Allahyarham di kediamannya bagi menyampaikan ucapan takziah serta berkongsi rasa dukacita atas kehilangan insan yang begitu baik budi pekertinya.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad...
11/06/2026

Menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang mencemar duli berangkat hadir ke Majlis Penyempurnaan Penyampaian Tajaan 2026 kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) Kuala Lumpur semalam.

Ragbi Terengganu merupakan antara pasukan yang disegani di Malaysia dengan rekod pencapaian yang membanggakan di pelbagai peringkat pertandingan. Kejayaan yang diraih selama ini adalah hasil komitmen pemain, jurulatih, pengurusan serta sokongan berterusan daripada pelbagai pihak dalam membangunkan sukan ragbi di negeri ini.

Semoga tajaan dan sokongan yang diberikan akan terus menyemarakkan pembangunan ragbi Terengganu serta melahirkan lebih ramai atlet berkualiti yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara.

Junjung Kasih Tuanku.

11/06/2026

TAZKIRAH DHUHA ONLINE

Nantikan Program YB Bersamamu โ€œIndahnya Hidup Bersyariatโ€ Dun Rantau Abang yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Jadi p...
10/06/2026

Nantikan Program YB Bersamamu โ€œIndahnya Hidup Bersyariatโ€ Dun Rantau Abang yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Jadi pakat set molek tu belake deh,20 Jun ni doh.

Alhamdulillah, pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Festival Memanah Tradisional OWL 916 ...
09/06/2026

Alhamdulillah, pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Festival Memanah Tradisional OWL 916 3.0 Tahun 2026 bagi memastikan segala perancangan dan persiapan program berjalan dengan lancar.

Sukan memanah bukan sahaja merupakan antara sukan tradisional yang mempunyai sejarah panjang dalam tamadun manusia, bahkan ia juga mempunyai banyak kelebihan. Antaranya membentuk fokus dan ketenangan, meningkatkan disiplin diri, melatih kesabaran serta menguatkan koordinasi antara minda dan fizikal.

Lebih istimewa, memanah juga merupakan sukan yang sangat dekat dengan budaya dan warisan masyarakat serta terus mendapat tempat dalam kalangan generasi muda hari ini.

Insya-Allah, Festival Memanah Tradisional OWL 916 3.0 bakal menjadi platform terbaik untuk menghimpunkan peminat sukan memanah, mengeratkan ukhuwah serta memartabatkan warisan sukan tradisional negara.

Petang tadi hadir menyempurnakan solat jenazah ibu mertua kepada Haji Hassan Mansor yang meninggal dunia pagi tadi.Semog...
09/06/2026

Petang tadi hadir menyempurnakan solat jenazah ibu mertua kepada Haji Hassan Mansor yang meninggal dunia pagi tadi.

Semoga roh allahyarhamah diletakkan bersama golongan orang yang beriman.

Address

Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang, Aras Bawah Bangunan PAS Kawasan Dungun
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Fadhli Rahmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Fadhli Rahmi:

Share

Category