Permata Hijrah

Permata Hijrah Sudah Anda Berselawat Pada Harini..???

"Pesan Tok Guru yang masih segar dalam ingatan..."Dulu, waktu masih banyak orang dengar ceramah melalui kaset,ada satu t...
13/06/2025

"Pesan Tok Guru yang masih segar dalam ingatan..."

Dulu, waktu masih banyak orang dengar ceramah melalui kaset,
ada satu tazkirah Tok Guru Nik Aziz yang sampai hari ni masih saya ingat.

Suaranya lembut. Tapi setiap kalimah, tajam dan mendalam.

Tok Guru kata,
β€œJagalah tiga perkara ni. Insya-Allah, perjuangan kita akan diberkati Allah.”

1) Pertama, jangan merokok.
Rokok ni kecil, tapi mudaratnya besar.
Tok Guru pesan, tubuh badan kita ni amanah.
Kita nak guna untuk ibadah, nak guna untuk perjuangan.
Kalau kita sendiri rosakkan, siapa yang rugi?
Dan Islam melarang apa-apa yang membawa mudarat, walaupun nampak biasa.

2) Kedua, solat berjemaah.
Katanya, lazimkan diri dengan masjid dan madrasah.
Biar hidup kita berpaut pada tempat turunnya rahmat.
Solat jemaah bukan sekadar pahala berganda malah ia satu bentuk tarbiyah yang halus, yang jaga hati kita supaya tak jauh dari Tuhan.

3) Ketiga, kalau ada program dengan masyarakat,
buatlah waktu yang boleh digabung dengan solat.
Contohnya ceramah lepas Isyak,
ajak orang ramai solat Isyak berjemaah dulu.
Bila kita satukan dakwah dengan ibadah, Allah turunkan keberkatan.

Tok Guru tutup dengan pesan,
β€œKalau kita jaga tiga perkara ni, insya-Allah perjuangan kita akan disertai keberkatan Allah.”

Assalamualaikum.... Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1446hπŸ€²πŸ»πŸ’•Sempena Ramadhan yang akan tiba Pihak Kompleks Islam Darul Faizin...
16/02/2025

Assalamualaikum.... Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1446hπŸ€²πŸ»πŸ’•

Sempena Ramadhan yang akan tiba Pihak Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF) Ingin membuka peluang pada anda semua untuk sama2 berkongsi rezeki. Sekaligus sama2 membantu pihak KIDaF memeriahkan Sambutan ramadhan di sini.

InsyaAllah kami mencari penaja untuk menaja segala aktiviti kami di bulan Ramadhan 1446H.

Aktiviti yang akan di jalankan IalahπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
πŸ“Œ Kuliah Subuh, Dhuha Dan Zohor.
πŸ“Œ Qiyamulail
πŸ“Œ Tarawih
πŸ“Œ Hidangan Sahur
πŸ“Œ Hidangan Berbuka
πŸ“Œ Program Malam Raya
πŸ“Œ Pengurusan Sepanjang Ramadhan.

Semua aktiviti yang di jalankan juga adalah terbuka kepada semua Warga luar untuk sama2 sertai kami.

Oleh Itu pihak Kompleks Islam Darul Faizin akan lancarkan Kutipan bagi membiayai segala aktiviti yang telah dinyatakan. InsyaAllah sama2 membantu dan mengambil manfaat serta Kelebihan di bulan Ramadhan yang akan tiba nanti πŸ’•

Bagi anda yang ingin bersama membantu dan mengambil manfaat boleh terus Whatsapp di no. ini laju2πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
https://www.wasap.my/60164464309/Ramadhan1446

Jom bantu...
28/01/2025

Jom bantu...

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permata Hijrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share