Surau Al Mukmin, Mutiara Gombak

Surau Al Mukmin, Mutiara Gombak Official Page for Surau Al Mukmin Mutiara Gombak. Surau yang merangkumi kariah mutiara gombak, pangsapuri mutiara, halamanda, desa mukmin dan sekitarnya.

Surau Al Mukmin yang terletak di Mutiara Gombak. Qariahnya terdiri daripada penduduk Mutiara Gombak, Halamanda, Pangsapuri Mutiara, Desa Mukmin dan kawasan kawasan yang berhampiran. http://suraualmukmin.blogspot.com

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi💫Surau Al-Mukmin menjemput kehadiran sahabat semua ke majlis ilmu ‘ Kuliah ...
24/07/2025

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi💫

Surau Al-Mukmin menjemput kehadiran sahabat semua ke majlis ilmu ‘ Kuliah Dhuha’ anjuran HELWA sebagaimana poster di bawah.

Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua untuk menimba ilmu kerana-NYA dan mendorong kita untuk terus beribadah kepada-Nya di sepanjang kehidupan. Ameen. 💖

Jemput sama-sama hadir 🤩💫

~ *Seindah Mutiara, Semanis Ukhuwwah* ~

*HELWA*
Surau al-Mukmin, Mutiara Gombak.

Tim RewangDi kala cuaca panas menerpa para sukarelawan yang membantu menumbangkan 11 ekor lembu sehinggalah agihan seles...
07/06/2025

Tim Rewang

Di kala cuaca panas menerpa para sukarelawan yang membantu menumbangkan 11 ekor lembu sehinggalah agihan selesai.

Tidak dilupakan tim kaum ibu dan anak-anak yang turut memainkan peranan penting menyediakan juadah makan tengahari, air sejuk untuk para petugas, ada juga pihak yang menaja makanan, minuman dan sebagainya.

antara yang sedapnya ada cendol tika majlis ini berlangsung, sempatla menghirup cendol dikala menghilangkan lelahnya menumbang, melapah dan mengangkut daging korban.

Terima kasih pada semua yang menyumbangkan tenaga dari mula sampai la sehingga kemas bersih.

Allah sahaja yang mampu membalasNya.

Suasana Korban Yang Sangat MeriahSekitar upacara korban yang di jalankan di Surau Al Mukmin9 ekor lembu gred A dan 2 eko...
07/06/2025

Suasana Korban Yang Sangat Meriah

Sekitar upacara korban yang di jalankan di Surau Al Mukmin

9 ekor lembu gred A dan 2 ekor lembu sado dibantu oleh segenap lapisan umur dari atok2, ayah2, anak2 muda, kanak2, para kaum ibu, anak2 remaja perempuan, di tambah pelajar2 asking, pekerja asing.

Semua berpadu membantu dari mula persiapan sebelum, semasa dan selepas.

Majlis berjalan lancar, agihan kepada fakir miskin, ahli kariah dan para peserta korban selesai sekitar pukul 2 petang.

Kredit khas kepada jawatankuasa pengurusan korban yang telah merancang, mengurus, dan melaksanakan program ini dengan begitu teliti dan berdedikasi.

Alhamdulillahirobbil-alaminnn

"Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu..." — Surah al-Hajj, ayat 37.

Semoga Allah menerima amal mu dan amal kami.

aminnn ya robbal alaminnn

Suasana sekitar Solat Sunat Aidiladha 1446 H /2025 di Surau Al Mukmin Mutiara Gombak.
07/06/2025

Suasana sekitar Solat Sunat Aidiladha 1446 H /2025 di Surau Al Mukmin Mutiara Gombak.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♻️ Program ”Kitar Semula Minyak Masak Terpakai” kembali lagi!📆 Sabtu | 10 Mei 2025⏰ 9....
08/05/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

♻️ Program ”Kitar Semula Minyak Masak Terpakai” kembali lagi!

📆 Sabtu | 10 Mei 2025
⏰ 9.30 pagi - 11.30 pagi
📍 Tempat Letak Kereta (Tingkat Atas), Surau Al-Mukmin Mutiara Gombak

Peluang untuk kita kosongkan stok minyak masak terpakai yang tersimpan di rumah masing-masing! Bawa walau sedikit – setiap titis ada nilainya!!

Bantu kami sebarkan makluman ini kepada jiran tetangga, rakan taulan & ahli keluarga terdekat.

Tak sempat datang Sabtu ini?
Hubungi kami (rujuk poster) untuk urusan penghantaran awal ke surau.

Jom sama-sama bersedekah & pelihara alam sambil menjana sedikit pendapatan!Jumpa anda Sabtu ini!

Anjuran:
HELWA Surau Al Mukmin

Sambutan Hari Raya Surau Al Mukmin 2025/1416Hmalam tadi selepas maghrib ada sambutan Hari Raya di Surau.Ramai orang hadi...
27/04/2025

Sambutan Hari Raya Surau Al Mukmin 2025/1416H

malam tadi selepas maghrib ada sambutan Hari Raya di Surau.

Ramai orang hadir memeriahkan suasana. Alhamdulillah.

ada nak kongsi cerita sikit:

semalam masa saya baru sampai maghrib, tengok persiapan dan hiasan prob semua cantik cantik, sambil ambil gambar sikit2 - masa ni jemaah baru nak solat maghrib.

Tetiba datang sekumpulan kanak2 bagitau.

Acik2... tengok tu nape ada org non muslim datang surau kita? tanya diorg pelik kehairanan dan kurang berpuas hati kenapa tetiba2 kat surau ada org non muslim, sbb majlis makan2 sebelum ni xde pon ( sebab majlis tahlil, aqiqah dll )

Saya pun macam...

Ooooooooooooooo panjang sikit sambil pikir jawapan sesuai 😆,

harini Surau buat rumah terbuka sempena hari raya, jadi kita meraikan semua orang termasuk yang bukan Islam datang ke Surau kita...

Dia orang pun memberi reaksi seperti... Oooooo ok2... boleh diterima...

Fuhh lega... Haha

Ok sekian.

Setinggi tinggi penghargaan pada semua yang berusaha merealisasikan majlis ini dari penajaan makanan, perancangan hingga ke sampai kemas bersih malam tadi.

Pihak Surau juga mengucapkan jutaan terima kasih pada yang sudi hadir dan memeriahkan majlis.

Kami memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan.

Kami, warga Surau Al Mukmin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
01/04/2025

Kami, warga Surau Al Mukmin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Pagi 1 Syawal 1446H/2025Suasana pagi ketika solat hari raya di Surau Al Mukmin.Antara ringkasan ucapan raya tuan pengeru...
31/03/2025

Pagi 1 Syawal 1446H/2025

Suasana pagi ketika solat hari raya di Surau Al Mukmin.

Antara ringkasan ucapan raya tuan pengerusi tadi

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan program2 penting sepanjang bulan ramadan, baik secara langsung atau tidak langsung, juga kepada penderma-penderma yang dermawan.

dan yang paling penting dapat meraikan semua jamaah yang hadir ke surau untuk beribadah dan menjamu selera dengan selesa dan baik.

Semoga Allah menerima amalan soleh kita di bulan ramadan dan merezekikan lagi ramadan tahun hadapan.

Taqaballahu Minna waminkum, Minna waminkum taqabbal ya karimmm.

InsyaAllah. Aminnnnnn

Pada yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat pergi dan kembali.

8 Amalan Sunat ni jangan di lupa ya esok pagi...
30/03/2025

8 Amalan Sunat ni jangan di lupa ya esok pagi...

Sekitar takbir malam raya 1446H /2025
30/03/2025

Sekitar takbir malam raya 1446H /2025

29/03/2025

Kesyahduannn doa imam di malam malam akhir 29 Ramadan 1446H/2025.

Semoga Allah menerima amal kamu dan amal kami semua. Aminnnn ya robbal alaminnn.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Mukmin, Mutiara Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Surau Al Mukmin, Mutiara Gombak:

Share