Rizwadi Ismail

Rizwadi Ismail Dun Nenggiri #

Assalamualaikum w.b.tπŸ† *KEJOHANAN LIGA ELIT DUN NENGGIRI 2026 (LED 2026)* πŸ†πŸ“’ *MAKLUMAN PENDAFTARAN*Pendaftaran pasukan k...
23/05/2026

Assalamualaikum w.b.t

πŸ† *KEJOHANAN LIGA ELIT DUN NENGGIRI 2026 (LED 2026)* πŸ†

πŸ“’ *MAKLUMAN PENDAFTARAN*

Pendaftaran pasukan kini telah dibuka bermula *23 Mei 2026 sehingga 23 Jun 2026*.

Mana-mana pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh menghubungi atau DM pihak urusetia untuk pendaftaran.

βœ… Syarat penyertaan:
β€’ Pendaftaran hendaklah melalui *Penyelaras Belia DUN Nenggiri*
β€’ Terbuka kepada pemain berumur *25 tahun ke bawah*
β€’ Kelayakan umur berdasarkan tahun kelahiran *2001, 2002 dan ke atas*

πŸ… *Hadiah Kejohanan:*
πŸ₯‡ Johan β€” *RM2,000 + Piala Pusingan + Medal*
πŸ₯ˆ Naib Johan β€” *RM1,500 + Medal*
πŸ₯‰ Ketiga Bersama β€” *RM1,000 + Medal*

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kejohanan paling elit di DUN Nenggiri! πŸ’ͺ⚽

22/05/2026

πŸ•Œ KULIAH PAGI JUMAAT / DEWAN PASTI JEREK / NENGGIRI πŸ•Œ

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡

Majlis ilmu merupakan taman syurga yang dipenuhi keberkatan serta ketenangan jiwa. Dengan menghadiri dan mendengar kuliah agama, hati menjadi lebih lembut, ilmu pengetahuan semakin bertambah serta kehidupan lebih dipandu dengan ajaran Islam yang sebenar.

Pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini Kuliah Pagi Jumaat telah berlangsung dengan baik bertempat di Dewan PASTI Jerek. Pengisian kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Nordin Bin Jaafar dengan tajuk Adab Orang Islam, melalui penyampaian yang jelas, menyentuh hati dan memberi banyak manfaat kepada para hadirin

Majlis seperti ini bukan sahaja menjadi tempat menimba ilmu, malah mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat serta mengajak umat Islam untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amalan yang bermanfaat dalam kehidupan seharian.

🀲 Semoga majlis ilmu seperti ini terus subur dan diberkati serta melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan agama. Insya-Allah.

πŸ“… 22 Mei 2026

12/05/2026



26/04/2026
26/04/2026

Program Bina Ummah 2026 DUN Nenggiri
Di jalan PAKS 1 Hadapan Rumah k.ta


Sumbangan Beras Al-Itaam | SEDC SubongAlhamdulillah ambo bersama Penghulu Mukim Star, Saudara Nor Azman berkesempatan me...
26/04/2026

Sumbangan Beras Al-Itaam | SEDC Subong

Alhamdulillah ambo bersama Penghulu Mukim Star, Saudara Nor Azman berkesempatan menyampaikan sumbangan Beras Al-Itaam kepada penduduk Kampung SEDC Subong.

Seramai 50 penerima menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi manfaat kepada semua.



Jom Pakat Mari Ramai-Ramai!Orang ramai dijemput hadir memeriahkan PROGRAM BINA UMMAH 2026 DUN NENGGIRI yang bakal berlan...
24/04/2026

Jom Pakat Mari Ramai-Ramai!

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan PROGRAM BINA UMMAH 2026 DUN NENGGIRI yang bakal berlangsung seperti berikut:

πŸ“… Sabtu, 25 April 2026
⏰ 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“Jalan PAKS 1 hadapan rumah k.ta

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua!
Sambil beriadah, kita eratkan ukhuwah sesama masyarakat πŸ’ͺ

πŸ‘‰ Jangan lepaskan peluang, pakat datang bawa keluarga sekali!

#

Jom hidupkan pagi Jumaat kita dengan majlis ilmu Kuliah Dhuha Mingguan DUN Nenggiri kembali lagi!Jom kita luangkan masa ...
23/04/2026

Jom hidupkan pagi Jumaat kita dengan majlis ilmu

Kuliah Dhuha Mingguan DUN Nenggiri kembali lagi!
Jom kita luangkan masa seketika, tinggalkan urusan dunia dan hadir menimba ilmu yang penuh keberkatan.

πŸ“… Jumaat, 24 April 2026
⏰ 9:00 pagi
πŸŽ™ Disampaikan oleh: Ustaz Wan Ahmad Bin Wan Yusoff

Ilmu dicari, berkat diberi.
Moga setiap langkah kita ke majlis ini dipermudahkan dan dikira sebagai amal kebaikan.

Jangan datang seorang… ajak sekali keluarga dan sahabat 🀲



Jom Raya DUN Nenggiri! Warga Nenggiri dijemput ramai-ramai hadir memeriahkan:✨ Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN ...
14/04/2026

Jom Raya DUN Nenggiri!

Warga Nenggiri dijemput ramai-ramai hadir memeriahkan:

✨ Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Nenggiri ✨

πŸ“ Padang Awam Jerek
πŸ“… 18 April 2026 (Sabtu)
πŸ•› 12.00 tengahari

Datang bawa keluarga, kita makan sama-sama, jumpa kawan-kawan & meriahkan suasana raya πŸ’š

Jangan malu, jangan segan… semua dijemput hadir! πŸ™Œ

Jumpa nanti! 🎊



Address

Gua Musang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rizwadi Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share