Chester Pang彭

Chester Pang彭 We talk & share about digital content providers & players as well as public interest issues

1. Kelebihan RTM buat pitching di Sabah ialah penerbit + Pengarah + Penulis Skrip (3 org) tidak perlu terbang + hotel + ...
19/07/2025

1. Kelebihan RTM buat pitching di Sabah ialah penerbit + Pengarah + Penulis Skrip (3 org) tidak perlu terbang + hotel + Grab + makan punya kos.
2. Penganjuran bengkel peningkatan kemahiran Pengarahan SAFVA + FDAM.

KUALA LUMPUR (July 19): Radio Televisyen Malaysia (RTM) will organise a pitching session for content providers in Sabah, to be held in Kota Kinabalu. This assurance was given by RTM Director-General Datuk Suhaimi Sulaiman in response to a query by Chester Pang, President of the Sabah Film and Visual...

15/07/2025

Sedutan program "Santai Ja Bah" Tv Sabah. Untuk episod ke-4 ini saya jadi tetamu dan sudah pasti isu Borneo.TV tidak ketinggalan.
Dalam interview ini, saya cuma expose 25% peratus info berkaitan pandangan dan tindakan JATIKS dan SAFVA sementara menunggu panggilan dari YAB Ketua Menteri atau Sekretariat SMJ.
Hari ini sudah hari ke 14 surat terbuka kami kepada Ketua Menteri dan hari ke 7 surat tuntutan juga kepada Ketua Menteri.
Seperti dijanjikan, kita akan panggil mesyuarat ke-2 JATIKS dalam minggu ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya.

18/06/2025

See for yourself...

Throwback! Saya telah gagal PMR... Tidak akan dapat lanjut ke SPM 🥲
07/06/2025

Throwback! Saya telah gagal PMR... Tidak akan dapat lanjut ke SPM 🥲

Selaku pengarah, Chester Pang bersedia untuk menerima kritikan penonton pada filem sulung arahannya, Mantera yang mengangkat kisah bomoh dikenali sebagai Bobolian dalam kalangan kaum Dusun di Sabah.

04/05/2025

1. Hampir 4 bulan saya tidak update Official Page saya ini. Jadi, untuk posting kali ini saya mahu berkongsi tentang MANTERA, filem cereka arahan sulung saya!

2. Mengikut perancangan dari awal, memang saya sudah pilih tarikh 24 April 2025 kerana bersesuaian dengan gaji kakitangan awam dan minggu ke-2, 1 Mei p**a masuk gaji swasta dan masuk bulan Kaamatan bermaksud kami boleh terus menarik lebih ramai penonton di Sabah. Ini antara 3 pengiraan yang saya ambil sebagai pembuat keputusan pemilihan tarikh.

3. Seperti biasa, Skim Wajib Tayang (SWT) FINAS untuk filem tempatan mendapatkan slot dipawagam boleh mula dipohon 6 bulan sebelum tarikh tayangan. Maka dalam bulan November kami telah menghantar permohonan dan kemudian tayangan tontonan bersama jawatankuasa SWT yang telah diadakan dalam bulan Disember 2024. Kemudian 19 Febuari 2025 baru dapat surat kelulusan kerana Ketiadaan Pengerusi SWT untuk menandatangani surat kelulusan. Bermaksud kami hanya ada 2 bulan untuk menjalankan promosi dan pengiklanan. Jadi dipendekkan cerita bla bla bla... bincang dengan pengedar, bincang dengan agen pemasaran Malaya, tayangan perdana di Damansara Perdana dan sampai lah hari ini 4 Mei 2025 (Ahad), minggu ke-2 terakhir.

4. Dari 53 pawagam seluruh Malaysia di minggu pertama, tinggal 20 pawagam untuk minggu ke-2 dan hari minggu (Ahad) ini yang menjadi penentu sama ada akan ada minggu ke-3 atau tidak. Tapi untuk makluman anda, biasanya FINAS akan tutup pengiraan kutipan rasmi untuk 2 minggu pertama bagi filem yang kurang mendapat sambutan.

5. Semasa berbincang dengan panel SWT, saya telah dinasihatkan untuk tangguhkan tarikh tayangan ke satu minggu kemudian kerana elak bertembung dengan filem besar 6 Jilake yang turut akan ditayangkan pada 24 April. Tetapi saya teruskan rancangan awal kerana bagi saya, filem MANTERA ini dibuat bukan untuk bersaing dengan siapa-siapa atau mana-mana filem tetapi bersaing dengan diri sendiri. Sebagai pengkarya tempatan, saya cuba buat yang terbaik dengan bajet yang terhad dan dengan apa yang kita ada.

6. Saya tahu cerita berasaskan tradisi kebudayaan amat berisiko tetapi saya cabar diri sendir dan sanggup ambil risiko untuk mengetengahkan cerita berasaskan budaya tradisi kaum Sabah dengan menyelitkan sedikit elemen komersial.

7. Dengan penglibatan 2 orang pelakon yang tidak kurang hebatnya iaitu Syafie Naswip sebagai Insp Zaf dan penampilan khas abg Namron sebagi Sarjan Ramli telah berjaya menghidupkan filem MANTERA sebagai filem Malaysia dari Sabah. Ini terbukti apabila penonton di Kedah dan Terengganu merupakan penyumbang terbesar darisegi jumlah penonton per panggung berbanding di Sabah sendiri yang telah masuk minggu ke-2.

8. Pelakon Sabah pun pun tidak kurang hebatnya dan saya memuji komitmen HE**IN Mantera Jovenea Jim dan si Lupiah Eva Sandra kerana komitmen mereka dalam menyertai promosi bersama Syafie sepanjang minggu pertama di Sabah. Jasabaik anda akan saya kenang! Ada juga kru dan rakan rakan yang sentiasa membantu dalam kempen media sosial. Saya mahu sebut juga nama kamu tapi takut ada yang tercicir, jadi nanti saya buat 1 list penghargaan.

9. Saya akan share penulisan tentang proses penggambaran dan cabaran serta kemampuan kru produksi dalam filem Mantera dalam masa terdekat ini.

10. Dan saya mungkin tidak akan membuat cerita tentang kebudayaan dan tradisi Sabah dalam bentuk filem cereka tetapi akan buat dalam bentuk dokumentari sahaja. Seperti kata seorang sahabat producer saya, 'berkarya untuk duit, perlu duit untuk berkarya'. Saya akan lebih menumpu kepada filem-filem komersial untuk pasaran lebih luas.

Sekian.

P.s Terima kasih kepada anda yang telah menonton Mantera. Semoga anda sekeluarga sihat-siaht selalu.

Perkongsiaan pertama 2025!1. Sebagai pembuka FB page peribadi saya untuk tahun ini, selain filem arahan pertama saya   a...
18/01/2025

Perkongsiaan pertama 2025!

1. Sebagai pembuka FB page peribadi saya untuk tahun ini, selain filem arahan pertama saya akan ke layar perak suku tahun ke-2 2025, awal bulan ni juga kami baru sahaja siap penggambaran sebuah telefilem dimana saya hanya sebagai producer.

2. Tapi semua tu bukan topik yang saya nak share disini tapi lebih berkenaan dengan pelakon pelapis muda untuk industri kreatif Sabah.

3. Baru-baru ni, pengarah Cinta U, Sdr Ramli Carlo ada menyuarakan tentang defisit pelakon utama wanita muda di Sabah. Luahan beliau turut dikongsi oleh salah seorang lagi pengarah senior Sabah, Marlin Brando dengan jawapan berseloroh "Tidak dpt pla kita kasi muda balik pelakon senior perempuan yg bagus2 ni Li".

4. "susah cari he**in muda, ada yg mau tapi tidak memenuhi p**a syarat asas dikenakan oleh pihak penyiar spt dikenali n seumpamanya" tambah Marlin.

5. Sebenarnya Sabah ada ramai pelakon yang berbakat tetapi kriteria penerimaan pelakon yang ditetapkan terutamanya oleh stesen TV adalah bersyarat. Saya rasa ramai sudah tahu apa syarat-syaratnya kerana pernah suatu ketika dahulu hangat diperbincangkan di dalam media sosial. Tetapi kalau anda belum tahu, nanti lain kali kita kongsikan.

6. Balik kepada apa yang saya ingin kongsikan. Untuk mengisi defisit ni sebenarnya 2 organisasi di Sabah berikut banyak membantu.
i.
ii.

7. Saya sendiri sudah pernah bekerjasama dengan beberapa pelakon graduan dari UMS, malah dengan kru belakang tabir yang berkemahiran tinggi. Yang ke-dua ialah atau .

8. Saya nak cerita lebih berkenaan UNK ni. Berbeza dengan ASTIF, UNK ni merupakan pertandingan ratu cantik. Para peserta dari awal perlu ada kekuatan mental untuk menyertai pertandingan diperingkat daerah sebelum terpilih ke peringkat nasional di KDCA, Penampang. Mereka perlu bersemuka dikhalayak ramai dengan keyakinan diri, memperagakan keanggunan diri dengan pakaian tradisional, menjawab soalan spontan dan macam-macam lagi. Dengan glamorous sebagai peserta mereka dengan mudah boleh mendapat ramai pengikut di media sosial.

9. Sepanjang proses hampir sebulan bagi 51 perserta yang terpilih, mereka terus dilatih dan diajar bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Dari sana para peserta UNK akan mengalami pelbagai cabaran dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menjadi yang terbaik.

10. Pendek kata, UNK merupakan salah satu platform yang dapat melahirkan lebih ramai pelakon pelapis untuk industri kreatif di Sabah dan yang penting dapat memenuhi syarat & kriteria stesen TV kerana mempunyai paras rupa, ramai follower dan yang penting sekali boleh berlakon.

11. Berikut (poster) antara gabungan UNK senior dan junior dalam filem .

12. Ketika saya sedang menaip perkongsian ini pun, sebuah produksi dari Malaya sedang membuat penggambaran telefilem RTM "Mistik Klinik" disini.

Sampai berjumpa lagi di lain lembaran.





Like and follow for more update!


1. Sejak penubuhan FINAS awal 1980an, rakan-rakan industri di Semenanjung Malaysia selama lebih 30 tahun sudah menikmati...
27/09/2024

1. Sejak penubuhan FINAS awal 1980an, rakan-rakan industri di Semenanjung Malaysia selama lebih 30 tahun sudah menikmati bantuan dan sokongan dana berjumlah ratusan juta.

2. Kita di Sabah cuma bermula 2019. YB Gobing Singh menteri KKMM masa tu (2018) datang berjumpa dengan penggiat industri Sabah). Itu pun 2020-2021 ada gangguan Covid.

3. Kami di Sabah dan Sarawak tidak perlu 30 tahun, hanya perlu 5 tahun saja lagi untuk membangun setaraf dengan rakan-rakan penggiat filem di seluruh Malaysia.

4. Cadangan untuk khidmat Pengerusi dan CEO FINAS dilanjutkan sekurang-kurangnya 4 tahun daripada 2 tahun untuk memastikan pelan perancangan dapat dilaksanakan juga harus disokong.

Fahmi Fadzil

KOTA KINABALU: Sabah filmmakers welcome the National Film Development Corporation Malaysia (Finas)'s plan to establish a Borneo Media Excellence Center in Kota Kinabalu.
President of the Kota Kinabalu Film and Video Association (KKFVA), Chester Pang, said they have long awaited such infrastructure to be built in Sabah and hope that the plan will become a reality.
"Currently, Finas is in the process of collecting the necessary data for a feasibility study so that a proposal for the establishment of this center can be submitted for inclusion in the 13th Malaysia Plan (13MP).
"As a filmmaker myself, I hope more initiatives and facilities will be provided under the 13MP to boost the film industry in Sabah and Sarawak.
"The film industry in both states is still in its developmental stage. Therefore, a center like this is crucial for filmmakers in these regions to improve their productions.
"If it becomes a reality, I am sure it will also facilitate Finas' initiatives to enhance cooperation between Sabah and Sarawak film productions and those within the East ASEAN Growth Area - Brunei Darussalam-Malaysia-Philippines (BIMP-EAGA)," he said on Thursday.
Earlier, the media reported that Finas plans to establish a Borneo Media Excellence Center here, which will provide post-production facilities to help Sabah filmmakers develop their works.
Meanwhile, Chester hopes the Ministry of Communications will continue the Borneo Pitch Fund for filmmakers in Sabah and Sarawak.
He added that the RM11 million allocation under the Creative Content Fund (DKK) for the Film Sector, recently announced by Communications Minister Fahmi Fadzil, is insufficient for the whole country.
"We are grateful for the Ministry's concern in introducing the DKK. However, what filmmakers in Sabah and Sarawak are most looking forward to is an increase in the Borneo Pitch Fund.
"But we were disappointed when the minister did not announce it during the recent meeting with filmmakers in Kota Kinabalu, only stating that quotas for Sabah and Sarawak would be introduced."
According to him, the Borneo Pitch Fund has significantly helped filmmakers in Sabah and Sarawak, not only in producing higher-quality productions but also in terms of networking.
"We welcome Finas' initiative to focus on stories and collaborations with countries under BIMP-EAGA.
"However, without the Borneo Pitch Fund, how can we develop our works to support this initiative?
"For now, KKFVA has taken its own initiative to participate in the TiFFCOM Film Market in Tokyo, Japan, from October 30 to November 1, as part of our efforts to promote and introduce Sabah films to the international stage. The Kota Kinabalu International Film Festival (KKIFF) also just started a similar initiative," he added.
He said that without the special fund, filmmakers in both regions now have to compete with their counterparts in Peninsular Malaysia to secure the DKK.
Therefore, he hopes the criteria and conditions for applying for the DKK will be relaxed for industry players in the two Borneo states.
"The criteria and conditions set are too difficult to meet for film productions in Sabah and Sarawak, especially compared to productions from the peninsula, which have benefited from Finas for the past 30 years.
"In contrast, the film industry in Sabah and Sarawak only began receiving attention in 2018, and the two-year Covid-19 pandemic has hampered the development of the industry in both states," he said.

Credit:

Skrip!1. Adakah visual dan lakonon yang dipamerkan dalam filem memenuhi imaginasi si pembaca dengan apa yang diceritakan...
12/07/2024

Skrip!

1. Adakah visual dan lakonon yang dipamerkan dalam filem memenuhi imaginasi si pembaca dengan apa yang diceritakan dalam skrip?

2. Selalu saya kongsi dengan kawan-kawan, kalau setakat cerita baik bila dibaca tidak bermaksud dalam filem ianya akan menjadi. Selain faktor lakonan, prop & wardrobe amat penting untuk melengkapi keseluruhan penceritaan.

3. Biasanya untuk merealisasikan skrip kepada filem bermula diperingkat PRODUKSI tapi sebelum itu, PreProd paling awal perlu dilakukan ialah SKRIP.

4. Dari skrip barulah kita tahu berapa bajet, siapa tenaga produksi, siapa pelakon dan lain-lain persiapan seperti cadangan pakaian, prop, lokasi dan sebagainya.

5. Secara ringkas dari pengalaman saya sebagai Pengarah filem cereka kali pertama dalam Filem MANTERA, saya mengambil masa lebih dari 9 bulan untuk menambahbaik skrip sebelum memulakan penggambaran.

6. Selain meminta pandangan rakan-rakan dalam dan luar bidang, saya turut mendapatkan komen dan pandangan skrip dari tokoh akademik. Hasilnya ialah skrip versi 31 Ogos 2023 telah mengalami perubahan drastik dari segi struktor plot, pembangunan karakter dan "show don't tell" menjadikan 118 mukasurat kepada 98 mukasurat.

7. Akhir sekali melalui penghayatan skrip oleh semua pelakon dan komen lojik dan keperluan dialog dalam sesi bengkel dan skrip reading, skrip versi Final 1.4 MANTERA bagi saya telah mencapai 99% mantap dan digunakan untuk peringkat PRODUKSI.

8. Cerita kita sudah ada, Produksi sudah siap dan kini diperingkat Pasca Produksi - editing. Semoga visual dan standard pelakon memenuhi apa yang diharapkan dan yang paling penting ialah memenuhi citarasa majoriti penonton.

9. Mari kita sama-sama doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan diberi keberkatan.

P.s Jangan lokek kasih orang baca skrip.

Sekian. Orang baru dalam industri.

Credit: Skrip asal Kimberlie Chaw



1. Tahniah tompinai Marc Abas kerana share kadar bayaran (rujukan) untuk para pelakon.2. Memang betul lain produksi lain...
05/06/2024

1. Tahniah tompinai Marc Abas kerana share kadar bayaran (rujukan) untuk para pelakon.

2. Memang betul lain produksi lain kadar (rate). Ada lagi kadar untuk Telemovie, Drama, Majalah dan yang paing tinggi untuk filem dan komersial.

3. Biasanya, para pelakon akan tanya berapa babak (scene) dan berapa hari, dimana (transport) dan makan minum + penginapan (jika jauh) tetapi kalau boleh minta dahulu skrip supaya kamu boleh kira sendiri scene dan watak yang anda ditawarkan.

4. Akhir sekali, jika anda sudah setuju dengan kadar dan bayaran, kerja lah dengan apa yang anda sudah sign (contract). Jangan p**a lepas shoot pandai cakap belakang kononnya tidak puas hati dengan bayaran lah, bayaran sepatutnya kira per scene bla bla bla...

Sekian, perkongsian kawan-kawan.

Ramai bakal2 pelakon bertanyakan saya bayaran sebagai pelakon di Sabah.
Begini , saya tidak tahu kadar bayaran tetap, tetapi saya bagitahu berapa kalau saya bayar jika projek saya , yang ada dana .

Pelakon Extra : 50rm , bersama saya untuk hari itu, samada satu atau tiga scene, selama 8 jam.

Pelakon Tambahan : Berdailog , 100rm . Sehari bersama saya, sekitar 8 jam, 1- 5 scene.

Pembantu pelakon : Package 1000rm - 3500rm.

Pelakon Utama : Package 7,000rm-10,000rm +
Bergantung pada Nama, Pengalaman, Pop**ariti.
"Ini kadar bayaran yang saya bagi, 2 tahun lalu.
Sekarang lain cerita."

Makan / minum ditanggung , jika jauh , tempat tinggal dan pengangkutan disediakan .

Jika tiada Dana, itu lain cerita, itu perbincangan antara kita berdua.
Moga jawapan ini boleh melindungi anda sebagai bakal2 pelakon kelak.

1. Perlukah kru produksi dari Semenanjung Malaysia (Malaya) atau Sarawak memperolehi permit Jabatan Ketua Menteri (HEDN&...
03/06/2024

1. Perlukah kru produksi dari Semenanjung Malaysia (Malaya) atau Sarawak memperolehi permit Jabatan Ketua Menteri (HEDN&P) untuk membuat penggambaran (produksi) di Sabah?

2. YA, Ya dan ya!

3. Sama juga kepada kru yang hendak membuat penggambaran di Sarawak. Sabah dan Malaya perlu memohon melalui Jabatan Premier Sarawak untuk kebenaran penggambaran (produksi).

4. Semua itu termaktub dalam bidang kuasa dan undang-undang dalam negeri Sabah dan Sarawak. Kalau kamu hendak curi-curi masuk tanpa memohon pas/ permit maka anda perlu tanggung implikasi perundangan apabila ditangkap atau ditahan oleh pihak berkuasa.

5. Antaranya anda boleh di tahan dibawah akta imigresen Sabah, peralatan anda dirampas oleh DBKK atau pegawai penguatkuasa majlis perbandaran atau daerah tempatan.

6. Laporan boleh dibuat dengan JKM-HEDN&P, Imigresen Sabah dan Kerajaan Tempatan seperti DBKK, Majlis Perbandaran dan Pejabat Daerah. Boleh google saja melalui telefon pintar anda.

7. Saya juga ingin mencadangkan kepada iaitu bila ada produksi ingin memohon SPP untuk penggambaran di Sabah dan Sarawak perlu ada *Notis makluman - produksi perlu memohon Pas / Permit dari Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM) atau Jabatan Premier Sarawak (JPS) agar mereka tidak salah faham dengan fungsi Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) Finas.

8. Sebagai info tambahan kepada syarikat produksi Sabah dan Sarawak, jika anda ingin membawa masuk artis atau kru dari luar negara (luar dari Msia) perlu melalui PUSPAL terlebih dahulu sebelum ke JKM / JPS.

9. Bagaimana p**a dengan KOL atau Influncer( dari luar Sabah)? Biasanya mereka tidak apply sebab mereka datang pun 2-3 org sahaja untuk membuat konten media sosial sambil melancong. Jadi, ada kelonggaran sedikit.

10. Sebagai penutup, janganlah main langgar saja kalau hendak masuk ke Sabah atau Sarawak sebab di Sabah dan Sarawak ada kru juga yang kamu boleh ambil berkhidmat. Mungkin anda ada sebab tersendiri mahu bawa orang dari luar tetapi kamu perlu hormati undang-undang (Pas/ Permit) kerana tujuannya dibuat adalah untuk melindungi kepentingan (kru/ artis) tempatan.

Chester Pang
Presiden
Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu



bahagian Pas, Visa & Permit



👇🏼Shooting untuk Malaysia Tourism pun perlu apply Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK).

24/05/2024

Shoot filem cereka tapi budget SuperTeli konon!

1. Saya agak terkejut dan terkilan apabila seorang producer (orang baru) mengaku budget SuperTeli hanya kerana ingin sewa equipment saya dengan harga murah padahal produksi dorang mendapat Dana (DKD) Finas untuk Filem Cereka (Feature Film).

2. Dalam fikiran saya sama ada dia cuba mahu buyuk untuk mendapatkan harga murah atau boss dia tidak beri maklumat atau info penuh (tipu) kepada dia sehingga kelihatan macam kurang bijak.

3. Untuk makluman, Finas hanya meminta kredit "disokong dengan DKD Finas" bagi syarikat yang menerima tawaran pada penghujung filem bermaksud dana yang diberi hanya untuk menyokong jumlah kos penggambaran. Bukan biaya sepenuhnya, dan bermaksud lagi, produksi perlu cari baki kekurangan.

4. Sebagai contoh budget sebuah projek filem ialah RM1.2 juta. Produksi hanya ada RM400k dan memohon dana RM800k tetapi Finas hanya tawarkan RM500k maka kurang RM300k. Jadi macam mana?

5. Macam ni;
a. Cari tu RM300k dari funder lain atau sponsor.
b. Kecilkan produksi ke RM900k
Bermaksud produksi dengan modal sendiri RM400k dan DKD Finas RM500 = RM900k.

6. Macam mana pun tidak mungkin dengan budget SuperTeli iaitu antara RM180k-RM250k kalau projek dibawah stesen tv tempatan. Ini kita faham sebab untung hanya sekali kerana ip milik stesen tv.

7. Sebagai seorang producer, saya faham yang produksi mahu untung/ jimat tetapi bukan dengan cara mahu kaut dari DKD kerana kru kerja macam kena buyuk dan paling teruk ialah kualiti produksi akan terkesan. Sudahlah budget tak cukup, mahu songlap lagi dana bantuan.

8. Akhirnya industri kreatif dan kualiti karya (filem cereka) kita di Sabah tidak akan meningkat dan pada masa yang dipandang rendah kerana berkarya dengan cara tidak ikhlas dan berbohong.

9. Bagi saya p**a selepas mengarah filem cereka pertama dengan sokongan DKD, saya terima teguran iaitu kalau tiada duit jangan buat filem. Maksudnya, pastikan sudah cukup bajet baru roll... setakat jangkaan dan pengiraan itu masih tidak memadai - Saya lalui tekanan emosi & stress tahap Gaban juga.

*Sentiasa dalam ingatan saya: Orang ada keluarga mahu dikasih makan dan bil untuk dibayar.

**Teguran dan cakap belakang tu saya terima dengan hati terbuka untuk majukan diri.

***majulah filem untuk negara.

04/04/2024

Tahun ini berapa job untuk Sabah?

1. Setakat 4 April 2024, Finas telah luluskan DKD bernilai RM800,000 kepada 4 syarikat. Iaitu sebuah filem cereka & 3 dokumentari.

2. Akan datang, pengumuman berkenaan Dana Finas-RTM iaitu Dana dari Finas Supertele untuk siaran RTM. Buat masa ni hanya 1 syarikat yang saya tahu telah mendapat email dengan DANA RM100,000 (Supertele tapi RM100k saja). Kita tunggu pengumuman dari Finas dalam masa terdekat ini.

3. Bermaksud untuk Sabah bagi suku pertama 2024 (fasa II 2023 punya budget) setakat hari ini confirm hanya dapat lebih kurang RM900,000 untuk 5 syarikat.

4. Diharapkan keputusan pitching RTM akan datang akan beri lebih banyak peluang kepada produksi Sabah (Saya tiada hantar proposal tahun ini). Kalau hanya bergantung dengan 3 doku & 1 telemovie itu, susah penggiat filem kita cari makan.

5. Walau apa pun, baki 2 projek lepas iaitu North Borneo Crisis dan 8 Ringgit Millionaire dengan jumlah Dana RM1 juta iaitu RM500,000 masing-masing ditambah lagi sponsor dan funder sudah pasti akan dapat membantu penggiat untuk 3 bulan mendatang ini.

6. Sekurang-kurangnya 💰 30% akan ke kru dan 10% ke cast. Pandai-pandailah kamu pi hantar resume & hadir casting.

7. Industri kreatif perfileman kita di Sabah ni masih kecil. Hanya dengan support-mengsupport saja kita boleh bertahan. Saya percaya Finas juga akan mencari kaedah terbaik untuk membantu kita di Sabah.

*Bah, mari kita patak-patak modal buat filem.

**Selepas raya ni saya sudah free. Siapa mau ambil saya jadi AD atau PM atau ART atau Best boy, PM saja... harga kawan-kawan 😅

Address

Inanam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 18:30
Saturday 10:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chester Pang彭 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Chester Pang彭:

Share