Peraktastic

Peraktastic Tabloid digital suara hati rakyat & komuniti disampaikan secara padat, ringkas & berinformasi.

Klinik Kesihatan Pangkor Perkasa Perkhidmatan Kesihatan Warga EmasOleh Zaki Salleh IPOH: Kerajaan negeri Perak memberi p...
09/09/2026

Klinik Kesihatan Pangkor Perkasa Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas

Oleh Zaki Salleh

IPOH: Kerajaan negeri Perak memberi perhatian khusus terhadap keperluan kesihatan warga emas di Pulau Pangkor dengan memperluas perkhidmatan pemeriksaan, fisioterapi dan pemulihan carakerja di Klinik Kesihatan Pangkor.

Exco Kesihatan, Dato’ A Sivanesan berkata, golongan warga emas kini merangkumi 1,381 orang daripada keseluruhan kira-kira 9,800 penduduk di p**au berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Pangkor, Norhaslinda Zakaria pada Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Ke-15, hari ini.

Menurutnya, Klinik Kesihatan Jenis Empat Pulau Pangkor yang bernilai RM24 juta siap pada Disember 2025 dan mula beroperasi pada 19 Januari tahun ini.

Katanya, antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan serta saringan kesihatan warga emas termasuk penilaian keupayaan fizikal atau aktiviti kehidupan harian (ADL), risiko jatuh, kesihatan mental, dementia dan kemurungan.

“Sehingga Ogos lalu, seramai 365 warga emas telah menerima perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di klinik berkenaan,” katanya.

Selain itu, katanya, klinik berkenaan turut melaksanakan program pemerkasaan penjagaan warga emas termasuk demonstrasi penyediaan makanan sihat dan aktiviti senaman.

“Perkhidmatan fisioterapi dan pemulihan carakerja juga telah mula beroperasi setiap hari susulan penambahan perjawatan.

“Sehingga Ogos, seramai 234 warga emas telah menerima perkhidmatan fisioterapi dan pemulihan carakerja,” katanya.

Beliau berkata, pegawai sains pemakanan turut menjalankan lawatan ke Pulau Pangkor bagi merancang dan melaksanakan program pemakanan yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan warga emas.

Bagi warga emas yang mengalami komplikasi, pesakit akan dirujuk kepada pakar perubatan keluarga di Klinik Kesihatan Pulau Pangkor atau terus ke Hospital Seri Manjung sekiranya memerlukan rawatan lanjut.

“Langkah ini bagi memastikan penduduk warga emas di Pulau Pangkor mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang sama seperti penduduk di tanah besar,” katanya.

Parkir HRPB: Kebanyakan kenderaan dikompaun langgar syarat, banyak kelonggaran diberiOleh Aida AzizIPOH: Tiada tolak ans...
09/09/2026

Parkir HRPB: Kebanyakan kenderaan dikompaun langgar syarat, banyak kelonggaran diberi

Oleh Aida Aziz

IPOH: Tiada tolak ansur dari sudut kompaun jika para pelawat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) meletakkan kenderaan mereka hingga mengganggu lalu lintas di kedua-dua arah Jalan Raja Ashman Shah di sini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India, Datuk A. Sivanesan berkata, sudah banyak kelonggaran diberikan kepada para pelawat serta pengunjung HRPB, memandangkan sebelum ini tiada sebarang kenderaan dibenarkan parkir di sepanjang jalan itu.

Bagaimanapun katanya, melihat kepada masalah parkir yang kian meruncing di situ, selepas tahun 2018 beliau mengambil inisiatif berbincang dengan Ketua Polis Perak pada waktu itu bagi membenarkan orang ramai parkir di bahu jalan dengan syarat.

"Saya minta kerjasama PDRM pada waktu itu untuk membenarkan pelawat untuk parkir di tepi jalan tetapi dengan syarat.

"Iaitu tidak boleh double park, jangan parkir depan hentian bas, jangan parkir dekat susur masuk dan keluar hospital kerana ia menghalang ambulans dan jangan parkir dekat bulatan.

"Apabila diperiksa, kebiasaannya yang selalu kena saman atau kompaun adalah mereka yang melakukan salah satu daripada kesalahan tersebut.

"Jadi saya tidak dapat bertolak ansur, saya tidak boleh meminta PDRM untuk tidak kenakan saman sebab mereka memang telah melanggar syarat itu, sebenarnya pada mulanya langsung tidak boleh parkir, tetapi dibenarkan parkir, jadi kenalah jaga-jaga," katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Adun Bercham, Ong Boon Piow di Sidang DUN pada Rabu.

Boon Piow dalam soalan tambahan berkata, masih ramai pelawat HRPB yang dikenakan kompaun ketika parkir di Jalan Raja Ashman dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai di mana had yang dibenarkan untuk parkir.

Perkara itu juga katanya dilihat membebankan rakyat yang tidak berkemampuan.

Beliau turut mencadangkan supaya lebih banyak hebahan dibuat berhubung kemudahan parkir dan van shuttle yang disediakan di Velodrom Rakyat.

Dalam pada itu, Adun Tronoh, Steven Tiw Tee Siang dalam soalan tambahan turut mengemukakan cadangan supaya dibuat penandaan sama ada lokasi itu dibenarkan parkir atau sebaliknya bagi pengetahuan ramai.

Sivanesan ketika menjawab soalan itu berkata, setiap pengguna jalan raya tahu tentang peraturan lalu lintas, malangnya masih ramai masih tidak mengendahkan undang-undang yang ditetapkan.

"Saya rasa setiap rakyat tahu peraturan trafik, sebagai contoh parkir di hadapan lampu isyarat, parkir di hadapan susur keluar masuk hospital, parkir di bulatan, itu semua langgar undang-undang. Jadi, apa lagi mahu didik mereka?

"Kita sudah beri peringatan tentang isu parkir ini sekian lama dan bukan semua yang parkir di situ kena saman atau kompaun, kebanyakannya tiada masalah. Namun segelintir individu yang tahu dia melanggar syarat itu, jadi kita tidak boleh tolak ansur," katanya.

Tiga kali notis, struktur binaan dan aktiviti perniagaan atas rizab jalan dirobohOleh Aida AzizIPOH: Setelah tiga kali n...
09/09/2026

Tiga kali notis, struktur binaan dan aktiviti perniagaan atas rizab jalan diroboh

Oleh Aida Aziz

IPOH: Setelah tiga kali notis dikeluarkan secara berperingkat, akhirnya struktur binaan tanpa kelulusan serta aktiviti perniagaan di atas rizab jalan dirobohkan bermula Selasa.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berkata, operasi fasa 3 itu melibatkan kekuatan 80 orang anggota dan pegawai, dengan kerjasama pelbagai jabatan serta agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Air Perak (LAP).

Katanya lagi, operasi meroboh dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk pengeluaran Notis Roboh di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

"Bagi kes berkenaan, sebanyak tiga kali notis telah dikeluarkan secara berperingkat kepada pihak terlibat sebelum tindakan penguatkuasaan dan perobohan dilaksana.

"Operasi meroboh bermula pada 8 September dan akan diteruskan sehingga kerja-kerja perobohan serta pembersihan kawasan selesai sepenuhnya.

"Pelaksanaan operasi pada hari pertama bermula jam 9 pagi dan berakhir 12 tengah hari, dengan semua tindakan dilaksanakan secara teratur serta mengambil kira aspek keselamatan anggota, pihak terlibat dan orang awam," katanya pada Rabu.

MBI menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan itu dilaksana bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang.

Selain mengelakkan sebarang pencerobohan atau pembinaan tanpa kebenaran di atas rizab jalan yang boleh menjejaskan keselamatan, kelancaran lalu lintas serta kepentingan awam.

"MBI menyeru semua pemilik premis dan orang ramai supaya sentiasa mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum melaksanakan sebarang pembinaan atau mendirikan struktur.

"Khususnya di atas tanah atau rizab yang berada di bawah kawal selia pihak berkuasa.

"MBI akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pembangunan di kawasan pentadbiran Ipoh dilaksana secara teratur, selamat dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa," katanya lagi.

Foto: MBI

08/09/2026

SELURUH PETUGAS KESIHATAN BERDUKA.

UPDATE | 8 SEPTEMBER 2026

Media melaporkan bahawa kesemua lima individu yang berada dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, Sarawak telah disahkan meninggal dunia.

Pengesahan dibuat oleh Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang.

Mereka yang dilaporkan berada di dalam helikopter tersebut ialah:

• Kapten Zainol Afiq — juruterbang
• Dr Ainul Baroah Kamaruddin — Pegawai Perubatan
• Alexson Adit — Penolong Pegawai Perubatan
• Debra Moset — Jururawat
• Jessie Paya — Jururawat

Empat daripada lima mangsa merupakan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang menjalankan tugas rasmi Perkhidmatan Doktor Udara untuk membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.

Mereka keluar untuk berkhidmat.
Namun hari ini, mereka tidak p**ang.

Kehilangan ini bukan sahaja dirasai keluarga dan insan tersayang, tetapi turut meninggalkan kesedihan yang amat besar buat seluruh warga kesihatan

Salam takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja semua mangsa.

Semoga segala khidmat, pengorbanan dan kebaikan mereka sepanjang menjalankan amanah kepada masyarakat menjadi amal yang berpanjangan.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi.
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ipoh Sentral RM6.25 bilion bermula dengan taman, masjidIPOH: Projek pembangunan Ipoh Sentral bernilai RM6.25 bilion mula...
08/09/2026

Ipoh Sentral RM6.25 bilion bermula dengan taman, masjid

IPOH: Projek pembangunan Ipoh Sentral bernilai RM6.25 bilion mula direalisasikan secara berperingkat apabila pembinaan taman landskap dimulakan awal tahun ini, sebelum disusuli pembinaan masjid menjelang penghujung tahun.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pembinaan masjid itu dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan.

Menurutnya, pembangunan projek berkenaan akan diteruskan dengan pembinaan Terminal Bersepadu dan Pusat Membeli-Belah yang dijadualkan bermula pada 2027.

“Tempoh pelaksanaan bagi pembangunan terminal bersepadu dan pusat membeli-belah ini dianggarkan antara lima hingga enam tahun.

“Fasa pembangunan kediaman p**a disasarkan bermula pada 2028,” katanya ketika menjawab soalan lisan M Thulsi Thivani (PH-Buntong) pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata, pembangunan fasa seterusnya akan dilaksanakan secara fleksibel dalam tempoh horizon 20 tahun, bergantung kepada keadaan pasaran.

Katanya, projek berkenaan dijangka memberi limpahan pembangunan kepada daerah Kinta, khususnya dari aspek ekonomi, mobiliti, kualiti hidup dan pelancongan.

“Dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan, projek ini diunjurkan menjana antara 8,000 hingga 9,000 peluang pekerjaan sepanjang fasa pembinaan.

“Apabila siap sepenuhnya, ia dijangka mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan, perkhidmatan, logistik dan perdagangan,” katanya.

Saarani berkata, perkembangan itu turut dijangka memberi kesan positif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan menerusi peningkatan aktiviti perniagaan runcit, kulinari dan pengangkutan.

Malah, katanya, pembangunan Ipoh Sentral berpotensi meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitarnya.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Thulsi Thivani, beliau menjelaskan pembangunan Ipoh Sentral hanya membabitkan tanah yang telah diluluskan kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk tujuan pemajuan.

Katanya, projek itu tidak membabitkan pengambilan tanah milik individu.

“Pelaksanaan semasa projek melibatkan tanah yang telah diluluskan kepada RAC bagi tujuan pemajuan tersebut.

“Setakat ini, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) belum menerima apa-apa maksud pengambilan tanah yang melibatkan pembangunan Ipoh Sentral,” katanya.

10.4 juta pelancong domestik pilih Perak, negeri terus pacu produk baharuOleh Rosli Mansor Ahmad RazaliIPOH: Perak merek...
08/09/2026

10.4 juta pelancong domestik pilih Perak, negeri terus pacu produk baharu

Oleh Rosli Mansor Ahmad Razali

IPOH: Perak merekodkan peningkatan jumlah pelancong domestik yang bermalam di negeri ini kepada 10.4 juta orang pada 2025, berbanding 10.2 juta pada 2024, manakala ketibaan pelancong antarabangsa mencecah 944,578 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, YB Loh Sze Yee, berkata pencapaian itu menunjukkan sektor pelancongan negeri mempunyai potensi besar untuk terus berkembang menerusi pengukuhan produk sedia ada dan pembangunan tarikan baharu.

Katanya, kerajaan negeri akan terus menaik taraf produk pelancongan sedia ada termasuk kemudahan infrastruktur, papan tanda dan tunjuk arah, selain bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mendapatkan pelbagai peruntukan.

“Tourism Perak turut giat melaksanakan latihan pemasaran digital, libat urus pemain industri, promosi dalam dan luar negeri serta familiarization trip (FAM Trip),” katanya pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri turut memperkenalkan pelbagai produk dan acara baharu sebagai proof of concept, termasuk Pesta Panjut di Kuala Kangsar, Tahun Baharu Cina @ Riverfront, PreRaya @ Riverfront dan MATTA Connect yang menghimpunkan lebih 200 wakil syarikat dari 27 negara.

Pesta Kopi @ Riverfront yang dianjurkan bersama Astro pada 10 hingga 13 September turut menjadi antara acara baharu yang diketengahkan.

“Acara yang mendapat sambutan akan dikekalkan, ditambah baik dan diperbesarkan pada tahun hadapan,” katanya.

Loh berkata Perak juga merancang memperkukuh beberapa destinasi mengikut keunikan masing-masing, termasuk Taiping sebagai pusat aktiviti sukan udara, Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja Warisan Budaya dan Lenggong yang baru menerima pengiktirafan UNESCO Global Geopark.

Katanya, Taman Negeri Royal Belum p**a bakal mempunyai penginapan resort hijau bertaraf dunia, manakala kapal KD Hang Tuah di Lumut akan dibangunkan sebagai muzium oleh MB Inc.

Guru seni perlu ‘BANGUN’, tetapi siapa sebenarnya yang sedang tidur?Oleh: Rosli Mansor Ahmad RazaliKalau guru Pendidikan...
07/09/2026

Guru seni perlu ‘BANGUN’, tetapi siapa sebenarnya yang sedang tidur?

Oleh: Rosli Mansor Ahmad Razali

Kalau guru Pendidikan Seni Visual (PSV) sendiri terpaksa “BANGUN” untuk kembali berkarya, persoalan yang lebih sinis ialah siapa sebenarnya yang sedang tidur? Guru seni atau ekosistem seni kita?

Klik Pautan Di Bawah Untuk Berita Penuh:
https://peraktastic.com/p1/index.php/topik/dalam-negeri/guru-seni-perlu-%E2%80%98bangun%E2%80%99,-tetapi-siapa-sebenarnya-yang-sedang-tidur.html

Sampah di Jeti Pulau Pangkor Jejas Imej PelanconganPANGKOR – Imej pelancongan Pulau Pangkor dipandang kurang elok beriku...
07/09/2026

Sampah di Jeti Pulau Pangkor Jejas Imej Pelancongan

PANGKOR – Imej pelancongan Pulau Pangkor dipandang kurang elok berikutan longgokan sampah di kawasan jeti feri yang menjadi pintu masuk utama pelancong.

Keadaan itu dipercayai berpunca daripada pertambahan jumlah pengunjung semasa cuti sekolah selain kemudahan tong sampah yang tidak mencukupi.

Situasi berkenaan sepatutnya dapat ditangani lebih awal dengan menyediakan tong sampah mencukupi serta menempatkan petugas pembersihan.

Gambaran negatif itu dikongsi ADUN Pangkor, Norhaslinda Zakaria menerusi laman sosial Facebook beliau.

Menurutnya, beliau menerima aduan orang ramai berhubung keadaan sampah yang tidak dikutip di kawasan Jeti Pulau Pangkor.

Katanya, keadaan itu amat mengecewakan kerana jeti merupakan pintu masuk utama pelancong ke p**au berkenaan.

“Longgokan sampah yang dibiarkan bukan sahaja mencemarkan pemandangan, malah memberi imej buruk kepada Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

Beliau meminta agensi bertanggungjawab mengambil tindakan segera membersihkan kawasan itu dan memastikan kutipan sampah dilakukan mengikut jadual.

Norhaslinda berkata, perkongsian tersebut bukan bertujuan mencari kesalahan atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mahu memastikan aduan berulang ditangani segera.

Beliau berharap semua pihak dapat menangani isu berkenaan secara matang dan profesional demi memastikan kebersihan jeti sentiasa terjaga untuk keselesaan penduduk serta pelancong.

TIGA DEKAD, UNGU MASIH DI HATI PEMINATOleh: Rosli Mansor Ahmad RazaliKUALA LUMPUR: Tiga dekad dalam industri muzik tidak...
07/09/2026

TIGA DEKAD, UNGU MASIH DI HATI PEMINAT

Oleh: Rosli Mansor Ahmad Razali

KUALA LUMPUR: Tiga dekad dalam industri muzik tidak menghalang kump**an legenda Indonesia, Ungu, terus mencuri hati peminat apabila hampir 4,000 penonton memenuhi Idea Live Arena, di sini, pada 5 September 2026.

Klik pautan di bawah untuk berita penuh:
https://peraktastic.com/p1/index.php/topik/personaliti-selebriti/tiga-dekad,-ungu-masih-di-hati-peminat.html

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peraktastic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peraktastic:

Shortcuts

Share