01/02/2021
✅ Laman Baharu, Video
👍 Ciri baharu terbuka kepada sesiapa yang memiliki saluran YouTube (YouTube Channel) sahaja. Bagi yang menerbitkan video di platfrom lain, kami masih tidak lagi menerima sebarang permohonan (akan datang 2021😁)
👍 Buat sementara waktu, kami tidak akan menerima permohonan secara terus menerus daripada laman web (akan datang 2021🔜), sebaliknya anda dikehendaki sama ada menghantar emel atau mengisi Google Forms berserta butiran-butiran yang diperlukan.
👍 Terbuka kepada semua, tiada had pelanggan atau pengikut (Subscribers or Followers) yang ditetapkan. Tujuan sebenar penubuhan laman ini adalah untuk mengumpul lebih banyak pelanggan atau pengikut.
👍 Pemilik saluran haruslah mengikut segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Jika tidak, permohonan anda untuk membenamkan video-video daripada saluran YouTube akan ditolak bulat-bulat.🙅♂🙅♀
✅ Butiran-Butiran Yang Perlu Disediakan
✌️Maklumat-maklumat yang senang untuk dihubungi (no.tel, emel etc.)
✌️URL saluran YouTube (salin link saluran, bukannya video)
✌️URL laman media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, TikTok etc.)
✌️Deskripsi (Description) pendek mengenai saluran anda (Ceritakan serba sedikit mengenai saluran anda sebagai contoh, ceritakan tentang kandungan (content) apa yang diterbitkan di saluran anda)
✅ Garis Panduan Komuniti
➡️ Pastikan video anda tidak menggunakan sebarang lagu yang terdapat hak cipta (copyright), serta video yang telah diambil bulat-bulat daripada saluran orang lain sama ada tanpa atau terdapat sebarang suntingan (edit). Kebenaran hanya diberikan apabila anda mengambil rakaman (footage) yang pendek sahaja.
➡️ Pastikan video anda tidak menyentuh sebarang hal-hal berkaitan perkauman, politik, provokasi, berita palsu, lucah, penghinaan agama dan hal-hal yang mengelirukan mengenai agama. Ia bukan sahaja dilarang, malah DIHARAMKAN sama sekali daripada membuat permohonan.
➡️ Sebarang permohonan yang mencurigakan dari segi paparan video melalui saluran YouTube, akan diteliti terlebih dahulu sebelum diluluskan. Ini kerana, paparan video yang tidak membawa sebarang manfaat malah lebih mendatangkan rasa terhibur secara melampau adalah DILARANG SAMA SEKALI!