Cerita Sejuta Misteri

Cerita Sejuta Misteri Kami akan membuat anda 'mengotorkan' seluar anda. Hanya keseraman bersama dengan kami ����

07/08/2023

PERJUMPAAN DENGAN CIKGU

Mata Presley melilau melihat taman dengan gelisah sehingga dia melihat kelibat sosok yang dia kenal cikgu Miss Grace, guru bahasa Inggeris di sekolah lama lama.

Dia juga mempunyai kawan di facebook dimana kebanyakkan kawan-kawan facebooknya terdiri dari bekas murid-muridnya di masa lalu dan dia seperti berminat dengan kehidupan anak-anak muridnya, setelah mereka meningkat dewasa, maklumlah dia menghabiskan separuh dari hidupnya untuk berdampingan dengan mereka di waktu sekolah.

Dian sangat gembira untuk bertemu semula dengan bekas cikgunya itu, dan sekarang mereka bertemu sambil menunggu kopi yang mereka pesan.

Ketika dia duduk di bangku sebelah , dia perasan bahawa cikgunya kelihatan lebih muda semasa seperti yang diharapkan. Dia sememangnya pasti sudah muda ketika dia masih lagi mengajar dulu.

Tiba-tiba, dia membuka cerita untuk menarik perhatiannya, dan memberitahu kejayaannya dalam perniagaannya, mempunyai para pekerja yang baik, dan prestasi kerja yang baik.

Namun dia melihat baagaimana cara cikgunya itu melihat dia, dan pandangan seperti itu mengingatkan dia disebabkan cara pandangan matanya itu cikgunya itu digelar 'pandangan mata kematian' , dimana ketika dia masih mengajar.

Dia ingat bahawa cikgunya itu sangat tegas dan tidak mempunyai sebarang toleransi terhadap apa sahaja kesalahan yang dibuat, disebabkan itu wajahnya memancarkan rasa bersalah. Dia menutupi rasa malunya dengan menghirup panjang kopinya.
"Oh Presley," katanya, namun masih tidak melepaskan pandangan kematiannya itu

"Ia amat mengecewakan bahawa apa yang telah saya ajarkan dulu yang kau tidak perna selepas mengambil sebarang tanggungjawab terhadap apa yang anda pekerjakan.

Saya telah menyimpan anda dalam senarai saya, jika saya tahu. Saya masih berminat untuk melihat jika anda boleh ... .. bertambah baik daripada diri anda yang sekarang ini.

Saya tahu tentang kecurian yang anda lakukan, minum arak, mengambil dadah. Saya tahu tentang wanita muda yang kehilangan bayinya ketika bersama dengan anda apabila anda memukulnya ketika anda dalam marah dalam keadaan mabuk dan juga ketika anda ditangkap.

Dan saya tahu bahawa
anda berjaya menyelamatkan diri daripada dakwaan serius, terima kasih kepada peguam yang ayah anda miliki.

Bukankah saya pernah memberitahu anda, setiap tingkah laku itu mempunyai akibatnya.

Saya memberi amaran kepada anda bahawa jika anda tidak membuat pilihan yang tepat untuk hidup anda, anda akan menyesal, tetapi anda tidak pernah mendengar.

Jenis seperti anda tidak akan pernah berubah. Bersikap sombong dan, terus terang saya katakan anda seorang manusia sial. "

Presley menatapnya, terkejut dan seram mendengar setiap kata yang keluar dari mulutnya .

Dia tidak percaya bahawa guru lamanya itu akan bercakap dengannya seperti ini.

Dan dia memanggilnya sebagai sial? Dan dia fikir dia akan minta maaf terhadap cikgunya itu? Dia membuka mulutnya untuk mengugutnya, tetapi belum sempat dia katakan, cikgunya itu memotong percakapannya.

"Ya, Presley, bila saya katakan anda akan menyesal, saya akan kotakan apa yang saya katakn .

Anda akan mendapati anda tidak boleh bergerak, saya meletakkan krim susu ke dalam kopi anda, tapi Saya pasti anda terlalu bodoh untuk mengetahui bahawa itu sebenarnya adalah neurotoxin yang bertindak pantas dalam tubuh.

Anda akan mati tidak lama lagi, dan dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik tanpa sampah sialan seperti anda.

Semasa dia berjalan berjalan meninggakan meja kopi dan Presley yang kaku tidak bergerak itu,Penny Grace tersenyum.

Senarai nama lain untuk bermain dalam mindanya, senarai bekas pelajarnya yang akan menerima nasib yang sama andai mereka tidak pernah belajar dari kesilapan mereka dan menebus diri mereka.

Dia selalu memberitahu mereka jika mereka tidak membentuk diri mereka dengan lebih baik, mereka akan menyesal. Dan dia tidak pernah berkata bila dan dimana 'pengajaran' itu akan terjadi

Cerita Sejuta Misteri 👻

06/08/2023

MELIHAT KEHIDUPAN BERLALU

Patrick yang berusia sepuluh tahun mendapati dirinya terperangkap di tengah-tengah hujah dan lisan setiap hari antara ibu bapanya, Adam dan Rebecca.

Adam percaya bahawa Rebecca adalah orang yang ditakdirkan untuk hidup bersamanya sepanjang hayat dan percaya dunianya tidak akan sempurna tanpa dia.

Walau bagaimanapun, Rebecca mengambil keputusan yang menghancurkan hatinya apabila dia memfailkan perceraian, meninggalkannya.

Patrick melihat ibunya Rebecca keluar dari rumah mereka dengan beg pada malam itu .

Beberapa hari kemudian, Adam menjelaskan kepada Patrick bahawa ibunya Rebecca telah berpindah dan tidak mahu melihat mereka berdua lagi.

Adam mengambil tanggungjawab menyara keluarga.
Dia mula melakukan segala macam rutin bagi mereka untuk menyesuaikan diri dengan bab baru dalam kehidupan mereka.

Mereka mula makan makanan yang sama bersama-sama.
Berhati-hati membungkusnya ke dalam bekas plastik hitam dengan penutup dan plastik yang yang lutsinar.
Adam merupakan seorang jurutera yang berbakat, dan dia memulakan syarikat kecil pembinaan.
Dia menyedari bahawa dia memerlukan bantuan tambahan di sekitar rumah tersebut.
Jadi disebabkan itu Patrick harus menjadi anak matang, menjadi ketua kedua didalam rumah tersebut.
Namun yang peliknya, polis sering melawat, bertanya sama ada Adam atau Patrick mempunyai sebarang maklumat mengenai tempat dimana Rebecca berada,
dan juga masuk ke dalam rumah beberapa kali untuk mencari sesuatu.

Satu dekad telah berlalu, dan kakak Rebecca, Samantha, yang telah menjadi peneman dalam kehidupan mereka, telah menjalin hubungan romantis dengan Adam.

Dia telah membantu membesarkan dan menjaga Patrick dan memberi sokongan moral yang berterusan sejak Rebecca pergi.

Suatu pagi, orang dari pejabat Adam menghubungi dan bertanyakan tentang gambar pelan tindakan untuk pelanggan yang terletak di pejabat rumahnya di ruang bawah tanah.

Patrick mula turun ke pejabat bawah tanah itu dan mendengar bunyi seperti orang menaip.
Kerana Ingin tahu, Patrick mula mendengar dengar teliti.
Dia mula mengetuk dinding dan rak. Dan terdengar seperti di belakang rak buku.
Dia mula menarik buku dari rak dan merapikankannya di tepi.
Akhirnya, dia cuba memindahkan buku yang terpaku dengan ketat pada rak.
Dia memusingkan buku itu perlahan-lahan dan akhirya dapat membukanya,
Namun tiba-tiba Patrick diterkam oleh makhluk pucat dengan rambut yang panjang mengerbang sampai ke ke kaki dengan pakaian yang koyak rabak dan memegang pisau plastik.
Makhluk itu cuba menikam Patrick di mata dan tekak.
Patrick menggulingkan badannya dengan cara berundur dan meraih apa saja benda keras yang ada diatas meja ayahnya.

Patrick akhirnya dapat meraih besi pembuka surat dan mula menikam makhluk itu dan makhluk itu jatuh terkulai.
Darah memercik disana disini dan mengalir di sepanjang lantai.
Patrick berdiri dan menjatuhkan besi pembuka surat itu.

Dia melangkah makhluk itu dan membuka pintu yang ada didepan dan menemui bilik yang dipenuhi dengan bekas makanan, katil kecil, tandas, dan televisyen di sebalik lembaran dinding kaca yang jelas yang merupakan sebuah kamera video secara langsung memaparkan keadaan di seluruh rumah mereka secara tersembunyi.

Dan sehelai nota disebalik dinding kaca tersebut tertulis tulisan, "jika kau tidak mahu hidup bersama dengan kami, kau hanya boleh menonton kehidupan kami."

Patrick berlari keluar dari bilik untuk melihat makhluk yang menyerangnya itu. Emmy perlahan-lahan mula mengenali sosok wajah tersebut dan mula menangis sambil berkata.
"Ibu"

Cerita Sejuta Misteri 👻

06/08/2023

APABILA SAYA BERUMUR LAPAN TAHUN, IBUBAPA SAYA DIKORBANKAN.

"Mengapa ibu yang dipilih?
Saya tidak faham,
" air mata mengaburi penglihatan saya.
"Ia adalah satu kehormatan yang akan bila pilih.
Satu keistimewaan, "kata Ibu, dan dia meletakkan tangan di bahu saya.
"ibu kamu betul, nak. Ayah tahu kamu tidak faham sekarang, tetapi beberapa hari mendatang kamu pasti akan memahaminya. " Saya boleh merasakan kesedihan yang mendalam disebalik senyuman lembut ayah. Ia hanya membuat saya menangis dengan lebih keras. "Saya tidak peduli!
Saya tidak akan membiarkan kamu berdua meninggalkan saya! "
Saya menjerit, melepaskan tangan saya di pinggang mereka. Mereka melirik antara satu sama lain dan mengangguk sebelum melepaskan tangan saya.
"Saya minta maaf, sayang. Kita perlu pergi sekarang.
Lelaki-lelaki yang baik ini akan menjaga kamu.Tolong jangan susahkan mereka, "kata Ibu,
dia berdiri di belakang saya menghadap dua tokoh yang berpakaian hitam yang sangat gelap.
Salah seorang lelaki memegang saya dengan erat kerana ibu bapa saya mula berpaling untuk pergi. "Tidak! Tidak, kamu tidak boleh! "
Saya meronta dan mencuba, untuk melepaskankan diri saya tetapi apalah daya seorang budak yang baru berusia lapan tahun ini.
Ibu bapa saya melangkah ke belakang van menunggu. Dan ayah memandang saya,sambil satu kaki di dalam kenderaan van.
Saya akan sentiasa ingat apa yang dikatakannya kepada saya pada masa itu.
"Selamat tinggal, Alstone.
Tidak kira apa sesiapa sahaja selepas ini , ingatlah bahawa ayah dan ibu akan sentiasa menyayangi kamu. "
Saya jatuh tidak berdaya melihat van itu berlalu pergi.
Tidak ada gunanya melawan lagi.
Saya masih ingat bahawa rasa perasaan putus asa yang memasuki setiap liang rongga salur darah pada masa itu.
Saya kehilangan ibu bapa saya pada hari itu, tetapi bukan itu saja, separuh hidup saya pada itu mati bersama dengan mereka ketika mereka pergi.
Saya berdoa setiap hari untuk satu
perkara yang sia-sia.
Seperti yang saya dijangkakan, semua doa saya tidak dijawab.
Akhirnya.
Saya gembira apabila saya menerima satu surat.
Tiga puluh tahun dari hari terakhir dari saya mendengar suara ibu bapa saya.
Ditulis dalam huruf besar berwarna hitam tebal, kata-kata di sampul surat itu saya baca:
Tahniah! Anda telah dipilih!
Saya berada di belakang van sekarang. Dan saya gembira.
Saya bergembira dalam keseronokan. Kamu lihat, saya telah menunggu hari ini sepanjang hayat saya.
Saya akan menatap mata SYAITAN itu, sebelum ia menelan saya dengan rakus.
Saya akan berkabung dalam kebahagian dalam membalas dendam 30 tahun yang lalu ketika ibubapa saya dikorbankan kepada SYAITAN ini, kerana saya akan membakar diri saya dengan petrol dan mancis yang saya bawa terus kedalam mulut SYAITAN itu .
Dan saya akan ketawa kepuasan melihat api meletus dan membakar bersama bau hangit daging badan yang terbakar, membakar segala-galanya tanpa sisa...

Cerita Sejuta Misteri

06/08/2023

SAYA TIDAK TAHU BAGAIMANA ISTERI SAYA HAMIL

Apabila ahli urologist saya memberitahu saya bahawa saya tidak subur, saya tidak tahu bagaimana saya akan memberitahu kepada isteri saya.
Kami cuba berusaha tanpa nasib tuah yang menyebelahi kami untuk beberapa waktu. Kami berdua tersangat-sangat mahukan anak.
Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga jadi saya selalu mahukan hidup saya dikelilingi anak yang ramai.

Saya tidak pernah pergi ke gereja, tetapi pada masa itu saya sebenarnya berdoa memohon kepada tuhan bahawa kata-kata doktor tersebut salah.
Di rumah, saya berdiri di pintu depan saya dan mengambil beberapa nafas sebelum masuk kedalam.
Saya membuka pintu dan terdapat belon di mana-mana. Adakah saya terlupa ulang tahun kami?atau hari lahir saya?
Di dapur isteri saya tersenyum dengan lebar sekali. Dia berdiri di bawah sepanduk yang tertulis,
"saya hamil."
"adakah anda percaya?"
"Saya ... awak pasti?
" "Ya. Saya telah mengambil lima ujian.
Saya pasti. "
"saya mengandung?"
"Kami akhirnya berjaya melakukannya!"
Dia memeluk saya dengan ketat dan meletakkan tangan saya di perutnya. Hanya ada satu jawapan.
Sekiranya dia benar-benar hamil, maka dia berlaku curang dengan saya.
Saya boleh menuduhnya sekarang dan memberitahu dia apa yang telah doktor katakan sebelum ini.
Tetapi itu tidak mencukupi untuk saya.
Saya harus mencari siapa manusia durjana yang melakukan ini.
Mungkin saya juga harus membunuhnya.

Bulan demi bulan berlalu .
Temujanjanji doktor dan Ujian Ultrasounds. Saya memerhatikan gerak-geri isteri saya dengan tajam sekali.
Terdapat tanda-tanda curiga disitu disitu. Adakah ini terjadi dalam satu malam?
Saya tertanya-tanya jika saya hanya perlu hidup dan lupa dengan semua kepalsuan ini .
Lagipun, saya amat menyayangi isteri saya dengan sepenuh hati.
Mungkin kami boleh membesarkan anak ini seperti yang kami selalu mahukan.
Apabila usia kandungan isteri berumur sembilan bulan, saya melihat mesej teks di telefonnya.
Tiada maklumat nama kenalan disitu.
"Saya perlu jumpa awak.
Bayi akan berada di sini tidak lama lagi.
Masanya sudh tiba. "

Saya menahan segala bentuk amarah dalam diri saya dan berjanji untuk menbongkar segala kecurangan ini.

Akhirnya, saya memohon cuti sakit untuk mengekori isteri saya.
Saya menunggu dan bersembunyi di luar rumah mengikuti isteri saya pergi.
Sebelum dia tiba di dalam kereta dan berlalu pergi.
Saya mengikuti dia sehingga ke tepi bandar di mana dia meletak kereta di luar sebuah rumah .
Dia berjalan dan memasuki pintu depan tanpa mengetuk pintu seperti dia yang memiliki rumah itu.
Saya sepatutnya menunggu di luar untuk melihat siapa lelaki itu.
Tetapi saya mula kehilangan kesabaran dan amarah saya berkecai.
Saya memecahkan pintu depan dan melihat di dalam isteri saya dalam keadaan telanjang di atas meja kayu besar sambil bernafas dengan berat.
Satu-satunya cahaya dirumah itu adalah daripada lilin yang terpasang.
Terdapat sepuluh orang lain dengan semuanya berpakaian jubah bertudung berwarna merah yang aneh.
"Akhirnya,"
salah seorang lelaki yang berkata,
"suaminya telah tiba.".
"Sial?"
Empat orang dari mereka mula yang memegang tangan saya dan menarik saya dekat dengan isteri saya dan salah seorang dari mereka berkata.
"ROH SYAITAN TIDAK BOLEH MEMASUKI ANAK ITU TANPA PENGORBANAN MANUSIA! ANDA ADALAH ANAK LELAKI YANG TIDAK TERBATAS ! DARAH ANDA AKAN MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN ANTIKRISTUS! "

Mereka akhirnya mencabut pisau yang terselit di pinggang mereka dan menikam saya berulang-ulang, serta menggosok darah yang keluar pada badan isteri saya. Saya tergeletak tidak bergerak di lantai seperti ayam yang disembelih, dan sebelum saat nafas terakhir keluar dari rongga mulut, ketika itulah saya mendengar tangisan dari jiwa bayi yang baru lahir....

Cerita Sejuta Misteri

06/08/2023

Cerita-cerita seram dari berbagai negara diseluruh dunia yang sama ada kisah benar ataupun cerita rekaan fiksyen. Foto-foto seram, video-video penampakan yang pasti akan membuatkan hidup anda menjadi lebih bermakna 💀☠️💀☠️. Sertai halaman saya mengetahui kisah-kisah misteri dari seluruh dunia 👁️👁️

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerita Sejuta Misteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share