mercikkk.com official

mercikkk.com official Welcome To mercikkk.com official Page....

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026. Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, meneladani akhlak mulia, serta mengamalka...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026. Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, meneladani akhlak mulia, serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian moga segala usaha dan ibadah kita mendapat keberkatan....

Sekalung Tahniah buat penyanyi terkenal tanah air, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain Network kini...
24/08/2026

Sekalung Tahniah buat penyanyi terkenal tanah air, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain Network kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd. Ali Mohd. Rustam, di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Tahniah dari kami mercikkk.com official
Kredit photo Anuar Zain Network

゚viralシfypシ゚

Konsert MTR Ella ‘SOLD OUT’ di Pulau PinangBy Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com officialImpian Ratu Rock, Ella A...
24/08/2026

Konsert MTR Ella ‘SOLD OUT’ di Pulau Pinang
By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Impian Ratu Rock, Ella Aminuddin mengadakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella : Homecoming Edisi 60 Permata Biru di kampung halamannya sendiri Pulau Pinang akhirnya tercapai dan ‘SOLD OUT’ di SPICE Arena Pulau Pinang Sabtu lalu.

Lebih menyentuh hati lagi apabila figura kelahiran Gelugor itu turut menyambut ulangtahun kelahiran ke-60 bersama ahli-ahli majlis dan juga peminat tersayang dan lebih istimewa tarikan dan sambutan yang diterima cukup mengalakkan sama sekali.

Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella : Homecoming Edisi 60 Permata Biru juga menjadi sebuah detik penuh emosi yang menghubungkan konsep Peace. Love. Rindu antara Ella dan peminat yang terus memberi sokongan terhadapnya dalam industri hiburan.

Konsert yang dibawakan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen di Spice Arena Pulau Pinang akhirnya memberi jawapan sebenar dan nokhtah tersendiri mengenai perjalanan seni beliau selama hampir empat dekad dengan tempat asalnya di utara tanah air biarpun terpaksa bertukar lokasi

Figura kesayangan ramai Ella Aminuddin atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin membuktikan usia bukan penghalang untuk dirinya tampil penuh bertenaga dari awal hingga akhir konsert. Memang Cayalahhh!!!

Bagi Ella sendiri, Pulau Pinang bukan sekadar salah satu dari lokasi konsertnya tetapi menjadi sebahagian dari kisah penting perjalanan panjangnya sebagai seorang anak seni dan kali terakhir persembahannya di Pulau Pinang pada 2023 (Jilid Akhir Ella Puteri Kota).

Kep**angan kali ini tampil dalam skala dan pengalaman yang lebih istimewa melalui jenama Majlis Tertinggi Rockqueen, sekali gus membawa sebuah kisah baru buat siri konsert berkenaan dan kejayaan mencatatkan tiket habis terjual (sold out) sekali lagi telah menjadikan malam tersebut lebih bermakna.

Semuanya menjadi saksi penting apabila sebahagian besar peminat dari Pulau Pinang dan negeri utara, serta lain lain negeri lain malahan dari Sumatera Indonesia turut hadir dan teruja untuk menyaksikan sendiri pengalaman yang cukup bermakna ini.

“Pulau Pinang sentiasa mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya kerana di sinilah saya dilahirkan. Jadi apabila kita namakan konsert ini ‘Homecoming’, ia benar-benar membawa maksud p**ang ke tempat awal permulaan.

“Lebih istimewa, saya dapat meraikan hari jadi bersama mereka yang dekat serta orang-orang yang saya sayangi dan melihat arena penuh malam ini merupakan satu hadiah yang sangat bermakna buat saya.

Dengan kehadiran Dato’ Ramli Sarip, Ziana Zain dan seluruh pasukan Majlis Tertinggi Rockqueen bersama-sama malam ini, Ella rasa,kenangan ini akan kekal lama di hati kita semua,” ujar Ella.

Konsert yang menghubungkan konsep Peace. Love. Rindu itu bermula tepat jam 9 malam apabila pentas dibuka dengan intro lagu ‘Gemilang’ diikuti kemunculan Ratu Rock, Ella dengan lagu pembukaan Rama-Rama, Kesal dan Bayangan.

Medley lagu Cinta Selembut Sutera dan Retak makin menjadikan energi konsert makin panas diikuti lagu Tiada Tangis Lagi, Pedih dan paling istimewa Peace, Love , Rindu bersama suami tersayang, Kapt Azhar dan peminat terus ‘sing a long’ tatkala lagu Tinggal Tanda Tanya dan Layar Impian.

Untuk setlist seterusnya pada segmen tribute untuk Nike Ardilla, Nadia, Ruhil & Shima pastinya amat ditunggu-tunggu untuk sama-sama menyanyi lagu Ku Tak Akan Bersuara, Kawan, Salam Buat Kekasih dan paling menyentuh hati apabila lagu Setelah Aku Kau Miliki dinyanyikan dengan penuh emosi.

Saat yang paling ditunggu-tunggu apabila Papa Rock, Dato’ Ramli Sarip tampil ke pentas dan terus mendapat sorakan paling gemuruh dari penonton dan peminat tidak mahu melepaskan moment terindah menyanyi bersama-sama lagi Istilah Bercinta, Teratai dan lagu duet bersama Ella, Kembara Kita.

Kemeriahan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella : Homecoming Edisi 60 Permata Biru diteruskan dengan kerancakkan lagu Bolero, Permata Biru, Dua Insan Bercinta dan Penawar.

Moment yang ditunggu-tungu akhirnya tiba apabila kemunculan Ziana Zain disambut penuh sorakan dari peminat sambil menyanyikan lagu Madah Berhelah kemudian lagu Senja Nan Merah dan Nuri duet bersama Ella dengan energi yang cukup luar biasa siap menari membuatkan seluruh arena arena bergema.

Janji Ella terlihat sudah tertunai di bumi kelahirannya apabila peminat yang hadir bukan sahaja dari Pulau Pinang tetapi jauh di seluruh pelusuk negeri termasuk ada yang datang dari Singapura dan Indonesia demi hanya satu khas buat Ella tersayang.

Segmen kemuncak konsert apabila lagu Standing In The Eye Of The World, Sembilu dan Sepi Sekuntum Mawar Merah dan lagu penutup tirai, Gemilang yang dinanyikan bersama-sama peminat dan sebagai tanda terima kasih dan perhargaan Ella buat peminat sempat bergambar kenangan dan bersalaman dan paling istimewa, ‘TERIMA KASIH MTR’ - Love, Peace, Rindu korang semua…

Alhamdulillah niat usaha untuk menyalurkan sumbangan ke tiga badan kebajikan akhirnya akan terlaksana apabila Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang (PEACE), Yayasan Kebajikan Negara (LOVE) dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (RINDU) dapat disempurnakan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, berkata, kejayaan konsert yang mencatatkan sold out itu sekali lagi menunjukkan kekuatan Ella dalam menyatukan peminat daripada pelbagai generasi.

“Ella merupakan sebahagian penting daripada sejarah muzik Malaysia dan apa yang kita lihat malam ini bukan sekadar sebuah konsert, tetapi bagaimana muzik tempatan terus mempunyai kekuatan untuk menyatukan generasi.

“Membawa Majlis Tertinggi Rockqueen kembali ke Pulau Pinang, negeri kelahiran Ella, bersama Dato’ Ramli Sarip dan Ziana Zain, serta menerima sambutan sold out daripada peminat menjadikan Homecoming ini sesuatu yang benar-benar istimewa,” katanya.

Konsert ini turut disokong oleh rakan radio rasmi ERA FM, SINAR FM, MIX FM dan LITE FM, rakan media Astro Gempak, rakan hotel Iconic Marjorie Hotel serta dengan sokongan Tourism Malaysia.

HITMAN SOLUTIONS ROCKQUEEN

.

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025 KEMBALI BUAT TAHUN KEEMPATBy Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official KamiSempoi ...
21/08/2026

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025 KEMBALI BUAT TAHUN KEEMPAT
By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

KamiSempoi International Agency terus mengukuhkan misi melahirkan LiVE Streamer Generasi Profesional apabila buat tahun keempat akan mengadakan KamiSempoi Golden Award 2025.

KamiSempoi Golden Award 2025 akan berlangsung pada 28 Ogos 2026 di Glitz Gala Ballroom, Pusat Perdagangan Mines 2, Mines Wellness City, Seri Kembangan diadakan bagi mengiktiraf, menghargai dan meraikan pencapaian para pencipta kandungan digital serta hos TikTok LIVE dari seluruh negara.

Menariknya, ada 20 kategori dipertandingkan dan acara kemuncak ini turut mendapat tajaan daripada M Route 19 sebagai penaja utama dan MK Media Studios sebagai penaja bersama.

Sebagai peneraju utama agensi TikTok LIVE di Malaysia, KSIA terus memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat, memperkukuh komuniti live streaming serta membuka lebih banyak peluang dalam ekonomi digital, bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara.

Menurut Pakcik Chin Swee, CEO KamiSempoi International Agency (KSIA) dan Live Host TikTok, penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025 bukan sekadar acara untuk memberikan pengiktirafan, tetapi menjadi platform bagi meraikan usaha dan pencapaian semua pihak yang bersama-sama membangunkan ekosistem KSIA.

“KamiSempoi Golden Award adalah untuk menghargai semua pihak dalam platform kami dan bukan sahaja live host, tetapi juga sub-agency, gifter dan rakan penaja yang memainkan peranan masing-masing.

“Kami mahu mereka tahu bahawa kerja keras dan pencapaian mereka dihargai dan dalam masa sama, anugerah ini juga menjadi motivasi kepada lebih ramai live host untuk meningkatkan prestasi mereka,”katanya.

Chin Swee menambah KamiSempoi Golden Award 2025 turut bakal menyaksikan pelancaran KamiSempoi Premier Academy sebuah akademi yang ditubuhkan khusus bagi melatih dan membangunkan generasi baharu profesional live streamer.

Beliau berkata, Pelancaran akademi ini merupakan sebahagian daripada usaha KSIA untuk membawa pembangunan live streamer ke tahap yang lebih tersusun dan profesional, merangkumi aspek latihan, kemahiran, penampilan, komunikasi, kandungan serta kualiti produksi LIVE.

“Akademi berkenaan akan beroperasi di pejabat KamiSempoi di Quill City Mall, Kuala Lumpur, dan menjadi pusat latihan serta pembangunan bagi individu yang benar-benar serius untuk mendalami bidang live streaming secara profesional.

“Pengambilan ke KamiSempoi Premier Academy akan melalui proses temuduga dan saringan bagi memastikan peserta yang dipilih benar-benar mempunyai minat, kesungguhan dan komitmen untuk mengikuti program tersebut.

“Calon turut akan dinilai berdasarkan kebolehan berkomunikasi serta potensi mereka untuk dibangunkan sebagai live streamer profesional,” katanya.

Tambahan p**a, latar belakang seseorang bukan faktor utama dalam pemilihan peserta dan mereka tidak kisah mereka datang daripada background apa sama ada penyanyi, pengacara, pelajar, suri rumah atau orang biasa sekalipun.

“Yang penting mereka mahu belajar, mahu bekerja dan betul-betul serius untuk jadikan live streaming sebagai kerjaya dan kalau dia pandai bercakap, pandai berkomunikasi dan boleh menghiburkan orang, itu yang kami cari,” katanya.

20 KATEGORI, LEBIH BANYAK RUANG UNTUK PENGIKTIRAFAN

Penganjuran tahun ini menyaksikan sebanyak 20 kategori pengiktirafan disediakan bagi meraikan pencapaian pelbagai pihak dalam ekosistem KamiSempoi.

Daripada jumlah tersebut, 13 kategori dikhususkan kepada Live Host, tiga kategori kepada Sub Agency dan Talent Manager, satu kategori Gifter, serta tiga pengiktirafan utama mengikut pasaran iaitu Top Host Malaysia, Top Host Singapore dan Top Host Indonesia.

Selain kategori yang dipertandingkan, penghargaan khas turut diberikan kepada penaja utama sebagai tanda apresiasi atas sokongan dan kerjasama terhadap penganjuran acara ini.

Pengenalan kategori mengikut negara turut mencerminkan perkembangan KSIA di peringkat serantau, dengan komuniti yang kini merangkumi kira-kira 4,300 live host di Malaysia, 1,500 di Indonesia dan 200 di Singapura.

Menurut Pakcik Chin Swee, pertumbuhan komuniti ini menunjukkan bahawa industri live streaming semakin berkembang dan mendapat tempat sebagai sebahagian daripada ekonomi digital, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada pencipta kandungan untuk membina komuniti dan mengembangkan potensi mereka menerusi platform digital.

PEMILIHAN SUB AGENCY & HOST GALA NIGHT BERDASARKAN PENCAPAIAN

Bagi edisi kali ini, KSIA turut mengambil pendekatan lebih teliti dalam memilih Live Host dan Sub Agency selaku Rakan Niaga (Business Partner) yang akan menerima pengiktirafan pada KamiSempoi Golden Award 2025, dengan pencapaian dan prestasi menjadi antara ukuran utama dalam proses pemilihan.

Bagi Live Host, penilaian dibuat berdasarkan pencapaian diamond dan prestasi LIVE, selain mengambil kira tahap komitmen serta perkembangan mereka sepanjang berada dalam ekosistem KSIA.

“Tahun ini kita betul-betul pilih host yang akan menyertai acara ini. Kita mahu mereka yang berada di pentas itu mempunyai pencapaian yang boleh dibanggakan.

“Antara perkara yang kita lihat ialah diamond achievement dan live achievement. Jadi ia bukan semata-mata kerana seseorang itu pop**ar, tetapi kerana mereka benar-benar menunjukkan prestasi dan usaha,” jelas Pakcik Chin Swee.

Dalam masa sama, perkembangan KSIA turut dipacu oleh rangkaian Rakan Niaga di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang secara keseluruhan telah menghasilkan lebih 150 juta diamond, sekali gus menunjukkan peranan mereka dalam membina dan mengembangkan komuniti Live Host di bawah KSIA.

Antara yang mencatat pencapaian membanggakan ialah BossKlan, penerima Sub Agency of the Year 2024 yang turut menjadi Rakan Kongsi pertama KSIA membuka pejabat sendiri di Singapura.

Pencapaian tersebut menunjukkan bahawa peluang dalam industri live streaming tidak hanya terhad kepada menjadi Live Host. Menerusi laluan Sub Agency dan Rakan Niaga, mereka turut berpeluang membina pasukan, membangunkan Live Host di bawah kendalian sendiri serta mengembangkan operasi mereka ke tahap yang lebih besar.

KSIA MAHU NAIKKAN STANDARD LIVE STREAMING MALAYSIA

Di sebalik penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025, KSIA turut melihat keperluan untuk membawa industri live streaming Malaysia ke tahap yang lebih profesional.

Pakcik Chin Swee berkata, perkembangan live streaming di China menerusi platform Douyin menunjukkan betapa jauh industri tersebut boleh berkembang sekiranya aspek kandungan, teknologi dan produksi diberi perhatian serius.

“Kalau kita lihat Douyin di China, mereka sudah jauh ke hadapan. Saya boleh katakan mereka mungkin sudah 10 hingga 12 tahun lebih advance daripada kita.

“Di sana, orang buat LIVE sudah macam sebuah rancangan televisyen. Malah ada live yang mempunyai produksi sangat besar, termasuk konsert dan pelbagai bentuk persembahan.

“Kita di Malaysia masih mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan. Kalau kita mahu bersaing, kita perlu mula bergerak ke arah live streaming yang lebih profesional,” katanya.

Menurut beliau, antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah live setup, kualiti kamera, PC, sistem audio, pencahayaan, grooming, penampilan, kandungan, komunikasi serta cara seseorang hos mempersembahkan dirinya kepada penonton.

“Kualiti bukan hanya pada cara mereka bercakap. Kita tengok keseluruhan live itu.

“Bagaimana setup mereka, bagaimana kamera mereka, bagaimana mereka tampil, bagaimana mereka communicate dan bagaimana mereka menghiburkan penonton.

“Kalau pandai bercakap, pandai berkomunikasi dan pandai menghiburkan orang, itu asas yang sangat bagus. Tetapi kita mahu membentuk mereka menjadi lebih profesional,” katanya.

SATU TAHUN UNTUK MEMBINA KERJAYA, PRESTASI MENJADI UKURAN

KamiSempoi Premier Academy akan mempunyai kurikulum khusus dengan tempoh pembangunan selama satu tahun.

Antara penanda aras yang ditetapkan ialah pencapaian 1 juta diamond dalam tempoh satu tahun sebagai salah satu syarat untuk menamatkan program.

Bagaimanapun, peserta yang mempunyai prestasi dan perkembangan sangat baik berpotensi mencapai sasaran lebih awal, dengan tempoh sekitar enam bulan dilihat sebagai antara perkembangan terpantas yang boleh dicapai oleh seseorang hos.

Kurikulum akademi akan merangkumi pelbagai aspek termasuk:
Latihan teknikal
Pembangunan kandungan
Look & feel seorang hos
Ketrampilan diri dan penampilan
Persembahan dan penyampaian
Komunikasi
Live setup
Interaksi dan hiburan kepada penonton
Pembangunan prestasi LIVE

Pakcik Chin Swee berkata, peserta bukan sekadar datang untuk belajar, sebaliknya perlu membuktikan kemampuan mereka melalui pencapaian sebenar.

“Kami ada kurikulum. Mereka perlu belajar dan bekerja pada masa yang sama.

“Kalau ada yang boleh berkembang dalam enam bulan dan capai sasaran, itu sangat bagus. Tetapi program ini secara keseluruhannya adalah untuk tempoh satu tahun.

“Kalau mereka tidak mencapai sasaran, mereka perlu melalui penilaian dan latihan seterusnya. Kami mahu mereka benar-benar layak dan bersedia sebelum graduate,” katanya.

UBAH PERSEPSI ‘WORK FROM HOME’ KEPADA KERJAYA PROFESIONAL

Menurut Pakcik Chin Swee, salah satu cabaran yang mahu ditangani menerusi akademi adalah persepsi bahawa pekerjaan sebagai live streamer mudah kerana ia boleh dilakukan dari rumah.

Sebaliknya, beliau mahu membentuk generasi live streamer yang mempunyai disiplin, sasaran, daya saing dan fighting spirit.

“Ramai orang mahu jadi live streamer tetapi tidak ada direction.

“Kita mahu ubah mindset bahawa sebab kerja dari rumah, kita tidak perlu ada disiplin. Kalau mahu jadikan ini pekerjaan tetap, kita kena bekerja dan belajar.

“Kena ada drive, kena ada fighting spirit dan kena ada performance. Sebab itu kami wujudkan akademi ini,” katanya.

SEDIAKAN STUDIO PROFESIONAL UNTUK MEREKA YANG BELUM MEMPUNYAI MODAL

Selain latihan, KSIA turut mengambil kira cabaran kewangan yang dihadapi oleh individu yang mahu memulakan kerjaya sebagai live streamer profesional.

Penyediaan sebuah studio LIVE yang lengkap memerlukan pelaburan besar, khususnya untuk kamera, PC berprestasi tinggi, sound card, sistem audio dan peralatan teknikal lain.

Justeru, KSIA turut merancang menyediakan kemudahan studio secara sewaan kepada live streamer yang belum mempunyai kemampuan untuk menyediakan studio sendiri.

“Untuk set up sebuah live studio yang betul-betul profesional, kosnya besar.

“Kalau mereka sudah menyimpan dan ada bajet, mereka boleh set up studio sendiri. Tetapi kalau belum ada bajet, kami mahu sediakan studio untuk mereka.

“Ada PC, dua kamera, sound system dan keperluan asas untuk LIVE. Jadi mereka boleh datang dan gunakan kemudahan yang kami sediakan,” katanya.

Langkah tersebut sekali gus menjadikan KSIA sebagai one-stop centre yang bukan sahaja menyediakan latihan, malah membantu dari aspek kemudahan teknikal bagi mereka yang mahu membina kerjaya dalam bidang live streaming.

BUKA PELUANG KERJAYA UNTUK BAKAT DARIPADA PELBAGAI LATAR BELAKANG

Penubuhan KamiSempoi Premier Academy juga merupakan usaha KSIA untuk membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam ekonomi digital kepada individu daripada pelbagai latar belakang.

KSIA percaya bidang live streaming boleh menjadi pilihan kerjaya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kesungguhan dan kemahuan untuk belajar, tanpa mengira sama ada mereka mempunyai pengalaman dalam industri hiburan.

“Kami mahu jadikan KSIA sebagai satu pusat sehenti untuk mereka belajar, bekerja dan membina kerjaya sebagai profesional live streamer,” katanya.

DARI KAMISEMPOI GOLDEN AWARD KE MASA DEPAN LIVE STREAMING

Penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025 buat tahun keempat berturut-turut mencerminkan perkembangan berterusan KSIA sebagai salah satu pemain utama dalam industri TikTok LIVE Malaysia dan Asia Tenggara.

Daripada sekadar meraikan pencapaian hos, acara ini turut menjadi platform untuk KSIA memperlihatkan hala tuju baharunya dalam membangunkan bakat, meningkatkan standard produksi serta membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam industri live streaming.

Dengan komuniti yang kini mencecah kira-kira 4,300 live host di Malaysia, 1,500 di Indonesia dan 200 di Singapura, KSIA melihat potensi industri tersebut masih sangat besar.

Pakcik Chin Swee berkata, matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan live streamer Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kami mahu orang melihat live streaming sebagai satu kerjaya profesional.

“Kami mahu lahirkan generasi baharu yang bukan sahaja boleh mendapatkan tontonan, tetapi boleh menghasilkan sebuah live show yang berkualiti dan mempunyai standard produksi yang tinggi.

“Ini bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam satu malam. Tetapi kita perlu mula bergerak sekarang. Kami percaya masa depan live streaming Malaysia sangat besar,” katanya.

Melalui KamiSempoi Golden Award 2025, KSIA meraikan kejayaan yang telah dicapai, manakala menerusi KamiSempoi Premier Academy, KSIA bersedia untuk membina generasi seterusnya lebih profesional, lebih berkemahiran dan lebih bersedia untuk bersaing dalam landskap live streaming global.

‘Lock A Date’ LOVEBITES mendarat di Kuala Lumpur By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official Tarikh 4 Oktober ...
19/08/2026

‘Lock A Date’ LOVEBITES mendarat di Kuala Lumpur
By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Tarikh 4 Oktober 2026 bakal mengemparkan peminat muzik metal apabila kump**an metal wanita pop**ar dari Jepun, Lovebites bakal mengadakan konsert dan mengegarkan Zepp, Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan, konsert belum bermula lagi tetapi tiket kini sudah mencecah 60 peratus terjual dengan begitu pantas sekaligus membuktikan keunggulan dan pop**ariti Lovebites yang sebenar.

Konsert yang dibawakan oleh Rockstage Entertainment, Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur menjadi penampilan sulung kump**an berkenaan di Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu buat peminat tempatan yang sekian lama menantikan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan mereka di pentas.

Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur itu juga menjadi sebahagian daripada Outstanding Tour – SEA 2026 yang membawa Lovebites menjelajah rantau Asia Tenggara termasuk Singapura dan Thailand.

Dengan berbaki 40 peratus tiket yang tinggal inilah peluang buat peminat untuk mendapatkannya sebelum kehabisan tanpa menunggu sehingga saat akhir kerana konsert sulung Lovebites di Malaysia ini berpotensi akan mencatat ‘SOLD OUT”.

Bagi peminat Lovebites atau yang belum mengenali mereka, Lovebites mula ditubuhkan pada tahun 2016 yang dianggotai Asami (vokal), Midori (gitar), Miyako (gitar dan kibod), Fami (bass) serta Haruna (dram).

Mereka mencipta identiti tersendiri menerusi gabungan heavy metal, power metal dan speed metal yang diperkukuhkan dengan melodi dramatik serta permainan instrumental berintensiti tinggi.
Kekuatan Lovebites bukan sekadar pada vokal Asami, malah kehebatan dua gitaris, Midori dan Miyako, sering menjadi perhatian peminat menerusi permainan gitar yang pantas, teknikal dan penuh tenaga.

Pada masa sama, permainan bass Fami dan pukulan dram Haruna melengkapkan bunyi berat yang menjadi ramuan utama persembahan mereka.

Tidak hairanlah Lovebites berjaya mencuri perhatian dalam arena metal antarabangsa dan pernah tampil di festival berprestij seperti Wacken Open Air.

Kump**an itu juga pernah menerima pengiktirafan Best New Band pada Metal Hammer Golden Gods Awards 2018, mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai antara nama penting dalam generasi baharu metal Jepun.

Tahun ini juga cukup istimewa buat Lovebites apabila mereka meneruskan momentum antarabangsa menerusi siri persembahan dan jelajah di beberapa negara.

Antara pencapaian besar mereka ialah persembahan di Nippon Budokan, sebuah pentas ikonik yang menjadi impian ramai penggiat muzik Jepun.

Selepas menjelajah Eropah, United Kingdom dan Jepun, Lovebites kini membawa tenaga sama ke Asia Tenggara menerusi Outstanding Tour – SEA 2026. Kuala Lumpur menjadi salah satu lokasi persinggahan yang pastinya dinantikan peminat tempatan.

Lebih menarik, pentas Zepp KL memberikan suasana yang lebih dekat antara artis dengan penonton selain buat peminat metal setiap dentuman dram, raungan gitar, bass dan vokal dapat dirasai dengan lebih dekat.

Jika masih ada yang tertanya-tanya mengapa perlu mendapatkan tiket Lovebites, jawapannya mudah kerana pengalaman menyaksikan Lovebites secara langsung tidak sama dengan sekadar menonton video persembahan mereka di YouTube.

Bayangkan dua gitaris, Midori dan Miyako, saling bersahut menerusi riff serta solo gitar berkelajuan tinggi, disusuli bass Fami yang menggelegar dan pukulan dram Haruna yang menghentam tanpa henti dan kesemuanya digabungkan dengan vokal Asami yang cukup bertenaga.

Itulah pengalaman yang bakal dirasai apabila lima anggota Lovebites berdepan secara langsung dengan penonton Malaysia.
Bagi peminat gitar solo, permainan pantas, melodi berat dan persembahan metal berintensiti tinggi, konsert ini pastinya antara acara yang wajar dimasukkan dalam senarai wajib tonton 2026.

Apatah lagi, peluang untuk melihat Lovebites secara langsung di Malaysia bukan sesuatu yang datang setiap tahun.

Dengan jualan tiket kini mencecah 60 peratus, peminat yang masih belum mendapatkan tiket disaran bertindak segera.

Jelajah Outstanding Tour – SEA 2026 dijadual bermula di Singapura pada 2 Oktober, diikuti Thailand pada 3 Oktober sebelum Lovebites tiba di Kuala Lumpur pada 4 Oktober.

Tiket boleh didapati menerusi My Ticket Empire. https://www.myticketempire.com/lovebiteskl

Ends

MEMENTO MORI 2.0 EXIST KEMBALI LANGKAH SEIRINGAN KE UNIFI ARENA 8 NOVEMBER DEPAN.By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikk...
18/08/2026

MEMENTO MORI 2.0 EXIST KEMBALI LANGKAH SEIRINGAN KE UNIFI ARENA 8 NOVEMBER DEPAN.
By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Kejayaan konsert Memento Mori 1.0 dan berjaya merantai lebih 9,000 penonton di Unifi Arena 1 Ogos lalu, Exists bakal merantai ribuan peminat buat kali kedua apabila akan mengadakan Konsert Memento Mori 2.0 pada 8 November depan di lokasi yang sama.

Lebih istimewa lagi tiket-tiket mula dijual mulai hari ini (18 Ogos 2026) jam3 petang bagi memberi peluang buat peminat untuk mendapatkan tiket melalui link ticket2U.

Antara setiap kategori bermula
RM228 (KAPAL TERBANG KERTAS)
RM288 (MASIH TERSERLAH AYUMU)
RM328 (DIRANTAI DIGELANGI RINDU)
RM388 (RINDU SERINDU RINDUNYA)
RM428 (JANGAN GENTAR)
RM488, (JANJI PADAMU)
RM5,000 (MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR / SOFA COUPLE (LIGHT SNACK & BEVERAGES)

Dengan langkah seiringan bersama peminat tercinta disamping dirantai digelangi rindu, 35 tahun Exist ternyata belum cukup untuk menceritakan segala-galanya tentang Exists hanya dengan satu malam dan sepanjang lebih tiga dekad, Exists bukan sekadar menghasilkan lagu pop**ar yang menghiasi corong radio sahaja.

Pelbagai kisah dan fasa telah mereka lalui dan tempuhi dalam industri muzik daripada zaman kemuncak pop**ariti, perubahan zaman dan cabaran industri sehinggalah terus berdiri di pentas dan mengekalkan tempat mereka dalam sejarah muzik tempatan serta Nusantara.

Kecekalan tujuh pejuang Exists iaitu Ajai, Ujang, Along, Mamat, Shah, Musa dan Ezad harus dipuji kerana dengan pelbagai sepak terajang, jatuh bangun, babak berganti babak dan sejarah demi sejarah yang telah dicetak dalam industri hiburan tanahair yang kini sudah mencecah usia 35 tahun.

Jesteru itu, selepas mencipta nostalgia dan magis menerusi Exists Memento Mori 1.0 yang dihadiri ribuan peminat dan kini kembali membuka lembaran baru seterusnya menerusi Exists Memento Mori 2.0.

Exists Memento Mori 2.0 diilhamkan bukan sekadar kerana menerima sambutan hangat sebaliknya penganjur, ICON ENTERTAINMENT bersama Exist merasakan perjalanan selama 35 tahun dan selamanya terlalu panjang untuk dirangkumkan hanya dalam satu malam.

Selepas mencapai kata sepakat selepas melihat ‘demam’ serta ramai peminat yang tidak ‘move on’ berkongsi memori manis serta luahan setelah menyaksikan Memento Mori, versi 2.0 dijadual berlangsung berlangsung pada 8 November 2026 (Ahad), pukul 8.30 malam di Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Malah Memento Mori 2.0 bukan sekadar mengulangi persembahan terdahulu, sebaliknya menjadi kesinambungan kepada perjalanan dan riwayat muzik sebuah kump**an yang telah melahirkan ratusan karya, merentasi pelbagai era dan generasi pendengar.

“35 tahun tidak cukup satu malam dan daripada rendisi lagu yang ada dalam album-album Exists ataupun mendengar keluhan serta memori baik yang diluahkan dalam pelbagai platform media sosial oleh peminat yang telah hadir menjadi saksi.

“Memento Mori 2.0 juga sebenarnya akan menjadi peluang buat peminat yang tidak dapat hadir ke edisi pertama 1 Ogos lalu dan konsert itu bukan konsert ulangan atau hanya untuk mencari keuntungan tetapi berdasarkan kepada riwayat 35 tahun Exists yang memang tidak cukup diceritakan hanya pada satu malam,” ujar Iman Tang selaku Pengasas Icon Entertainment.

Memento Mori 2.0 mampu menarik peminat untuk kembali membeli atau terpanggil untuk membeli tiket sekaligus memenuhkan segenap ruang Unifi Arena pada edisi kali ini dan percaya orang yang membeli tiket bukan semata-mata kerana Exists.

Tetapi usia 35 tahun perjalanan Exist dan kehadiran mereka bukan sekadar mendengar lagu yang mempunyai 1001 cerita dalam hidup mereka secara langsung, Memento Mori 2.0 memberi pengalaman yang berbeza daripada edisi pertama dengan lebih banyak karya hits dipersembahkan.

“Itu yang membuatkan kami yakin peminat yang sudah datang akan mahu kembali dan mereka yang terlepas tidak mahu mengulangi perkara yang sama,” ujar Iman Tang.

Buat Exists yang lahir di Johor Bahru dan ketika itu semua anggota masih dibangku sekolah dan meniti alam remaja menyimpulkan Memento Mori 2.0 wajib dipersembahkan kerana satu alasan.

“35 tahun terlalu panjang untuk diceritakan dalam satu malam. Memento Mori 2.0 hadir kerana masih banyak cerita Exists yang belum selesai,” ujar Along mewakili Exists.

Justeru, Memento Mori 2.0 menjadi ruang untuk mengingati, meraikan dan meneruskan legasi Exists dengan kekuatan vokal, muzik dan pengalaman lebih tiga dekad, Exists bakal kembali membawa pengalaman persembahan yang dekat dengan identiti mereka sambil memberikan nafas baharu kepada perjalanan yang sudah bermula sejak 35 tahun yang lalu.

Percayalah, masih banyak lagu dan masih banyak cerita yang belum diceritakan dan masih banyak kenangan serta perjalanan Exists yang masih belum selesai dan bakal diselesaikan pada pertemuan di Memento Mori 2.0 pada 8 November 2026 ini.

Lebih menarik, bukan hanya konsep dengan katalog lagu hits yang bakal mengisi Memento 2.0, sebaliknya tema yang ditetapkan oleh penganjur kepada semua peminat yang datang juga akan menjadikan malam konsert lebih bermakna.

Peminat yang hadir diminta berpenampilan penuh warna warni, neon dan color-block ala akhir 80-an & 90-an demi menggamit memori zaman kegemilangan Exists! Barulah energi 35 tahun Exists akan melangkah seiringan bersama.

Jadi, jangan sampai terlepas tarikh 8 November 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil untuk menunjukkan kesetiaaan anda kepada Exists. Tentu sahaja anda tidak pernah Memilih yang Salah dengan hadir ke edisi Memento 2.0 kerana ia bukan tentang konsert sahaja tetapi 35 tahun dan selamanya… Exists.


INFORMASI ACARA

ACARA: EXISTS MEMENTO MORI 2.0
ARTIS: EXISTS
LOKASI: UNIFI ARENA, BUKIT JALIL
TARIKH: 8 NOVEMBER 2026
HARI: AHAD
WAKTU: 8.30 MALAM

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

KATEGORI DAN HARGA TIKET: RM228 (KAPAL TERBANG KERTAS), RM288 (MASIH TERSERLAH AYUMU), RM328 (DIRANTAI DIGELANGI RINDU), RM388 (RINDU SERINDU RINDUNYA), RM428 (JANGAN GENTAR), RM488, (JANJI PADAMU) RM5,000 (MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR / SOFA COUPLE (LIGHT SNACK & BEVERAGES)

PLATFORM PEMBELIAN: TICKET2U
MULA DIBUKA: SELASA, 18 OGOS , 3 PETANG

RAKAN MEDIA RASMI
RADIO RASMI: SINAR, ERA DAN THR GEGAR
MEDIA DIGITAL RASMI: GEMPAK

EZAD LAZIM

Address

George Town

Telephone

+60192992509

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when mercikkk.com official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to mercikkk.com official:

Shortcuts

Share