Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Itam

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Itam Beroperasi Setiap Hari 9.00 Pagi - 6.00 Petang. Kecuali Cuti Umum

Pusat Sebaran Maklumat Nasional bertujuan menyediakan capaian internet yang kolektif, memperkasa komuniti, dan menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang tepat dan terkini.

16/12/2025

Buli siber boleh merosakkan emosi, fizikal & mental.

Mari jadikan internet tempat yang selamat! 🚫💻




16/12/2025
16/12/2025
16/12/2025

Ramai ibu bapa menjadikan peranti sebagai “penjaga sementara” tanpa sedar bahawa anak-anak boleh terdedah kepada kandungan berbahaya

Ingat, peranti bukan pengasuh. Tanpa kawalan, anak-anak boleh terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai, iklan berbahaya dan interaksi yang tidak selamat.

Luangkan sedikit masa untuk memantau, memilih kandungan yang selamat, dan bercakap dengan mereka tentang etika serta keselamatan Internet.


16/12/2025

MCMC terus memperkukuh keselamatan kanak-kanak dalam talian dengan mengenal pasti 957 kandungan jelik dan menurunkan 899 daripadanya, dengan kadar pematuhan platform mencecah 94% 📉🛡️

Usaha ini diperkasa melalui Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 dan kempen literasi digital di lebih 8,000 institusi, melibatkan pelajar, ibu bapa dan komuniti.




16/12/2025

Buang puntung rokok dari tingkap kereta nampak macam hal remeh. Gumpal tisu, baling plastik minuman dekat kaki lima, ramai rasa “alah, kecil saja.”
Mulai 1 Januari 2026, perbuatan kecil ini boleh dibayar dengan 12 jam khidmat masyarakat, dalam tempoh enam bulan, di bawah pengawasan pihak berkuasa. 

Pesalah boleh diarahkan mengutip sampah di tempat awam, mencuci longkang dan membersihkan tandas sambil memakai jaket khas, supaya orang sekeliling nampak dengan jelas: inilah kesan bila ambil ringan soal kebersihan.

Hukuman ini bukan sekadar denda, tetapi pengalaman yang diharap boleh bagi “wake up call” insaf dan malu pada diri sendiri. 
Ada ke negara maju lain yang gunakan pendekatan ini?

Negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun sudah lama gunakan pendekatan ini. Orang yang buang sampah terpaksa turun sendiri bersihkan jalan, barulah mereka sedar satu puntung rokok atau sekeping plastik boleh mencacatkan pemandangan dan mengundang tikus, lalat dan nyamuk yang membawa penyakit. 

Lain kali tangan rasa gatal nak baling sampah merata, bayangkan diri sendiri berkot jaket hijau, cuci longkang depan orang ramai. Rasa segan itu sepatutnya cukup untuk buat kita simpan sampah di tangan sampai jumpa tong.

16/12/2025

Address

Lot Kedai Tingkat 1, 607, Jalan Balik Pulau, Pekan Ayer Itam, Air Itam
George Town
11500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Itam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Itam:

Share