27/11/2025
SALAM TAKZIAH. ALFATIHAH. Bu*ya mkn kan4k2 pompuan di sarawak.. Seriaunya masa belh pervt bu"ya tu jumpa tangan jer minit 0:25s. 😭😭
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
"Ya Allah ampunilah dia, berilah rahmat, kesejahteraan dan maafkanlah dia"
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Setiap hari kita mendengar berita tentang pemergian. Sama ada seseorang yang kita kenali atau tidak, pemergian adalah satu perkara yang sering berlaku, namun kita jarang merenungnya. Bila kita fikir tentang pemergian, biasanya kita anggap itu akan berlaku pada orang lain. Untuk diri kita, kita sering rasa jauh daripada saat itu.
“Aku masih muda, tak mungkin tiba masanya.” “Aku baru buat pemeriksaan kesihatan, semuanya baik.”
Walaupun kita mungkin tak ucapkan secara lisan, ini sering tergambar melalui perbuatan kita. Hari ini, di tengah kesibukan hidup dengan kerja, keluarga, dan mencari rezeki, luangkan masa untuk merenung bagaimana Al-Quran berbicara tentang kematian.
Ayat-ayat seperti ini memberi peringatan: إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ “Ketika datang kepada Ya’qub kematian.” (Al-Baqarah: 133)
Dalam Al-Quran, kematian sering disebut dalam bentuk 'pelaku' yang menunjukkan bahawa kematian akan mendatangi kita tanpa kita mencarinya. Ia seperti satu entiti yang tahu di mana kita berada dan bila ia akan datang, tepat pada waktunya, tanpa cepat atau lambat.
Apabila tiba masanya, tiada lagi peluang untuk kembali atau memperbaiki apa yang kita tinggalkan. Firman Allah SWT: حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ “Ketika datang kepada salah seorang di antara mereka kematian, dia berkata, 'Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia).’" (Al-Mukminun: 99)
Marilah kita bersedia dengan amalan soleh untuk menghadapi saat itu.
SAAT KEMATIAN; DUA AKAN PERGI, HANYA SATU YANG KEKAL
☘ Mungkin ramai di antara kita yang habiskan puluhan tahun untuk sempurnakan keluarga dan harta, kadang sedikit saja masa diguna untuk amal ibadah. Namun, amal soleh itulah yang akan kita persembahkan di hadapan Allah selepas kematian nanti.
Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda:
يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
Maksudnya: "Orang yang meninggal dunia diiringi oleh tiga perkara, dua akan kembali dan satu akan kekal. Dia diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali, sedang amalnya akan terus tetap bersamanya."
(HR Bukhari, hadis sahih)
☘ SubhanAllah, sebab itu kita perlu banyakkan amal soleh. Benar, kita dimasukkan ke Syurga kerana redha Allah, namun nak dapatkan redha Allah adalah melalui amal soleh.
☘ Sebenarnya Allah yang menggerakkan hati dan badan kita untuk beribadah, iaitu melalui taufiq dan hidayah dari-Nya. Sebagaimana dalam hadis daripada Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ
Maksudnya: "Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat r.a. bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum kematiannya."
(HR Tirmidzi, hadis sahih)
DOA MEMOHON HUSNUL KHOTIMAH (PENGAKHIRAN YANG BAIK)
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”
Selain itu, kita juga boleh berdoa dengan doa ini,
Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ
Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.”
(HR Ibnu Hibban, hadis sahih)
☘ Semoga kita tergolong dalam kalangan yang istiqamah melakukan amal soleh hingga akhir kehidupan. Mari kita amalkan doa ini mudah-mudahan kita dikurniakan kematian yang baik amin.
Memohon Kepada Allah untuk Memudahkan Urusan Dunia dan Akhirat
Setiap detik dalam hidup ini, manusia menghadapi cabaran dan ujian yang beragam. Kadangkala, kita merasa terbebani dengan tanggungjawab dan keputusan yang perlu dibuat. Namun, dalam setiap usaha dan doa, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa hanya Allah SWT yang mampu memudahkan setiap urusan kita, baik di dunia mahupun di akhirat.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran, “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilih; tidak ada pilihan bagi mereka.” (Al-Qasas: 68). Ayat ini mengingatkan kita bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah atas kehendak Allah dan kita, sebagai hamba-Nya, harus berserah kepada ketentuan-Nya sambil berusaha sebaik mungkin.
Dalam menghadapi kehidupan duniawi ini, kita seringkali terfokus pada pencapaian dan keberhasilan menurut ukuran manusia. Namun, doa yang tulus untuk meminta kepada Allah agar 'mengelokkan urusan dunia kami' adalah pengingat bahwa keberhasilan sejati adalah apa yang mendekatkan kita kepada-Nya dan membawa manfaat yang berpanjangan, bukan hanya kepuasan sesaat.
Lebih penting lagi, kita harus mempersiapkan diri untuk kehidupan yang kekal di akhirat, tempat kembali yang sebenarnya. Berdoa kepada Allah agar 'mengelokkan urusan akhirat kami' adalah cara kita memohon agar diakhirat nanti kita ditempatkan di tempat yang mulia. Ini juga merupakan permohonan agar Allah memudahkan kita dalam menjalani proses hisab dan memasuki surga-Nya tanpa azab.
Sebagai orang beriman, kita harus menyadari bahwa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan segala apa yang kita lakukan harus diarahkan untuk memperoleh kebahagiaan abadi di akhirat. Perbanyakkan amal kebaikan, perbanyakkan doa, dan selalu usahakan untuk menjadi lebih baik setiap harinya, karena itulah cara kita mendapatkan keridhaan Allah.
Dalam setiap langkah dan keputusan yang kita ambil, marilah kita selalu mengingat untuk berdoa dan memohon kepada Allah SWT. Dia adalah sebaik-baik penolong dan hanya kepada-Nya kita meminta bantuan. Semoga Allah memudahkan urusan kita di dunia dan mengelokkan tempat kita di akhirat. Amin.
Zaman dahulu anak-anak bermain di luar pagi ke petang. Balik rumah hanya untuk mandi dan makan.
Zaman sekarang anak anak terkurung di rumah.
Mak kemas belakang, sepah di depan.
Mak kemas di depan, sepahnya di belakang.
Mak nak itu, mak nak ini.
Mak masak, kakak kacau adik. Adik menangis. Mak masak megi saje untuk bapak. Kasihan bapak.
Nak lepaskan anak bermain sendiri di luar, mak susah hati.
Banyak ancaman.
Banyak bahaya kiri dan kanan.
Anak zaman dahulu pergi sekolah jalan kaki.
Anak zaman sekarang perlu dihantar. Bahaya ancaman sentiasa menanti jika dibiarkan sendiri.
Maka anak-anak pun sentiasa dalam rumah. 24 jam perlu dilayan.
Mana masanya mak zaman sekarang nak masak bermacam-macam.
Sebab tu juga mak zaman dulu boleh jaga 10 anak.
Mak zaman sekarang anak 2 pun nak pitam.
Stop buat perbandingan tak setara macam ni. Kesian mak-mak zaman sekarang. Dianggap lemah dan tak cekap macam mak-mak kita zaman dahulu.
Struggle mak zaman sekarang membesarkan anak berbeza dengan zaman dahulu.
Semua mak tak kira zaman semua hebat.
Yang duduk rumah hebat. Yang bekerja super hebat. Yang bekerja sambil jaga anak super duper hebat.
BUKAN MUDAH JADI MAK BAPAK..
0-12 bulan : Kalau kau rasa jaga baby tu susah kau silap. Jaga baby paling senang (kot?), cukup makan cukup susu tidurlah dia cuma susah part kembong, manja (melekap macam anak panda) atau waktu main dia ikut zone US. 😎
1-2 tahun : saat paling mencabar bila dia dah pandai berjalan, memunggah, menyepah dah 1 hal nak kene selesaikan semua benda dari pagi sampai malam. Ini part yang kau sentiasa kene monitor dia 24/7 ! Kalau tak ade je benda pelik dia buat termasuk tabur bedak 1 rumah atau gunting rambut kau masa kau tertidur. 😏
2-3 tahun : saat paling menduga sebab inilah saat keemasan tantrum dia! Berguling depan kedai, meraung tak nak jalan, melalak dalam mall. Menjerit-jerit tak dapat naik kereta mainan.. eh macam-macam hal lah time-time ni 😂
4-5 tahun : saat buat perangai! Buat perangai tak nak mandi tak nak makan tak nak pakai baju tak nak jalan tak nak segala benda semata tak nak pegi skool (taska). Ulang setiap pagi selama setahun sambil ulang no.1 untuk adik dia.
5-6 tahun : saat kecemerlangan. Okey tahap ni boleh tarik nafas lega sikit sebab dia dah ade kawan boleh nyanyi-nyanyi balik sekolah (tadika) tapi kau jangan lupa ulangan dari atas untuk part adik dia pulak..kah..kah..kah.. 😜
7 tahun : ini nasib..dapat yang pergi sekolah balik sekolah okey alhamdulillah tapi dapat yang pergi wangi balik belacan padahal baru hari isnin kau urut je lah dada kau laki bini. Ha..ha..ha.. 😂😂
8-12 tahun : tak banyak masalah di sekolah kecuali part susah nya nak suruh buat kerja sekolah! Rasa macam menyanyi hari-hari duk ulang suara 😭 kalau yang no.1 perangai cemerlang dari darjah 1 tapi yang no.2 kau kene sabar tahap langit ke-7 dengan perangai **aakulahnakbuatketak 😭😅 Tu belum masuk part hari-hari hilang pensil, hari-hari hilang pemadam, hari-hari hilang buku! 💆
Ohye sambil "menyanyi" sambil ulang dari part baby sampai ke bawah untuk adik-adik dia. Kah..kah..kah..
13-17 tahun : cabaran remaja kita sambung lain kali okey ✌
Sebenarnya jadi mak ayah ni best tau, so korang yang belum jadi mak ayah tu aku doakan 1 hari nanti jika diizinkan Allah SWT korang akan dapat rasa macam ni juga, cepat & lambat hanya Allah je yang tahu. Pada yang tak tahu erti kekuasaan Allah SWT tu baik kau diam jangan tanya-tanya orang bila nak ade anak.