Suhasnida Ismail - Ticer Sue

Suhasnida Ismail - Ticer Sue Share Resepi Masak, Travel & Makan Makan! Sekilas Bersama Ticer Sue :

Lebih mesra dikenali dengan panggilan Ticer Sue dikalangan pelajarnya.

Ticer Sue telah pun melibatkan diri dalam bidang Pengendalian Produk Makanan selama lebih 15 tahun sejak dari bangku sekolah lagi. Berbekalkan Sijil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dalam bidang Pemasaran dan pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di sebuah Universiti tempatan,Ticer Sue lebih cenderung dan mempunyai minat yang mendalam pada bidang produk makanan. Disamping mewarisi perniagaa

n keluarga,Ticer Sue telah menubuhkan syarikat sendiri yang memfokuskan pada bidang pembelajaran menyediakan produk makanan. Dalam matlamat berkongsi pengalaman dan menbantu mewujudkan satu komuniti usahawan produk makanan,secara tak langsung Ticer Sue telah membantu menaikkan taraf ekonomi keluarga dan melahirkan ramai usahawan berjaya. Kini, ramai golongan yang termasuk wanita,peniaga kecilan dan juga usahawan yang telah mengikuti program yang dijalankan oleh Ticer Sue untuk menjana pendapatan dan meningkatkan jualan. Lebih 20 Kelas PJJ Online tersedia dan mempunyai lebih 100,000 pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini.

Aku nak buka pjj agar agar santan ni secara percuma sahaja untuk follower aku.Yang haters tak payah masuk la hahaha.Yang...
25/08/2025

Aku nak buka pjj agar agar santan ni secara percuma sahaja untuk follower aku.Yang haters tak payah masuk la hahaha.Yang s**a letey angin aku tu,takyah daftar okay wakaka.

Kelas ni percuma, tapi aku nak tambah 2 jenis agar agar dan puding dalam pjj ni.Cuma aku nak minta,sekiranya ada yang terasa nak bayar,boleh bayar seikhlasnya untuk effort aku buat video dan support korang belajar nanti.

Duit ni kalau ada yang bayar seikhlas hati tak kisah berapa pun,aku ok.Aku akan sumbangkan kesemuanya kepada persatuan Adikarianz Marching Band anak aku si maryam yang akan pergi bertanding NATCOM Di Alor Setar pada bulan September nanti.Ni usaha ikhlas aku nak support anak aku yang main pancaragam & bantu cikgu untuk dana diorang pergi bertanding.Boleh kan?

Kau nak bagi rm5 ke rm10 ke tak kisah, aku nak kumpul dana ni untuk diorang.Sebagai ibu,aku support apa minat anak aku dan anak anak adikarianz yang lain.

Inshaallah siap edit video nanti, aku akan buka pendaftaran dan korang boleh join kelas ni ya:)

p/s: minta korang support usaha aku ni untuk anak aku dan anak anak adikarianz yang lain.

Terima kasih!

korang tolong share supaya ramai join nanti,
boleh join group di bawah,aku buka pendaftaran di group nanti.Yuran seikhlasnya

https://chat.whatsapp.com/JApcVGAQw2jDLsLWw2ibkG

target dana : RM5000

wa.me/60176137255

dalca daging versi 2 bahan,hanya sekadar bawang hollanddan rempah kari,rahsia dia?takda rahsia punnak resepi?ni sambil b...
22/08/2025

dalca daging versi 2 bahan,
hanya sekadar bawang holland
dan rempah kari,
rahsia dia?takda rahsia pun
nak resepi?ni sambil baring pun
boleh masak hahahahaa

Ni anak aku no 2 si Maryam. Anak aku ni patah tangan bulan lepas. Tapi lepas operate masuk 2 besi di tangan kiri ,dia te...
19/08/2025

Ni anak aku no 2 si Maryam. Anak aku ni patah tangan bulan lepas. Tapi lepas operate masuk 2 besi di tangan kiri ,dia tetap nak pergi sekolah sebab takut tertinggal pelajaran 😢

Semangat dia kuat, sebab lepas 5hari operate dia terus pergi sekolah. Dia kata nak cepat sembuh sebab dia nak join pancaragam wakil sekolah ke NATCOMP 2025 🎼di Alor Star bulan september nanti.Baru ni dia dah cukup frust tak boleh join Mimac 2025 yang berlangsung di stadium merdeka. Alhamdulillah, team adikarianz dapat naib johan,aku tumpang bangga.

Sebagai mak, aku cuba bantu sedaya mungkin. Aku bagi full komitmen ambik dan hantar dia latihan tanpa gagal.Kalau nak dikirakan, pengorbanan guru guru dia pun lagi tinggi,nak latih 80 orang bebudak ni bukan satu perkara mudah.

Jadi, aku akan buka kelas PJJ percuma tak lama lagi, iaitu PJJ Agar Agar Santan & Puding. Cuma aku mohon korang support sekiranya dapat bagi sedikit sumbangan seikhlasnya atas effort aku buat video dan mengajar korang nanti.Nak bagi berapa tak kisah,aku terima seadanya dari peserta yang ikhlas dan aku akan disalurkan untuk bantu team si Maryam & cikgu-cikgu kumpul dana untuk ke NATCOMP nanti.

Boleh ke korang support sikit untuk semangat anak-anak ni? 🥹

Aku target dana yang aku akan kutip ni sebanyak RM5000 dan aku percaya,akan tercapai sekiranya korang support sikit sorang.Inshaallah!Dana ni aku nak sumbang untuk sponsor diorang ke pertandingan bulan September nanti.

Ni usaha kecil aku nak support team Maryam ke pertandingan nanti.Terima kasih yang response post aku semalam,terharu rasanya ramai yang nak bantu.

Aku akan buka kelas tu bulan ni selepas siap edit video,inshaallah.Follower2 aku boleh join percuma,dan kalau ada sedikit sumbangan untuk support team anak aku ni,korang boleh bagi masa join kelas ye.

Nak join launching kelas ni,boleh masuk ke group ni:
Yuran seikhlas hati tanda support untuk kutipan
dana anak aku si maryam.

https://chat.whatsapp.com/JApcVGAQw2jDLsLWw2ibkG

Terima kasih 🙂

Bulan 9 nanti aku akan start balik keluarkan tepung ayam goreng kerinting,dengan resepi yang telah di upgrade.Sebelum ni...
19/08/2025

Bulan 9 nanti aku akan start balik keluarkan tepung ayam goreng kerinting,dengan resepi yang telah di upgrade.Sebelum ni aku buat dan supply kepada kekawan yang ada restoran serta cafe.Mereka tak sempat buat,jadi akula yang buatkan.Tinggal kau focus buat sales dekat restoran jela hahaaha.

Aku nak cuba jual di tiktok untuk kalini,korang rasa ok tak?

Hidup kita akan di selubungi misteri,kalau tak dapat makan😆awak tak s**a makan,tak s**aorang tayang gambar,takpo.butang ...
14/08/2025

Hidup kita akan di selubungi misteri,
kalau tak dapat makan😆
awak tak s**a makan,tak s**a
orang tayang gambar,takpo.
butang block tu mark bagi
sorang satu.Block aje mana
kita tak s**a.Aku pun block
je orang letey angin aku kahkahkah

duk new zealand gini la,kena buat sendirinak makan kepok GTR, keropok tanpa rebus.sapo s**a kepok gini akat ibu jari heh...
11/08/2025

duk new zealand gini la,kena buat sendiri
nak makan kepok GTR, keropok tanpa rebus.
sapo s**a kepok gini akat ibu jari hehe

Pak dia tengok aku upload gambar kepok lekor, dia wasap aku, beli mano kepok tu?Ehh dia tak tahu bini dio tu mujur tak g...
08/08/2025

Pak dia tengok aku upload gambar kepok lekor, dia wasap aku, beli mano kepok tu?Ehh dia tak tahu bini dio tu mujur tak goreng keto kebal
jah hahahahaa.Tak main la beli beli ni,kita duk obersea kena buat sendiri laa hahaha.Tambah mana ada ore jual sini😆

Arini kena buat lagi, si Na naik hantu mama tak simpan kepok ke dia hahaha.jangan risau,isi ikan ada lagi 10kg dalam freezer,benda boleh selesai.Bak kata papa, kalau masalah boleh selesai dengan pitih,kita selesai dengan pitih.Kita gi beli, jangan duk brona jah wakakaka

The best laksa thai thai, ulam tu tak kedekut langsung,best makan ulam banyak dan fresh.Walaupun sorang je makan laksa,t...
09/06/2025

The best laksa thai thai, ulam tu tak kedekut langsung,best makan ulam banyak dan fresh.Walaupun sorang je makan laksa,tapi tetap di hidang dengan ulam yang banyak.

Bagi tahu pak dia,teringin nak makan laksa thai di hatyai,takmau tempat lain hahaha.Dah jomm, kita pi sana.Nyummm sedap yang amat,kuah dia lemak berkrim,secukup rasa.Pastu ambik yang isi ketam,puas makan ketam tak payah nak kupas hahaha.

Pak dia nak makan nasi dengan anak anak,aku makan laksa.Walaupun pedas tapi sedappp dan habis ku makan.

Lokasi Kedai Laksa Terpaling Sedap
Nomjeen Na Phuket
Hatyai, Thailand

“Nak jual nasi kerabu daging bakar dengan lemak bakar je… boleh ke?”Aku tanya pak sia,Dia terus berkerut dahi.Murung bet...
02/06/2025

“Nak jual nasi kerabu daging bakar dengan lemak bakar je… boleh ke?”
Aku tanya pak sia,
Dia terus berkerut dahi.
Murung betul muka dia bila dengar aku cakap nak jual nasi.
Confirm la dia tak bagi,
dalam kepala dia mungkin dah
bayang aku kelam kabut dekat dapur,
mana nak urus anak anak sekolah lagi haha

Aku ni pulak jenis…
asal ada peluang masak, aku happy dah.
Kalau tak bagi jual, tak apa. Esok kita masak nasi kerabu makan sendiri je lah!
Janji senduk berasap, hati pun berbunga.
Daun pitey dalam freezer pun tengah tunggu masa nak naik kuali tu.

Eh, korang yang teringin nak belajar buat nasi kerabu?
Meh join kelas aku!
Nak lagi jimat, ambik terus
combo kelas nasi kerabu + laksam.
Dua-dua padu, dua-dua confirm buat orang repeat makan.

Tempat tak banyak, cepat-cepat kunci nama sebelum penuh!
(Manatau lepas ni laki korang pulak suruh bukak kedai, hehe.)

tapi korang wasap admin tau,pasal aku macam mereng lagi,mengantuk yang amat.


Rasa nak masak dan panggil jejiran,kita masak.Tidak kalut ke sapo sapo hahaha.Peluh pah keting pun takpo,janji buleh mas...
30/05/2025

Rasa nak masak dan panggil jejiran,kita masak.Tidak kalut ke sapo sapo hahaha.Peluh pah keting pun takpo,janji buleh masok.Tetamu sampai baru aku duk kukus laksam wakakaka

Mindset kata sempat,inshaallah sempat. Ye aku masak sesorang je.Aku serabut kalau orang lain duk dapur hahaha.Macam tadi aku suruh muslim buat air sirap,dia g curah pati nak habis sbotol,dia ingat cordial wakkaak.Buat sakit jantung aku je.

Lepas masak,kita call jejiran suruh mai makan.Hanya sempat masak menu di bawah,okay dah kan.Aku rendam beras nasi dagang jam 3pm tadi,kukus ikan dah jam 4pm,pastu dalam tempoh 4.30-6.30pm tu duk ulang g ambik anta si maryam g latihan pancaragam.

Menu:
- Nasi Dagang Terengganu
- Gulai Ikan Aya
- Gulai Ayam Klate
- Gulai Udang
- Acar Timun
- Laksam
- Kuah Lemak
- Ulam
- Sambalado
- Rendang Ayam
- Ketupat & Nasi Impit
- Colek Buah
- Timun Cino
- Koktail Buah
- Air Sirap

Selamat menjamu selera, korang nak tips dan cara masak nasi dagang sedap?Komen dlu la,esok aku update hahahaha

p/s: semua menu ni ada kelas online pjj,boleh la masuk dan join kelas:)

Nasi dagang paling mudah nak buat, sap sap soi jer.Walaupun buat dalam kuantiti banyak,boleh je pakai steamer industri,s...
27/05/2025

Nasi dagang paling mudah nak buat, sap sap soi jer.Walaupun buat dalam kuantiti banyak,boleh je pakai steamer industri,skali kukus dah 20-30kg.Tahu cara dan step by step,semua jadi mudah.Nak expert tu,selalu kena praktis la.Takda benda mudah kalau tak belajar.

Lauknya tidak banyak, gulai ikan aya ajer,pastu acar.Jual tu sudah la.Yang penting gulai ikan aya tu kena sedap meletop,baru la orang repeat beli lagi dan lagi😝

Antara nasi dagang terengganu dan nasi dagang kelantan, dedua ada keistimewaan dia.Aku pun s**a dedua,cuma kerap buat yang terengganu,sebab jarang beli beras nasi dagang klate.Nextime pulak kita buat yang nasi dagang klate.

Korang s**a nasi dagang yang mana?Mesti yang aku masak dan ajak ko datang kan?Ahaks


aku buat content di pesbuk bukan nak dapat bayaran pun hahahaaha.Memang s**a merapu di pesbuk post pasal masak masak.Kec...
23/05/2025

aku buat content di pesbuk bukan nak dapat bayaran pun hahahaaha.Memang s**a merapu di pesbuk post pasal masak masak.Kecoh pasal bayaran buat content di pesbuk kannn,ramai muncul sifu sifu fb pro ahaks!

p/s: korang rajin buat content tu,buat jela,takda masalah.Cuma jangan buat content merapu sebab nak dapat bayaran.Yang kalis kecaman takpa la🤣

Address

Taman Desa Baiduri
Gerik
33300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suhasnida Ismail - Ticer Sue posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suhasnida Ismail - Ticer Sue:

Share