PenangKini

PenangKini Penang Kini Page yang memaparkan info terkini dan isu sensasi hanya dari Penang kita setiap hari..
(16)

Perak terbahagi kepada 11 daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang, Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung dan Muallim. Daerah Muallim merupakan daerah pentadbiran baharu yang ke-11 di Negeri Perak

Dua anggota MPV dari IPD Timur Laut, Kpl Siva dan Konst Jerico, menerima penghargaan sebuah keluarga selepas membantu me...
13/08/2026

Dua anggota MPV dari IPD Timur Laut, Kpl Siva dan Konst Jerico, menerima penghargaan sebuah keluarga selepas membantu membawa seorang anak yang tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ke Hospital Pulau Pinang.

Ketika kejadian, keluarga berkenaan terkandas dalam kesesakan di persimpangan Jalan Yeap Chor Ee/Jalan Masjid Negeri sebelum meminta bantuan anggota polis yang kebetulan berada di lokasi.

Kedua-dua anggota kemudian mengiringi kenderaan keluarga itu sehingga tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang.

Setibanya di hospital, Kpl Siva turut mendapatkan kerusi roda, membantu membawa pesakit masuk serta mendapatkan perhatian petugas perubatan sebelum pesakit dibawa ke Zon Merah untuk rawatan lanjut.

Keluarga berkenaan menyifatkan tindakan pantas dan keprihatinan kedua-dua anggota itu amat membantu ketika mereka berada dalam keadaan cemas.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Kpl Siva dan Konst Jerico atas bantuan serta komitmen yang diberikan, selain berharap tindakan terpuji itu mendapat perhatian pihak kepimpinan IPD Timur Laut.

📷 Hishaam Heart

13/08/2026

Nak cari mana muqhah tara ni?? Sekali dengan ayaq pulak tuh. Patut la tengahari ramai duk serbu kedai ni.

Nampak macam nasi kukuih, tapi rasa macam nasi kandaq.

Tapi ada sambal belacan padu tak biaq..

Ehh taktau nak habaq macam mana, hangpa pi cuba sendiri la.

Nasi putih, lauk sejenis ambik ayam atau ikan termenung 2 ekoq atau daging, dapat ulam, sambal belacan sekali ayaq cemey bleh tambah Rm6.90 ja weii!!

Bawak RM7 ja toksah nak risau dah ckup ka dak, siap dapat baki lagi.. takdak nak ranjau punya.

Dekat dengan orang Sungai Petani, Murah untuk orang Penang. Penang-Sungai Petani 30 minit ja pun..

Din Nasi Kedah Semeling.
Lepas Sk Semeling & Car wash.
Bangunan warna putih belah kiri.
Jalan lama Semeling, 2km dari Uitm.
Operasi 10pg-4ptg setiap hari

13/08/2026

Seorang wanita dipercayai pengsan ketika memandu sebelum keretanya hilang kawalan lalu merempuh dua motosikal yang diletakkan di tepi jalan.

Suaminya yang sampai ke lokasi kejadian cuba membantu dengan melakukan CPR selama kira-kira 20 minit. Namun, wanita berkenaan akhirnya disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang tadi di Jalan Macalister, berdekatan Bangunan JKP.

📹 Don Adam

Kerajaan Pulau Pinang mungkin menasihatkan sekolah menghentikan atau menangguhkan aktiviti luar sekiranya kualiti udara ...
13/08/2026

Kerajaan Pulau Pinang mungkin menasihatkan sekolah menghentikan atau menangguhkan aktiviti luar sekiranya kualiti udara di negeri itu bertambah buruk.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow 曹觀友 berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ketika ini masih berada pada tahap sederhana, namun kerajaan negeri memantau perkembangan berkenaan dengan teliti.

Beliau berkata sebarang tindakan lanjut bergantung kepada bacaan IPU dan perkembangan situasi semasa, termasuk kemungkinan menangguhkan aktiviti luar di sekolah sekiranya pencemaran udara mencapai tahap kritikal.

“Sesetengah sekolah mungkin perlu menangguhkan aktiviti luar. Kita akan menanganinya apabila keadaan mencapai tahap tersebut,”.

Chow berkata kerajaan negeri turut menerima kemas kini daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung keadaan kualiti udara.

Terdahulu, bacaan IPU di Pulau Pinang dilaporkan menghampiri paras 100 pada awal pagi tadi.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat 9 pagi, sebanyak 11 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, dengan Sarawak mencatatkan kawasan paling terjejas.

Cuaca panas di rantau ini sejak minggu lalu turut menyumbang kepada kebakaran hutan di Indonesia, yang dilaporkan telah menjejaskan lebih 107,000 hektar kawasan.

13/08/2026

Penang berjerebu teruk hari ni!

Bukit Mertajam antara yang paling tinggi, bacaan API dah cecah 161 (tidak sihat). George Town pulak 157, Batu Feringgi 143.

Hangpa yang nak keluar tu, jaga kesihatan elok-elok. Pakai pelitup muka kalau perlu dan jangan lupa minum ayaq banyak-banyak.

Jaga diri semua, jangan dok ambik mudah keadaan jerebu ni na. 😷

📹 andika.putera.md.isa

🇲🇾 13 Negeri. 13 Rasa. Satu Pengalaman Yang Takkan Lupa! 🤩Hangpa mai rasa sendiri kepelbagaian makanan dan minuman dari ...
13/08/2026

🇲🇾 13 Negeri. 13 Rasa. Satu Pengalaman Yang Takkan Lupa! 🤩

Hangpa mai rasa sendiri kepelbagaian makanan dan minuman dari 13 negeri seluruh Malaysia, semua ada dalam satu tempat! 😍 Dari makanan kegemaran ramai sampai la juadah ikonik setiap negeri, macam-macam rasa unik yang buat kita bangga dengan Malaysia.

🌟 Antara yang ada:
🍜 Makanan & minuman dari 13 negeri
📸 AI Photobooth – mai buat potret bertemakan Merdeka dengan teknologi AI
🚗 Proton Merdeka Car Display & Test Drive
🎉 Aktiviti menarik untuk anak-anak dan seisi keluarga

📅 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 11.00 pagi – 4.00 petang
📍 Scientex Sungai Dua Sales Gallery
🚗 Waze: https://waze.com/ul/hw0zrnp5xy
📱 WhatsApp: https://wa.link/hd0p8i | 012-477 5583

🎟️ Masuk PERCUMA, walk-in saja!

Mai la ajak family dengan kawan-kawan. Sambil jalan-jalan, boleh rasa makanan dari 13 negeri, join aktiviti menarik dan sama-sama meriahkan semangat Merdeka! 🇲🇾❤️

Jumpa hangpa 16 Ogos nanti! 😍

13/08/2026

Pulau pun tak nampak jerebu punya tebal. 🥹
Staysafe ❤️ Bacaan API pun dah 161 tengahari tadi di BM..
.
🎥eenaaa.__

13/08/2026

🌿 DENAI SUNGAI KEBANGSAAN SUNGAI SIAM, SEBERANG PERAI SELATAN 🌿

Alam semula jadi merupakan khazanah yang perlu kita hargai dan pelihara bersama.

Denai Sungai Kebangsaan Sungai Siam di Seberang Perai Selatan menawarkan ruang untuk masyarakat menikmati kehijauan alam, menyusuri sungai serta menjalani aktiviti riadah dalam suasana yang tenang dan menyegarkan. 🌳💦

Kemudahan seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat, malah membuka potensi baharu kepada ekopelancongan dan rekreasi komuniti di Seberang Perai Selatan.

Admin berharap kawasan ini terus dipelihara dan dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai destinasi riadah yang selamat, bersih dan menarik.

Mari kita sama-sama menjaga sungai dan alam sekitar demi generasi akan datang. 💚

13/08/2026

Pakcik Van: Budak ni asal balik sekolah ja jadi ayam.. Dah la bau ayam..😅
🎥nraishahn

Warisan Potehi Perlu Terus Dihidupkan Generasi BaharuKetua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow 曹觀友 menegaskan bahawa usa...
12/08/2026

Warisan Potehi Perlu Terus Dihidupkan Generasi Baharu

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow 曹觀友 menegaskan bahawa usaha memelihara Potehi, iaitu seni wayang patung tradisional Cina menggunakan patung sarung tangan, perlu melibatkan generasi muda sebagai penerus warisan tersebut.

Menurut beliau, warisan tidak boleh sekadar “disimpan di sebalik kaca”, tetapi perlu diperturunkan kepada generasi seterusnya melalui pendidikan, penglibatan masyarakat dan kreativiti anak muda.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penang Puppet Festival 2026 di Hin Bus Depot dan COEX @ Kilang Besi, George Town.

Menariknya, festival ini membuka tirai dengan satu perhimpunan bersejarah yang menghimpunkan wakil dari lima wilayah yang masih aktif meneruskan tradisi wayang patung sarung tangan Hokkien (Potehi), iaitu Pulau Pinang, Jakarta, Singapura, Taipei dan Zhangzhou, Fujian.

Ini merupakan kali pertama tradisi Potehi dari lima wilayah tersebut dihimpunkan bersama di Asia Tenggara, sekali gus menjadi platform penting untuk pertukaran budaya, perkongsian ilmu dan usaha menghidupkan kembali seni warisan ini.

Festival selama 12 hari itu turut menampilkan pelbagai persembahan, bengkel, pameran, program sekolah serta demonstrasi seni wayang patung dari Pulau Pinang, Malaysia dan beberapa negara luar.

Chow turut menegaskan bahawa kepelbagaian budaya Pulau Pinang bukan sekadar untuk diraikan, tetapi merupakan kekuatan yang mampu menyatukan masyarakat.

Katanya, warisan bukan hanya mengenai bangunan bersejarah, tetapi turut merangkumi tradisi, bahasa, seni, budaya dan pengalaman yang dikongsi bersama.

Usaha seperti Penang Puppet Festival ini penting bagi memastikan seni Potehi dan wayang patung terus dikenali, dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang, sekali gus mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai antara pusat penting pertukaran budaya dan pemerkasaan seni tradisional di rantau Asia.

Address

Macalister Road
George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PenangKini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PenangKini:

Shortcuts

Share