19/11/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
IPOH - Amanat Panglima 2 Briged ke-38, Brig Jen Mohd Rosli bin Abu Bakar sempena Hari Ulang Tahun 2 Briged ke-70 telah diadakan di Dewan Komatra, Kem Remilies pada 18 Nov 25.
Terdahulu, Amanat Panglima 2 Bgd ke-38 ini dibangunkan bagi mendukung panduan strategik pucuk pimpinan TD dengan menzahirkan panduan 5 teras yang digariskan oleh PTD ke-30 iaitu S.I.A.G.A. Selain itu, ianya bagi merealisasikan Perintah Ulung PMB TD ke-25 dengan mengadaptasi daripada 4 teras utama Panglima 4 Div ke-27.
Di dalam amanat, Panglima 2 Briged menekankan 3 Penumpuan Utama. Pengisian di dalam Penumpuan Utama ialah:
Penumpuan Pertama adalah ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐. Menggalas peranan selaras dengan pangkat dan menzahirkan tanggungjawab seiring dengan jawatan.
Penumpuan Kedua adalah ๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐. Keupayaan sumber manusia yang berteraskan kecergasan fizikal dan mental, kapasiti intelektual, penampilan diri dan keutuhan moral.
Penumpuan Ketiga adalah ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐. Mengukuhkan profesionalisme melalui nilai disiplin dan etika yang tinggi serta kesetiaan kepada organisasi.
Bagi 3 Penumpuan Utama yang dinyatakan, 7 Teras yang akan menyokong 3 Penumpuan Utama daripada akronim terbaik (T.E.R.B.A.I.K.) iaitu:
Teras Pertama adalah ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐. Ketangkasan dan kesiagaan organisasi menuntut kelangsungan misi dengan tahap kesiapsiagaan inventori dan logistik tertinggi, pengukuhan keutuhan dan keupayaan warga serta pengukuhan kerjasama strategik bersama agensi awam demi menjamin keberkesanan Misi dan Visi 2 Briged.
Teras Kedua adalah ๐๐
๐๐๐๐๐. Prinsip ๐ฆ๐ง๐ง๐ช๐ค๐ช๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ ๐ต๐ฉ๐ณ๐ฐ๐ถ๐จ๐ฉ ๐ฆ๐ค๐ฐ๐ฏ๐ฐ๐ฎ๐บ ๐ฐ๐ง ๐ฆ๐ง๐ง๐ฐ๐ณ๐ต secara menyeluruh merangkumi masa, tenaga kewangan dan pengurusan logistik serta budaya senggaraan inventori perkhidmatan akan menzahirkan pengurusan sumber yang efektif sekaligus menghasilkan output yang optimum dalam penugasan rutin perkhidmatan bagi formasi 2 Briged.
Teras Ketiga adalah ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐. Asas etos kepahlawaan adalah tunjang kepada kekuatan warga 2 Briged yang dipacu melalui Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR), prinsip jati diri, semangat juang serta nilai taat setia yang tidak berbelah bahagi.
Teras Keempat adalah ๐๐๐๐๐๐๐. Warga 2 Briged perlu bersatu teguh bersama dalam menggalas amanah dengan penuh iltizam serta berganding bahu dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam apa jua tugasan dan persekitaran demi kecemerlangan bersama. Dengan perpaduan yang utuh, formasi ini mampu menghadapi segala rintangan dan mengubah setiap cabaran menjadi peluang.
Teras Kelima adalah ๐๐๐๐๐๐๐๐. Mengadaptasi ancaman yang dinamik serta keadaan persekitaran yang ๐๐ฐ๐ญ๐ข๐ต๐ช๐ญ๐ช๐ต๐บ, ๐๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ช๐ฏ๐ต๐บ, ๐๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ญ๐ฆ๐น๐ช๐ต๐บ, ๐๐ฎ๐ฃ๐ช๐จ๐ถ๐ช๐ต๐บ (VUCA) demi membentuk formasi ini sebagai sebuah ketumbukan yang moden, kredibel dan releven.
Teras Keenam adalah ๐๐๐๐๐๐๐๐๐. ๐ก๐ฆ๐ณ๐ฐ ๐ฅ๐ฆ๐ง๐ฆ๐ค๐ต dalam pengurusan organisasi dapat dihasilkan dengan memastikan keteraturan dasar, arahan, peraturan dan panduan sentiasa dikemaskini dan dipatuhi berteraskan Integriti yang teguh.
Teras Ketujuh adalah ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐. Memastikan kesejahteraan warga dan keluarga melalui pengukuhan kebajikan, peningkatan kerohanian dan kemudahan yang holistik serta pengukuhan peranan BAKAT.
Dihujung amanat, Panglima 2 Bgd mengajak warga 2 Bgd untuk terus berganding bahu dan memperkuatkan lagi kerjasama serta semangat setiakawan dalam setiap tindakan dan usaha yang dilakukan. Beliau berkehendakkan amanat ini menjadi satu panduan untuk terus berusaha dan bekerja dengan lebih gigih lagi demi kejayaan bersama formasi 2 Bgd.
- Briged Kedua Infantri Malaysia -