09/11/2024
Bismillahirohmanirrahim..
Alhamdulilah. Officially kami dibawah organisasi yang baru dipimpin upline Nuoi FEDC Syariman dan Nordiana Serta Founders Diamond Dinde/Bonzer..
Dengan ini Nuoi maklumkan PUNCAK LEGACY nama kumpulan kami.
Cantik Kan logo dan slogan kami..setiap tu Ada maksud tersendiri taw.. ajum Nuoi share..
Logo kami:
Gambaran sebuah gunung mewakili kepada sesebuah perjalanan menuju kejayaan itu bukan lah jalan yang lurus atau mudah, iainya seperti kita mendaki sebuah bukit atau gunung yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Tapi percayalah di setiap pendakian itu, akan ada sebuah sinaran atau pancaran yang sungguh berkilauan akan terbit dari celahan gunung tersebut iaitu sesuatu yang sangat bernilai seperti intan berlian(a diamond).
Slogan:
Bersama Merintis Inovasi
Inovasi adalah proses memperkenalkan sesuatu yang baru atau membuat perubahan yang kreatif dalam suatu produk, proses, sistem, atau konsep. Ia melibatkan pemikiran kreatif dan penerapan idea-idea baru yang boleh meningkatkan nilai, efisiensi, atau keberkesanan sesuatu perkara.
Secara umum, inovasi bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau lebih berguna, baik itu dalam konteks perniagaan, teknologi, pendidikan, atau kehidupan sehari-hari. Contohnya:
• Inovasi Produk: Mencipta produk baru atau meningkatkan produk yang sudah ada untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.
• Inovasi Proses: Mengubah cara sesuatu dilakukan agar lebih efisien, cepat, atau mudah.
• Inovasi Model Perniagaan: Membangunkan cara baru dalam menjalankan perniagaan, misalnya menggunakan teknologi digital atau model langganan.
Inovasi penting untuk kemajuan kerana ia mendorong perubahan positif, meningkatkan daya saing, dan membantu masyarakat atau organisasi berkembang.
Diharap semua sahabat Dan followers dapat mendoakan agar kita semua diberkati ALLAH walau apa sahaja cara dan jalan yang kita pilih, matlamat kita tetap sama dan seiring dengan moto Amway Global FREEDOM, FAMILY, HOPE & REWARD.
Nuoi sertakan 6 Doa Pendek Rabbana untuk kita sentiasa amalkan. Ayuh kita hafal dan amal enam rabbana berikut seiring langkah kita untuk teruskan hidup.
............................................................................
1. Doa Memohon Dimudahkan Urusan
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-kahfi 18: 10)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh para pemuda gua sewaktu melarikan diri ke gua.
............................................................................
2. Doa memohon kemenangan dan mendapat keputusan terbaik
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim.” (Surah al-A’raf 7: 89)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh pengikut Nabi Syuaib tatkala diugut kaumnya sama ada kembali ke agama nenek moyang atau dihalau.
............................................................................
3. Doa agar diberi kekuatan dan kesabaran
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan teguhkanlah pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum kafir.” (Surah al-Baqarah 2: 250)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh Talut dan tenteranya semasa bertempur dengan tentera Jalut.
............................................................................
4. Doa agar tidak termasuk golongan jahat
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim.” (Surah al-A‘raf 7: 47)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh ashabul A‘raf ketika melihat ahli neraka.
.............................................................................
5. Doa berserah kepada Allah
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!” (Surah al-mumtahanah 60: 4)
Catatan: Doa ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim setelah habis segala cara berdakwah kaumnya.
............................................................................
6. Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah al-Baqarah 2: 201)
By the way, yang nak join biz amway dengan Nuoi click link okay www.wasap.my/60197736821/joinBizAmwayRm60
Nuoidalina Mohamad Hassan
Founder Teratak Cinta
Bawah naungan Puncak Legacy
Bersama Merintis Inovasi